Sabtu, Januari 24, 2009

Permulaan yang baik!!!...Sungguh!!!


Wow!!! Dasat sungguh pasukan Malaysia ku. Entah apa lobang, aku pergi tengok bola malam tu. Semangat beb.. aku siap pakai baju Malaysia ni. Cintanya aku pada pasukan negara. Belum masuk stadium aku dah dapat rasakan onar bakal melanda. Kejadian pertama. Tiket habis beb!!! Kena pergi pintu A pulak. Selepas beratur dengan baju Malaysia ku, akhirnya dapat juga tiket. Yooohooo... terbang RM10.

Masuk stadium dengan semangat membara ria. Aku dudk bersama-sama geng gendang. Memang semangat betul kawasan tu. sokongan padu kita kasi sama Malaysia. Aku dapat rasakan malam ni, pasti ada keputusan yang hebat. Permainan bermula baik.
Akhirnya UAE dapat gol pertama. Tak menarik pun gol tu. Lepas tu gol kedua penalti kalau tak salah. Lepas tu pengadil buat taik gua cakap lu. Malaysia dalam keadaan menyerang masa tu, pengadil boleh tiup wisel rehat. Patut kasi advantage la. Memang layak dia kena baling dengan botol. Dia memang perlu dibaling tanpa segan silu.

Separuh masa kedua bermula. Jersi Malaysia belum kotor lagi. Sekali UAE score lagi. Kali memang best gol tu. Sehinggakan pemain Malaysia boleh tengok je. Terpegun la tu. Sekarang dah 3-0. Shamsuri penjaga gol Malaysia dah nampak masalah bakal melanda. Dia pun meng"injured"kan dirinya, supaya kalau kalah besar dia tak disalahkan. Menjadi beb idea tu.

Masuk penjaga gol baru. Fuyooo saiz dia memang sesuai untuk penjaga gol. Dalam dok streching...kena 1 lagi. Hehehe. Lepas tu kena 1 lagi. 5-0. memanng sinonim Malaysia dengan angka tu. Cuma score board tak dapat terima. Rosak. Aku rasa dia tak pernah terima nombor sampai 5. Tapi, Malaysia Boleh!!!

Khairil Muhaimin dengan Fauzie Nan memang tak boleh main untuk peringkat antarabangsa macam tu. Dah lah kecik, penakut pulak, idea pun tak ada. Defender kena guna pemain yang saiz nya besar. Lojiknya dapat menakutkan pihak lawan. Tapi Sathia tak nampak benda ni. Bodoh betul atau Betul bodoh. Peminat saja yang tahu.

FAM ni bila nak berubah. Rombak dari Presiden sampai pengutip bola. Jangan lagi ada pemerintahan beraja dalam FAM ni, sebab wartawan tak dapat nak bantai FAM sebab ada status tu. Tapi aku tetap kata memang team Malaysia malam tu main macam TAIK. Aku kata permulaan yang baik sebab, tahun 2009 baru bermula, Malaysia dahpun berjaya mengumpulkan 5 gol. Kita tengok hujung tahun nanti, aku yakin Malaysia dapat mengumpul lebih banyak gol mungkin mencecah 50 dan FAM bakal menerima berbakul-bakul makian.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você