Khamis, Julai 10, 2008

Suatu masa dulu...







Masa aku kemas-kemas rumah, jumpa album lama. Ada gambar-gambar ni. Gambar ni aku ambil masa Jamuan Makan Perdana Bersama Ulama (Untuk Mengisi Tabung Khidmat Masyarakat & Perubatan Islam) yang dilancarkan oleh Allahyarham Ustaz Hj. Fadhil Mohd. Noor di Hotel Nikko, Kuala Lumpur anjuran Lajnah Iktisad & Pembangunan PAS Kawasan Gombak pada 29 Julai 2001.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Hj Hadi dan ramai lagi orang kenamaan dan ahli-ahli Pas yang kebanyakannya sudahpun menjadi wakil rakyat sekarang ini. Ustaz Ismail Kamus adalah tuan rumah kepada majlis itu.


Bila tengok gambar Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, aku teringat masa aku ikut ustaz menghadiri satu majlis makan malam seumpama ini di Rantau Panjang, Klang. Ustaz sebagai tetamu bersama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Selesai makan, ada sesi soal jawab. Masa tu bangkit orang dari Kuala Selangor. Lelaki itu dengan nada marah bertanya kepada Ustaz Fadhil Noor, "Mengapa Kawasan Kuala Selangor di beri kepada Parti Keadilan, sedangkan beliau ingin calon Pas bertanding di kawasan itu. Allahyarham dengan tenang menjawab satu persatu soalan lelaki yang marah itu. Akhirnya lelaki itu dapat menerima jawapan yang diberi Ustaz Fadhil. Allahyarham hanya tersenyum, walaupun lelaki itu benar-benar marah dan ditenangkan oleh beberapa orang lain. Akhirnya majlis dapat ditamatkan dengan aman. Kejayaan dan ketenangan Allahyarham Ustaz Fadhil mengawal situasi ketika itu memang tak dapat aku lupakan. Itulah kali pertama aku berjumpa Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, dan lebih kerap lagi selepas itu.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você