Khamis, Julai 31, 2008

2-0 saja....


Seperti yang telah kita jangkakan, Chelsea menang ke atas Malaysia. Namun khabar gembira buat Malaysia, kita cuma kalah 0-2 saja kepada Chelsea. Adakah mutu bolasepak kita sudah meningkat ataupun Chelsea cuma bermain "otek-otek" saja.

Selepas menonton perlawanan itu, aku berani kata, Chelsea bermain "otek-otek" saja. Maksudnya main-main je la. Sebelum perlawanan, jurulatih Malaysia berkata akan menggunakan format 4-1-4-1. Maknanya "defensive" la tu. Kalau dah begitu ramai pemain Malaysia berada dalam kawasan sendiri memang sikitlah Chelsea dapat score. Sekali sekala Malaysia da jugak menyerang. Boleh tahan jugaklah dia orang punya serangan tu. Kira bahaya jugaklah, cuma penendang striker Malaysia je yang lembik. Aku heran, kenapa bila Malaysia lawan dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar, kita tak main sama macam kita main dengan Chelsea. Adakah perlawanan persahabatan lebih penting dari kejohahanan lain.

Ada orang kata aku memperkecilkan kebolehan Malaysia. Mintak maaf cakaplah, kebolehan Malaysia memang kecil. Ada juga yang kata aku tak menyokong Malaysia. Mintak maaf cakap sekali lagi, aku memang penyokong Malaysia, tapi aku bukan penyokong FAM. Korang yang sokong Malaysia jangan berat sebelah la. Chelsea trainingpun korang pergi tengok... Malaysia training, kenapa tak pergi. Hampeh!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betul chelsea main2 je lawan malaysia tu..terkezut gak aku biler dg briter malaysia kala 2-0 jek..malaysia ade byk peluag tapi peluang di sia2kan..hampeh..

adie berkata...

kire ok jugaklah malaysia cuma bolos 2 kosong berbanding thai.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você