Ahad, April 12, 2009

Buku terbaru Ustadz


Indahnya Hidup Bersyariat adalah buku terbaru Ustadz Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Buku ni memang bagus. Selayaknya buku ini dijadikan buku teks, sebab kandungan nya yang baik dan teratur.

Ibu bapa patut beli buku ni. Memang nak promote buku ni, sebab kebagusannya. Buku ni bolehlah dikatakan sebagai Ensaiklopedia bagi Fardu Ain. Contohnya disertakan gambar orang sakit solat, sama ada baring atau duduk.

Korang bolehlah dapatkan buku ni dikedai2 buku dengan segera. Ini adalah kerana, buku ini sangat laris. Aku dah beli buku ni, untuk aku juga untuk bapa aku. Aku beli dan mintak ustadz sign autograf. Memang selalu aku buat begitu. Setipa kali beli buku ustad, aku minta dia sign. Rasa macam best je!

Korang belilah buku ni, jadikan hadiah ke, ataupun untuk diri sendiri. Beli untuk anak-anak juga bagus, mudah faham. Daripada korang beli majalah Mangga, satu bendapun tak guna. Memilih bahan bacaan yang bagus adalah penting. Disini aku nak bagi peringatan kat korang, jangan sekali kali membeli Harian Metro. Harian Metro penggalakkan orang berjudi. Cubalah fikir, surat khabar berbahasa melayu dengan pembaca hampir 100% orang Melayu beragama Islam yang menyiarkan iklan nombor ekor. 3 nombor la, 4 nombor la, 5 nombor la.

Tak memlilih iklan langsung. Kira duit masuk je. Kalau korang tak percaya belilah Harian Metro, samada hari Sabtu ataupun Ahad. Tengok muka surat sebelum yang terakhir. Conohnya Harian Metro hari Ahad 12 April 2009. 2 muka penuh iklan yang memang bertentang dengan akidah dan syariat Islam. Oleh itu hendaklah kita boikot Harian Metro. Ni kat bawah ni aku kasi contoh.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você