Jumaat, April 25, 2008

Forum Perdana Ehwal Islam



Assalammualaikum, sudah sekian lama kita tidak berpeluang menghadiri forum seperti ini. Kali ini kita semua berpeluang sekali lagi menghadiri forum perdana seprti yang kita rindukan selama ini. Oleh hal yang demikian marilah kita semua pergi menghadirkan diri ke Forum Perdana yang buat pertama kalinya di jalankan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini satu majlis yang melibatkan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi, MB Selangor Tan Sri Khalid, Dato' Hassan Ali, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan beberapa oran pimpinan Pakatan Rakyat telah mengundang ribuan orang. Kali ini diharap lebih ramai warga Selangor khasnya orang Lembah Klang dapat menghadirkan diri.

Insyaallah aku juga tak mahu terlepas program hebat semacam ini. Bila lagi kalau bukan sekarang. Berikut adalah agenda majlis tersebut:

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM :
Menjana Islam Syumul Dikalangan Ummah


Dipengerusikan oleh : YB. Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali
(Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam)

Ahli Panel: Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din
Y. Bhg. Dato' Ismail Kamus
Y. Bhg. Ustadz Roslan Mohamed

Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Tarikh : Ahad 27 April 2008 / 20 Rabi'ulakhir 1429H

Masa : Pukul 8 malam ( bermula dengan Solat Isyaq berjemaah)

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você