Jumaat, Ogos 28, 2009

Khabar Angin




Hari ini aku dapat sms bertalu-talu. Bermula dari tengahari sampai tengah malam. SMS mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia di Mekah seperti gambar kat atas ni. Ramai jugak yang buat panggilan untuk mendapatkan kepastian. Sebenarnya ini hanyalah khabar angin semata-mata. Aku tengok sendiri SMS yang ustaz hantar kepada seorang sahabat, yang mengatakan dia sihat.

Masa khabar angin ini berjalan, ustaz masih di Mekah sedang menunaikan umrah. Ramai yang menelefon dia kat sana. Sehingga dia terpaksa menutup telefon. Harap khabar angin ini dapat diberhentikan dengan segera. Biarlah ustaz menunaikan umrahnya dengan tenang. Beliau akan kembali ke Malaysia pada 29 Ogos 2009.

Aku rasa ada orang terkeliru, orang yang meninggal dunia pada hari itu adalah Prof. Ismail Md Salleh. Alfatihah untuk beliau.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você