Selasa, April 13, 2010

VCD Ustaz





Kami sudah mengeluarkan VCD ustaz. Buat masa ini kami jual semasa kuliah, ceramah atau forum ustaz. Kami tidak jual VCD ini di kedai. Walau bagaimanapun keluaran pertama kami ada dijual di kedai. Ini adalah kerana menghargai sahabat yang membantu kami mencetak VCD ini. Segala kerja rakaman dan kerja grafik kami lakukan sendiri.


Untuk keluaran pertama kami sudah mengeluarkan sebanyak 3 tajuk

1. Taubatlah dengan segera - Kuliah Maghrib, lokasi Surau Darul Salam, Taman ShahBandaraya, Klang.

2. Kelebihan Solat 5 Waktu - Kuliah Dhuha Muslimat, lokasi Surau AnNur, Bangi.

3. Pendidikan Awal Menurut Islam - Ceramah Umum, lokasi Jabatan Perangkaan Negara, Putrajaya. Tajuk ini ada 2 VCD, ini adalah kerana ceramah ini panjang . Lebih dari 1 jam.

VCD terbaru yang sedang kami jual sekarang ini adalah

1. Petunjuk kepada Jalan Allah - Kuliah Berkitab Hidayatus Salikin Siri 1, lokasi surau Al furqan, Sekamat

2. Siapa Kita - Kuliah Dhuha Muslimat, Lokasi Surau AnNur, Bangi

Sedikit info tentang VCD ini. VCD yang kami keluarkan berwarna warni. Maksudnya bagi kuliah dhuha muslimat berwarna merah jambu. Maknanya setiap kali kami keluarkan VCD kuliah muslimat, covernya akan berwarna merah jambu. Cuma tajuk sahaja yang berlainan. Tujuannya, supaya orang boleh jadikan koleksi.

Bagi kuliah kitab Hidayatus Salikin berwarna hijau muda. Untuk keluaran akan datang, juga akan berwarna hijau muda.

Di atas ada beberapa gambar yang menunjukan VCD ini. Kami print terus grafiknya di atas VCD bagi menjaga kualiti. Bukannya stiker yang ditampal di atas CD. Juga terdapat tajuk VCD ditulis di bulatan jernih ditengah VCD.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você