Sabtu, April 26, 2008

Ceramah di Taman Permata

CERAMAH POLITIK MASAKINI BERSAMA SAUDARA ZULKIFLI NORDIN(Ahli Parlimen Kulim), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan YB Saari Sungib(ADUN Hulu Kelang, Selangor)

Malam ini bergegar Taman Permata dengan ceramah dari 3 orang tokoh politik yang berpengalaman.

Penceramah pertama malam ini ialah Saudara YB Zulkifli Nordin seorang ahli parlimen Kulim, Kedah. Dalam ceramahnya beliau menyebut tentang kemungkinan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi PM dalam masa terdekat ini. Beliau juga berterima kasih kepada Pak Lah yang dianggap sebagai penyumbang utama kejayaan Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat kehadiran Pak Lah adalah membawa kehancuran kepada UMNO dan member kejayaan cemerlang kepada Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya ke 12 yang baru lalu. Beliau juga berkata orang yang paling cemas sekarang ini ialah Dato Seri Najib dan Tun Dr Mahathir. Ini adalah kerana harapannya untuk menjadi PM akan berkecai sekiranya Dato' Seri Anwar menjadi PM. Begitu juga Tun Dr Mahathir, sekiranya jawatn PM bertukar tangan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, segala salah lakunya akan terbongkar. Saudara Zulkifli meminta rakyat supaya tunggu dan lihat dalam tempoh yang terdekat ini. Dia juga menjangkakan masanya sudah hampir.

Selaku penceramah kedua Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula, melahirkan rasa syukur kehadrat illahi diatas kejayan pakatan rakyat dalam pilhanraya yang baru lepas. Sambil mengatakan kejayaan ini adalah kejayaan semua. Manakala YB Saari Sungib dalam ucapannya berkata, beliau sedang merancangkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada penduduk Hulu Kelang. Beliau juga mendedahkan tentang dewan dan balairaya yang dibina diatas tapak surau dan kawasan permainan semasa pemerintah UMNO setempat.

Aku cuma berharap semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Takbirr!!!

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você