Rabu, April 15, 2009

Rekod Kebangsaan


Rambut memanglah mahkota kepada wanita. Bab rambut ni memang wanita UMNO Champion la. Memang tak dapat dinafikan lagi.

Hasil kajian yang telah aku lakukan dan setelah agak penat aku membuat kajian, inilah hasilnya.

Aku fokuskan bahagian jambul. Ini adalah kerana aku amat respek kepada jambul yang keras dan dapat bertahan lama ni.

Pemenang ketiga aku adalah Isteri Perdana Menteri kita. Pada anggaran aku, jambul dia setinggi 3". Agak tinggi. Lebih kurang 3 jari la. Tentu mengambil masa yang agak lama untuk mendapat ketinggian yang di ingini. Perhatikan! Wow!! Hebat, kan! Mungkin kalau beliau rajin, ketinggian rambutnya boleh mencapai 4".



Ditempat kedua pulak aku menamakan Ketua Wanita Umno sebagai pemenangnya. Ya, lah, kalau tidak orang tak lantik dia jadi ketua wanita lah kan. Main peranan jugak rambut ni. Anggaran aku ketinggian rambutnya mungkin 4 inci. Wow! lebih kurang tebal batu bata tu.

Yang ni, kalau dia rajin mungkin boleh cecah 8 inci senang-senang je. Tapi aku yakin, dia puas hati dengan pencapaian jambulnya sekarang.

Sebagai seorang ketua wanita Umno memang patut jambulnya tinggi sikit dari yang lain. Ini dapat meninggikan martabat selaku seorang ketua yang berwibawa.

Bab hukum ke, aurat ke , pandailah dia orang jawab nanti. Aku yakin dia orang boleh jawab punya nanti. Ya tak? Maklumlah orang cerdik-cerdik belaka ni.


Dan juaranya, tak lain tak bukan, uncle kita ni. Pasti tak ada sapa boleh pertikaikan ketinggian jambulnya. 4 inci ni biasa je. Lepas mandi, blow dengan hair dryer pun boleh dapat.

Cuba kita tengok rambut uncle kita ni, memang tak pernah bawah dari 3 inci. Sentiasa maintain tinggi. Lambang kuasa dan pengaruh.

Tapi aku tak yakin dia dapat bertahan di tempat pertama untuk masa yang lama. Korang tengok je, rambut Ketua Wanita Umno tadi, senang - senang je boleh potong rambut uncle ni. Mungkin atas dasar hormat kepada senior je yang membuatkan ketua wanita kita tu mengalah.

Kalau korang nak tengok jambul2 yang tinggi macam ni, pergilah ke persidangan umno akan datang. Memang ramai yang mencuba, tapi tak ada sapa boleh lawan 3 orang pemenang kita ni.

Inilah semangat Malaysia boleh yang kita perlu banggakan. Yakin boleh, Malaysia boleh!!

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você