Isnin, November 23, 2009

Kuliah Ustaz Kazim

Malam ni ustaz rehat. Akupun rehat juga lah. Dapat SMS dari Surau Kemensah, kata malam ni ada kuliah Ustaz Kazim. Akupun pergilah. Sempat jugalah merakam ceramah ustaz Kazim ni. Sapa yang tak bekesempatan nak pergi surau malam tu, bolehlah donlod dan dengar kat bawah ni. Ada 2 kuliah dibuat sekali oleh ustaz Kazim. Ceramah mengambil masa 2 jam. Selamat Mendengar!

10 tanda menyintai Allah



Kali ni best sikit. 1 tajuk di 2 tempat berlainan. Tajuknya : 10 tanda seseorang itu menyintai Allah. Kuliah subuh di pondok batu 10, Cheras. Tajuk ni memang best. Aku ada membuat rakaman untuk ceramah ni. Sapa yang nak dengar bolehlah donlod kat bawah ni.

Lepas tu dalam pukul 10.30 pagi kita pergi rumah En. Halim pulak. Rumah dia ni kira kuliah bulanan. Biasanya ustaz guna kitab Tanbihul Ghafillin, tapi di atas permintaan tuan rumah, tajuk yang sama dekat pondok pagi tadi digunakan. Tajuk yang sama tapi cara penyampaian agak berlainan, sesuai dengan situasi.

Aku ada jugak membuat rakaman di rumah En. Halim tu. Jadi sapa-sapa yang nak dengar ceramah kat En. Halim tu, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!

Jauhar Marhub di Surau Addiniyah

Ni kira first time aku pergi surau ni. Pergi sorang-sorang pulak tu. Aku cuba ikut arahan jalan yang ustaz bagi. Akhirnya sampai juga. Tapi sebelum tu, aku sesat jugak. Aku sampai ke Surau Al Jannah. Entah macamana boleh sampai ke situ. Nasib baik ada pakcik teksi yang tolong tunjuk. Terima kasih pakcik teksi.

Sampai je di Surau Addiniyah ni, ustaz baru je nak mula. Jadi rakaman ada lewat dalam 1-2 minit. Kira boleh lah, kan? Malam tu ustaz guna kitab Jauhar Marhub. Ni kira surau ke 2 selepas surau Al Iman, Kemensah juga guna kitab yang sama. Tapi di surau ni baru nak mula. Jadi sapa-sapa yang minat nak ikut kuliah Kitab Jauhar Marhub ni bolehlah ke Surau Addiniyah ni. Kuliah ni boleh didonlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!

Malam tu ada jemaah bertanya tentang Wahabi dan apa pandangan ustaz tentang Wahabi ni. Bolehlah dengar jawapannya setelah anda mendonlodnya.



Suatu malam di Darussalam



Malam ni di Darussalam pulak. Kali ni ustaz bagi amalan-amalan untuk ahli Darussalam. Macam-macam amalan yang ustaz bagi malam tu. Ada juga nasihat-nasihat yang ustaz bagi. Dengan keizinan dari ustaz, rakaman malam tersebut boleh didengar dan didonlod kat bawah ni.

Kitab Syiarus Salikin di Surau Insaniah, Ampang

Hari ni 18 November 2009, ustaz ada kuliah Kitab Syiarus Salikin di Surau Insaniah, Ampang. Kuliah maghrib ni juga kuliah bulanan. Hebatnya surau ni adalah jemaahnya. Setiap kali mesti ustaz suruh dia orang datang ke depan. Jemaah surau ni cukup minat bersandar kat belakang. Kalau korang tengok gambar mesti korang faham.
Menurut ustaz dia kurang bersemangat kalau orang duduk jauh ni. Dia rasa macam cakap sorang-sorang. Jadi di sini saya berharap sangatlah, kepada sapa-sapa yang pergi mendengar kuliah, duduklah rapat dan penuhkanlah saf depan. Tak kira ustaz mana pun.

Walaumacamana sekalipun, rakaman ada dibuat. Bolehlah dengar dengan menekan butang donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Menyampahkan bila dengar Salam 1 Malaysia. Rasa nak muntah aku dengar berita kat RTM. Eh! Apa cerita 1 Malaysia pulak ni. Ok la. Kali ni kita pergi Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam. Ni kira kuliah bulanan ni.
Ceramah kali ni memang menarik. Termenarik untuk minggu ini. Kepada sesapa yang tak berkesempatan untuk ke surau itu, jangan bimbang. Saya ada membuat rakaman. Donlod dan dengarlah. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Selamat Mendengar dan Selamat Beramal.

Lepas ceramah kita pergi kenduri. Ada orang buat majlis tahlil.

Ahad, November 22, 2009

Forum Perdana


Malam ni kita dengar forum perdana pulak. Forum ni kira bulanan punya program, anjuran kerajaan negeri Selangor. Kalini tajuknya Rahsia Solat. Forumernya 2 orang saja, Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. Moderator Dato Hassan Ali. Ni hari Sabtu bersamaan dengan14 November 2009.
Sempat jugakla aku merakam ni. Letak kat bawah speaker. Kalau bunyinya tak menarik harap maaf la. Tapi aku rasa masih dapat didengar dengan sempurna. Sapa yang tak dapat datang malam tu, bolehlah dengar dengan mendonlod butang kat bawah ni. Selamat Mendengar dan Selamat Beramal!!


Rabu, November 18, 2009

Kuliah Berkitab - Hiadayatus Salikin rumah Hj Jalil

Lepas subuh di Surau Al Iman, Kemensah, kita ke rumah Tuan Hj Jalil di Kelana Jaya. Kali ni ustaz guna kitab Hidayatus Salikin. Ni kuliah bulanan. Bab solat hari tu. Ada juga menyentuh tentang fatwa merokok.

Sapa-sapa yang nak dengar, bolehlah klik donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

Kuliah berkitab - Jauhar Marhub, Surau Al Iman, Kemensah

Subuh tu ustaz ada kuliah kitab Jauhar Marhub kat Surau Al Iman, Kemensah. Ini kira kuliah berkitab ni. Bab ini menerangkan adab bersama tuan guru. Ni kira menariklah ni.

Lepas kuliah subuh tu, kita kerumah Hj. Zul Daim, dia buat kenduri nak ke Mekah. Selamat pergi selamat kembali

Rakaman ada dibuat pagi tu. Sesapa yang nak dengar, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Isnin, November 16, 2009

Masjid Bulat, Petaling Jaya


Malam ni kat Masjid Bulat yang sangat terkenal di Petaling Jaya tu. Rasanya orang-orang PJ mesti tahu masjid ni kat mana. Ceramah malam ni membincangkan dengan lebih terperinci tajuk 11 Tanda Orang Yang Berbahagia. Lepas tu ada makan-makan sikit bersama AJK masjid. Terima Kasih banyak.


Sapa-sapa yang nak dengar cermah malam tu, tekan je lah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Ustaz Abdullah Loutfi & Ustaz Ahmad Yahya

Ini adalah kuliah Ustaz Abdullah Loutfi dan Ustaz Ahmad Yahya di Surau Al Iman, Kemensah. Sapa-sapa nak dengar, bolehlah klik donlod kat bawah ni ya.

Ustaz Abdullah Loutfi

Ustaz Ahmad Yahya - Kitab Penawar Hati-1

Ahad, November 15, 2009

Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan

Malam tu ustaz ada ceramah kat Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Petang tu hujan punyalah lebat. Aku dok rasa macam tak sempat je. Tapi akhirnya sempat. Sampai masjid, ustaz belum sampai lagi. Aku rasa ustaz singgah rumah dia dulu ni.

Tak lama lepas tu ustaz sampai, memang betul dia singgah rumah dia. Dia mandi dulu baru pergi masjid. Malam tu ceramah umum.
Lepas ceramah, kita pergi makan kat kedai tom yam kat Taman Putra Sulaiman. Bertiga dengan Hj Azam. Ustaz makan cendawan goreng, Azam makan sop sayur dan aku makan bihun goreng. Lepas makan malam tu, ustaz kata "Masin sikit cendawan ni". Esoknya ustaz masuk hospital. darah tinggi. Akupun teringat, malam semalam ustaz kata pasal cendawan yang masin tu. Mungkin sebab tu agaknya darah dia naik ni. Tu aku agak je. Mungkin jugak kedai tu masak guna Ajinomoto ni. Entahlah.

Apapun malam tu ada aku ada buat rakaman, sapa-sapa nak dengar, kliklah donlod kat bawah ni. Cuma bunyinya agak bising sikit. Ini adalah kerana masjid ni ada banyak kipas besar yang macam kilang tu. Kipas ni memang menghasilkan bunyi bising yang berdengung.

Rabu, November 11, 2009

Kuliah Ustaz Rusdi

Kuliah ini sepatutnya disampaikan oleh ustaz, tapi akibat keletihan, Ustaz tak dapat hadir. Pihak masjid sudah diberitahu petang sebelumnya. Oleh itu pihak masjid menjemput Ustaz Rusdi menggantikan tempat ustaz. Pagi itu Ustaz Rusdi memberi sedikit huraian berkenaan kitab yang bakal digunakan di masjid itu.

Aku ada buat rakaman. Sapa nak dengar, donlod dulu kat bawah ni. Selamat Mendengar!


11 Tanda Orang berbahagia


Assalamualaiku dan salam 1 Malaysia..hehehe. Kali ni kita pergi kuliah subuh pulak. Kuliah pagi ni bertempat di Pondok Batu 10, Cheras/Ulu Langat. Pagi ni ustaz bawak tajuk 11 Tanda Orang Berbahagia. Rakaman ada aku buat pagi tu. Sesapa yang ingin dengar kuliah pagi tu, bolehlah klik kat donlod bawah ni. Lepas tu bolehlah dengar kuliah ni. Selamat mendengar!!!

Selasa, November 10, 2009

Kuliah di Sekamat


Hari ni kuliah di Sekamat. Turun saja dari airport, ustaz terus ke Sekamat ni. Kuliah kat situ. Banyak isu baru yang ustaz sampaikan. Ada juga kisah terbaru di Mekah, seperti yang sahabat ceritakan pada hari sebelumnya. Masa kat kursus haji hari tu. Lepas tu kita pergi rumah seorang sahabat ustaz. Ustaz buat tahnik kat rumah sahabat tu.
Aku ada buat rakaman, sapa nak dengar donlod dulu file mp3nya. Klik je donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você