Isnin, September 07, 2009

Ke Kampung Ustaz



Malam ni special sikit. Pertama kali ikut ustaz balik kapung dia di Kampung Melayu, Rasa. Ada majlis buka puasa, solat tarawikh dengan moreh. Dalam perjalanan ustaz ceritakan zaman kanak2 dia. Masa dia membesar kat kampung. Kisah kawan2 dia, macam2 lagi la.





Bila tengok masjid ni, ingat saya masa tingkatan 3 dulu. Suasana masjid ni sama dengan masjid Kapar dulu. Masa tu saya nak ambik SRP. Sebelum pergi pusat tuisyen kat Kapar, singgah dulu kat Masjid Kapar. Bukan masjid sekarang, sekarang masjid baru. Masa tu saya dengan 2 orang kawan pergi berbuka puasa kat masjid tu la. Ingat lagi masa minum teh tu, rasa lain macam benda yang masuk dalam mulut. Tengok-tengok kuku. Hampeh betul la. Tu la pengalaman ngeri masa buka puasa kat masjid tu.

Ada sekali tu, kita orang sembahyang tarawikh kat masjid tu la. Masa tengah sembahyang tu, tiba-tiba cicak jatuh betul2 kat kaki. Masa tu imam tengah baca fatihah. Cicak tu jatu atas kaki saya pulak tu. Apa lagi terus melompat ke belakang sikit. Yang best nya, cicak tu lari ke kiri. Saya pulak kat tengah2 saf. Bila cicak tu lari ke kiri, abis semua orang yang sebelah kiri saya semua melompat. Lepas sorang, sorang. Memang lawak betul. Rasanya batal terawikh tu, sebab dok tahan gelak hehehe.

Sapa2 yang nak dengar tazkirah ustaz di kampung halaman dia, boleh klik kat butang donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você