Khamis, Disember 17, 2009

Masjid Proton, Shah Alam


Malam ni kita ke Masjid Proton, Shah Alam. Disebabkan saya lambat, maka ustazpun lambat jugak. Saya mintak maaf di atas kelewatan yang tidak disengajakan itu. Ceramah malam tu best betul. Kalau boleh saya nak bagi tajuk ceramah malam tu, PERJUANGAN & PENGORBANAN. Ni ada masuk bab korban masa raya haji lepas. Memang berbaloi oran Masjid Proton tunggu kedatangan ustaz malam tu.

Saya ada buat rakaman malam tu. Ramai yang bertanya, video tak ada ke? Saya mintak maaf banyak, saya tak rakam video. Saya rakam suara je, guna Voice Recorder. Kalau saya rakam video, saya tak dapat nak konsentrate dengar ceramah. Saya datang untuk dengar ceramah. Rakam guna Voice Recording ni senang, letak je atas meja ustaz tu. Kalau video, nanti kena tunggu video tu pulak. Biarlah orang lain yang rakam video. Buat masa ni saya rakam suara je la. Bagi yang nak dengar ceramah malam tu. Tekan je butan donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

1 ulasan:

rinozeen berkata...

semoga pengorbanan ust diterima allah

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você