Selasa, Ogos 19, 2008

Malaysia Boleh!!!

Tahniah!! La Chong Wei..gua caya sama lu. Walaupun lu banyak kali itu Lin Dan free point. Gua ingat kalau lu training guna court kecik baru ok. Ataupun itu net kasi rendah sikit...manyak senang boleh dapat emas..oo. Tapi lu sudah angkat iru silverpun gua ada respek sama lu...ma. Lain kali Malaysia mau hantar ini badminton saja pergi olimpik. Sukan lain Malaysia tak payah hantarlah, membazir je.

Aku bagi contoh, renang. Itu Malaysia punya amoi sapa dia punya namapun gua tak ingat. Dia sudah berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan rekod peribadinya. Hoi!!! Kalau takat nak pecah rekod kebangsaan, buat apa pergi olimpik. Kat Malaysiapun boleh buat apa. Kolam kat Malaysiapun saiz olimpik jugak, apa! Panggil sorang tukang catat masa, lepas tu suruh dia berenang sampai pecah rekod kebangsaan. 2 orang je terlibat. Perenang dengan tukang catat masa tu. Tak payah pergi olimpik. Apa salah ke aku cakap? Bagi tau aku mana salahnya. Mana? Sukan lainpun macam tu jugak. Jangan buang masa. Aku ulang…jangan buang masa, buang duit. Buat apa kita hantar perenang yang takat nak pecah rekod kebangsaan je. Nasib baik Malaysia tak hantar pelumba lari, kalau tidak entahlah….cakap pun tak guna, tak cakap orang Tanya.

Tapi Chong Wei ni lainlah sikit. Pingat perak, brader! Olimpik pulak tu. China pun tak patut la. Dah menang banyak pingat emas, takkanlah satu tak boleh bagi kat Malaysia. Tak hormat tetamu langsunglah. Patut bagilah kat Malaysia 1 pingat emas tu. Bukan luak pun pingat dia. Apapun Tahniahlah ChongWei. Kalau dapat hadiah ke, ganjaran ke, bagilah kat Misbun sikit…dia coach yang power!!!



2 ulasan:

mohad berkata...

salam.. tak nak join gath ke...

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

gath.... tu apa ..Jad

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você