Isnin, Disember 22, 2008

Basikal Tua

Baru-baru ni aku ada terbaca di laman blog Sepeda Tua Kg Pasir Baru tentang basikal tua. Wah menarik sekali. Banyak info aku dapat. Akupun ada sebuah basikal tua ni. Raleigh RajaH Super. Ni basikal aku. Peninggalan atuk aku ni. Puas aku bodek dia, akhirnya aku dapat beli basikal ni dari dia. Dia kata kalau dia bagi saja, takut aku tak tahu menilai basikal tu, jadi dia jual kat aku RM150. Hehehe!
Aku pernah bawak basikal ni pergi kerja dulu. Best...oo.. Orang semua sibuk naik kereta, aku naik basikal. Wah teruja betul.

Dulu masa aku budak2 selalu curi naik basikal ni. sekarang dah jadi basikal aku sendiri. Best!!! Ni ada link2 menarik pasal basikal tua ni. Korang boleh tengok!
http://khazanahsepedatua.blogspot.com/
http://gerekersungaipetani.wordpress.com/
http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/
http://basikalmalaya.wordpress.com/
Kalau sapa2 tau ada lagi link menarik pasal basikal tua ni, bagi tau aku.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat...

ganten sekali sepeda nya.

tuan jengjengjeng lokasinya dimana? mungkin boleh ketemu bercerita tentang sepeda

Tanpa Nama berkata...

Salam buat jeng..jeng
Untuk memanjangkan lagi silaturahim,bolehlah kita bertemu untuk kami melihat sepeda ini dan bolehlah kita berkongsi ilmu & pengetahuan tentang sepeda raleigh rajah ini.

Salam dari KSTKPB

Unknown berkata...

Sungguh teruja melihat gambar sepeda ni.. memang satu koleksi yang menarik..

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você