Ahad, Januari 24, 2010

Forum Perdana di UNISEL

Kali ni kita ke Bestari Jaya dulu dikenali dengan nama ganasnya, Batang Berjuntai. Kat situ ada UNISEL dan forum malam tu buat kat situ la.
Pagi tu ustaz di Kelantan, turun je kat airport Subang terus ke restoran jejantas Sungai Buloh. Kita letak kereta masing-masing kat situ dan sambung perjalanan ke UNISEL dengan kereta Hj. Muazan. Sampai je kat UNISEL ni solat dulu, lepas tu penganjur ajak makan dulu.
Klai ni kira pecah rekod la. Kita yang paling awal sampai. Petang tu hujan lebat. Alhamdulliah kita sampai awal dari ahli forum yang lain. Jarang berlaku kita sampai awal.. hehehe. Forum malam tu bertajuk "Hebatnya hidup berlandaskan Islam". Ahli panelnya kira dasat-dasat jugak ni. Ustaz Ismail Kamus, Prof. Dato' Haron Din dan Ustaz Muhammad Farid Ravi. Moderatornya pulak Dato' Hassan Ali.
Forum bermula agak lewat, kerana petang tu hujan lebat dan banyak berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang terok. Dato Hassan Ali dan Dato Dr Haron Din juga lewat. Memang terok jem hari tu, kita sampai awal tak terlibat dengan jem tu. Forum mula pukul 10 sambil menantikan kehadiran Dato Dr Haron Din.
Bermula dengan Ustaz Muhamad Farid Ravi lepas tu ustaz Ismail Kamus. Kemudian Dato dr. Haron Din sampai, dan forum makin rancak. Saya berani kata, forum malam tu adalah antara yang terbaik sepanjang saya mengikutinya.
Dewan tempat berlangsungnya forum bukan main hebat, siap dengan 2 skrin besar. Power betul UNISEL ni.
Hujah-hujah malam tu memang bagus lah. Semuanya bermanafaat. Tak mengantuk langsunglah. Memandangkan forum bermula agak lewat, ia berlangsung dengan 2 pusingan. Biasanya forum-forum macam ni 3 pusingan. Dato Hassan Ali sempat mempromosikan buku ustaz malam tu.
Lepas tu ramailah orang beli buku ustaz ni. Jualan buku pada malam tu menggalakan jugaklah. Kepada sapa-sapa yang belum beli buku ustaz ni, eloklah beli. Rasanya setiap rumah perlu adasebuah buku ni untuk dijadikan rujukan. Malam tu ustaz dikerumuni peminat-peminatnya, minta tanda tangan. Dah lama tak tengok orang berebut-rebut minta autograf ustaz.
Yang nak bergambar samapun ramai malam tu. Kemudian ada jamuan ringan sikit.
Bertolak balik dari UNISEL dalam pukul 12.30 malam lebih kurang la. Sampai di restoran jejantas kita berhenti minum dulu. Sembang-sembang sikit, lepas tu baru balik. Tahniah kepada UNISEL di atas kejayaan menganjurkan program yang baik macam ni.
Macam biasa, saya ada buat rakaman pada malam tu. Sapa-sapa yang nak dengar bolehlah donlod macam selalu. InsyaAllah mula bulan depan saya akan letak jadual ustaz kat blog saya ni. Tapi segala pertukaran tarikh dan pertukaran hari kuliah tetap tertakluk kepada keadaan ustaz. Sapa yang beria-ia mintak jadual tu harap dapat datang. Boleh kenal-kenal. hehehe..


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você