Isnin, Mei 31, 2010

Jauhar Mauhub di Kemensah



Assalamualaikum sahabat dan kroni sekelian dan Salam 1 Malaysia. Chewah!! Macam berita TV1. Pagi ni ustaz ke Surau Al Iman, Kemensah membaca kitab Jauhar Mauhub. Rasanya ustaz ulang baca tajuk ni. Tapi kali ni lebih detail lagi.

Oleh hal yang demikian tuan-tuan donlod je la macam biasa. Gambar tak ada sebab pagi tu belum dapat kamera lagi. Malam tu baru dapat. Tu yang dapat ambik gambar Ustaz Azhar Idrus tu. Akan tetapi rakaman tetap dibuat.
Bolehlah tuan-tuan donlod macam biasa. Butang kat bawah ni. Untuk dengar terus dari sini, tekanlah butang hijau yang kecik kat bawah ni. Akhir sekali, jangan lupa tekan Nuffnang tu.

Bertemu Ustaz Azhar Idrus dan rombongannya




Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. Malam ni saya ke Taman Kosas, Ampang. Ada ceramah Ustaz Azhar Idrus malam ni. Malam sebelumnya di Masjid Al Ridhuan. Ustaz Azhar berceramah dengan penuh semangat sampai 2 jam lebih. Hebat sungguh.

Jemaah yang datangpun hebat jugak. Sikitpun tak berganjak. Ustaz kena datang selalu ni. Malam tu orang datang dari pelbagai pelusuk tempat. Semua tak nak lepaskan peluang mendengar secara live ceramah ustaz. Nampaknya jemaah dapat tidur lena malam tu.

Lepas habis ceramah saya pergi minum dengan rakan sekerja Rizal di Restoran Pelita Ampang, Point. Dalam dok memperkatakan tentang ceramah tadi, rombongan Ustaz Azhar sampai. Minum kat situ jugak.

Sayapun teringat pesan Ustaz Ismail Kamus, "cakap kat Ustaz Azhar Idrus tu, ceramah kat KL ni, kurangkan sikit loghat Terengganu tu". Cuak jugak saya, rasanya memang tak dapat sampaikan pesan ustaz Ismail Kamus tu. Bila nampak ustaz Azhar di restoran ni, harapan saya kembali.

Saya beri salam salam kepada ustaz dan rombongannya. Dan sampaikan pesan ustaz Ismail Kamus tu. Ustaz Azhar gelak je. Sempat jugak saya tanya Ustaz Azhar Idrus, dapatkah dia berforum dengan Ustaz Ismail Kamus. Dia kata boleh. Tapi bukan dalam masa terdekat ni. pada saya, bila dia kata boleh je, saya dah puas hati. Sebelum ini saya pernah bertanya kepada Ustaz Ismail Kamus, soalan yang sama. Jawapannya jugak sama dengan Ustaz Azhar. Peluang menemukan 2 tokoh agama ni nampaknya cerah.

Saya akan cuba lakukan sesuatu. InsyaAllah. Teringin sangat nak tengok forum hebat tu. Kalau dapat berforum di Masjid Amaniyah lebih bagus.

Ni rakan kerja saya, Rizal sedang menerima tunjuk ajar dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mengendalikan kamera.




Dan bagi yang nak dengar teus dari sini, tekanlah butang hijau kat bawah ni.

Ahad, Mei 30, 2010

Dok Rok Chetong!!!!





Assalammualaikum sahabat dan kroni. Hari ni ustaz pergi Singapura. Malam ni pulak ustaz Azhar Idrus yang sangat terkenal di internet ni ada di Masjid Al Ridhuan. Dapatlah saya dengar dia cakap ayat Dok Rok Chetong ni secara live hehehe.

Ustaz Azhar ni kira ustaz feberet sekarang ni. Banner yang masjid tulis kat jalan2 di Taman Melawati ni Penceramah tersohor dari Terengganu. Wah hebat!!!.

Jadi malam ni saya pergi ke Masjid Al Ridhuan. Punyalah ramai orang. Lebih ramai sampai tingkat atas masjid pun dibuka. Sambutan sangat menggalakan. Saya ulang SANGAT menggalakan.

Malam tu Ustaz Azhar bawak tajuk Alfatihah - Bismillah. Saya datang awal. Dapatlah duduk depan sekali...hehehe. Dan yang paling penting...Jeng!Jeng!Jeng!... saya ada buat rakaman. Ceramah tu panjang sungguh sampai 1 jam 45 minit lebih kurang. Okaylah, tuan-tuan boleh donlod kat bawah ni.

Kepada yang nak dengar terus dari sini , boleh tekan butng hijau kat bawah ni. Mungkin nak donlod lama, sebab ceramah ni hampir 2 jam.

Sabtu, Mei 29, 2010

Hal Rumah Tangga

Assalamualaikum! Kali ni kite pergi jauh sikit. Sikit je jauhnya dari biasa. Kita ke Sungai Besar, Selangor. Ustaz ada ceramah kekeluargaan untuk kakitangan kerajaaan di sini. Pagi lagi kita dah gerak dari KL. Singgah jap kat R&R Sungai Buluh untuk sarapan pagi.

Sampai sana lebihkurang pukul 10 pagi, ustaz minum dulu dan terus ceramah. Sayapun terus rakam. Oleh hal yang demikian, rakaman tu boleh didonlod di bawah ni.

Bagi yang nak dengar terus dari blog saya ni, butang hijau yang disediakan dibawah ni, bolehlah ditekan. Butang tu memang untuk dengar ceramah ni la.

Khamis, Mei 27, 2010

Hidayatus Salikin di rumah Hj Jalil


Assalammualaikum kepada sahabat dan kroni semua. Ahad lepas kita ke rumah Hj. Jalil bagi menyambung kuliah Kitab Hidayatus Salikin. Kuliah Dhuha ni ustaz buat bulanan di rumah Hj Jalil ni. Bagi yang tak dapat datang, jangan takut dan jangan bimbang.

Ini adalah karena saya ada membuat rakaman. Tuan-tuan bolehlah donlod dan dengar. Selamat mendengar.

Dan bagi yang hendak dengar trus dari blog saya ni, tekanlah butang hijau kat bawah ni. Kalau lambat, tunggu kejap. Mungkin line tak bagus. Kalau lambat jugak dan dah tekan banyak kali tak mau jalan jugak. Anda mungkin belum bayar bil internet anda. Huhuhu

Akhir sekali...jangan lupa tekan Nuffnang kat sebelah kanan ni. Ni arahan ni.

Isnin, Mei 24, 2010

Tanbihul Ghafillin di rumah En Halim

Assalammualaikum sahabat dan kroni, dan Salam 1 Dunia. Lagi hebat tu, Salam 1 Dunia..hehehe. Macam biasalah, kan. Tiap-tiap bulan ustaz akan ke rumah En Halim untuk mengajar kitab Tanbihul Ghafillin.

Masih lagi membincangkan Bab Mati, tapi dah nak habis dah bab ni. InsyaAllah akan datang kita akan masuk bab Siksa Kubur dan Dahsyatnya. Pergh! power punya tajuk tu. Pastikan tuan2 dan puan2 mengikuti rapat blog saya ni. Jangan ketinggalan.

Kali ini ustaz juga ada menerangkan perihal Status Ibu Bapa Nabi. Hal yang hebat diperkatakan sekarang ini. Dengarlah sendiri, apa yang ustaz nak kata. Rakaman ada saya buat, bolehlah tuan donlod dengan menekan butang kat bawah ni. Gambar tak ada, harap maaf.

Bagi yang ingin mengikuti kuliah ini terus dari sini, bolehlah menekan butang hijau kat bawah ni pulak. Selamat Mendengar. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Jangan lupa tekan Nuffnang ya.

Sabtu, Mei 22, 2010

Mengingati Mati di Masjid Hj Mat Saman

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..huhuhu. Menyampah je dengar salam 1 Malaysia, kan? Malam ni kita ke Masjid Hj Mat Saman, di Sungai Ramal, Kajang. Saya pertama kali sampai sini ni. Masjid tua yang cantik dan sedang diperbesarkan. harap-harap bangunan lama ni dikekalkan.

Malam tu, ustaz bawak tajuk mati kat sini. Seperti yang dijangkakan, kedatangan malam tu tidak mengecewakan, cuma lpas tu ustaz ada program lain di Shah Alam. Masjid ni boleh dikatankan Mesra Remaja. Ramai sungguh remaja yang datang dan memberi bantuan apa yang patut. Tahniah.

Saya juga nak ucap terima kasih kepada pihak masjid yang telah memberi saya banner. Terima kasih banyak. Rakaman ada saya buat, cuma gambar je tak ada hehehe.

Macam biasalah ya, sapa yang nak dengar terus dari blog saya ni, tekan butang hijau kat bawah ni. Ha! Bawah ni la...


Rabu, Mei 19, 2010

Malam Istimewa


Assalammualaikum sahabat dan kroni. Apa habaq? Kali ni bukan nak cerita pasal ceramah. Malam ni adalah malam istimewa bagi Pusat Perubatan Darussalam. Kata ustaz malam ni kira kunjungan balas dari Darul Syifa' ke Darussalam. Sebelum ni Darussalam ada buat lawatan ke Darulsyifa'.

Sayapun terus jumpa kawan saya untuk pinjam kamera di. Kali ni saya letak banyak gambar untuk tatapan sahabat dan kroni.



















Terima kasih kepada Ustaz yang mengajak saya ke majlis hebat ini. Juga terima kasih banyak kepada Ustaz Manaf, Hj Kadir dan AJK Darussalam.

Jumaat, Mei 14, 2010

Salam Dari Masjid Haji Mat Saman

Hari ni saya terima email dari AJK Masjid Haji Mat Saman. Nampaknya pihak masjid Haji Mat Saman berusaha keras menjayakan Kuliah Maghrib ustaz di sana nanti. Tahniah saya ucapkan. Kerja keras pihak masjid perlu dibalas dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu itu nanti.

Orang-orang Bangi, Sungai Ramal dan Kajang jemput hadir ke majlis tu nanti.InsyaAllah kedatangan pasti menggalakan. Berdasarkan pengalaman, majlis yang dibuat di luar Kuala Lumpur, biasanya jumlah kehadiran tidak pernah menghampakan. Jadi sahabat yang tinggal berdekatan dengan masjid ni, jangan bagi alasan lagi. Jom pergi masjid.

Saya juga ingin mengucapka terima kasih banyak kepada pihak masjid yang telah menggunakan background blog saya ini untuk dibuat banner. Itu satu penghormatan bagi saya terima kasih banyak.

Kepada sahabat yang ingin mengikuti aktiviti Masjid Haji Mat Saman ni, saya sertakan di sini link blogspot masjid ini http://masjidhajimatsaman.blogspot.com/.

Khamis, Mei 13, 2010

Kitab Syiarus Salikin di Insaniah, Ampang Jaya

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, kali ni kita ke Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kat sini kuliah bulanan. Ustaz bawa kitab Syiarus Salikin kat sini. Bulan lepas bab membaca Al-Quran. Bulan ni dah masuk Bab Zikir. Baru nak mula ni. Sapa yang menetap kat Ampang atau kawasan yang bedekatan, di alu-alukan datang. Saya rekomen datang surau ni. Kedatangan surau ni pun makin meningkat. Daripada dok rumah tengok Piala Thomas tu, baiklah datang sini. Kot kalau Malaysia menang Piala Thomas pun, kita dapat apa. Cuba bagi tau sikit.

Datang surau ni, bawak kitab ni, dengar kuliah agama lagi banyak faedah. Cakap tak guna, tak cakap orang tanya. Datang surau boleh cerita. Kita ubah budaya melepak kat kedai mamak. Kita lepak surau pulak sekarang. Meriahkan surau.

Bulan depan pastikan jadual tuan2 kosong pada Rabu kedua. Kebiasaanya setiap bulan, Rabu minggu kedua kat Surau Insaniah ni la. Kitab Syiarus Salikin. Rujuk jadual. Malam tu ramai orang. Tuan2 bayangkan la ya. Tengok gambar lama kat Insaniah ni. Mintak maaf banyak gambar baru tak ada. Hehehe...

Ok lah. Macam biasalah ya. Butang donlod ada kat bawah ni. Butang donlod pun wajah baru tu.Heheh..

Sapa yang nak dengar terus dari sini. Tekan butang hijau kat bawah ni.



Ahad, Mei 09, 2010

Kuliah di Annur



Assalamualaikum sahabat dan kroni. Apa habaq? Kali ni saya uplodkan ceramah ustaz di Surau Annur pada bulan lepas. Rasanya yang ni saya belum uplod. Tu yang saya uplod ni. Kali ni ustaz ceramah ada masuk bab angkasa lepas. Dengar untuk kepastian.

Kepada yang nak dengar terus dari blog yang pernah hilang ni, macam biasalah ya. Ingat lagi butang hijau kat bawah ni. Hijau.

Sabtu, Mei 08, 2010

Google buat perangai, kita kena getah!!!

Assalamualaikum sahabat dan kroni...huhuhu. Selepas menghadapi minggu yang sukar datang minggu yang lebih sukar. Blog yang saya bina ini tiba-tiba hilang. Account gmail saya juga hilang. Bila kita nak buat blog, kita kena ada account Gmail dulu. Saya sudah ada account Gmail sejak tahun 2003 lagi. Blog ini mula dibina pahun tahun 2005 kalau tak silap. Silap pun tak pa. Minggu lepas kamera dicuri orang, tiba pula minggu blog hilang. Hilang kamerapun dah rasa kecewa.

Hj Muazan lah orang pertama yang sedar blog ni hilang. 1/5/2010 saya ada kenduri kat rumah mak saya. Anak jiran kami kawin. Tengahari tu, Hj Muazan telefon kata blog tak boleh masuk. Saya tak kisahpun, sebab malam tu saya tengok ok je. Saya kata kat dia, mungkin dia salah taip. Kemudian dia telefon lagi, tak boleh jugak. Jawapan saya cuba masuk ikut Google. Pun tak boleh. Petang tu saya balik rumah, tengok memang betul tak boleh masuk. Email pun sama.

Saya tanya kepada blogger2 otai yang lain. Mereka kata memang dah kena ceroboh. Hah! Kena ceroboh!. Faedah apa ceroboh blog ceramah ni. Ada kawan kata, ada unit kat Cyberjaya Security memang buat padam blog orang ni. Saya tak rasa macam tu pulak. Faedah apa ceroboh blog ceramah.

Satu kemungkinan lagi, saya rasa terfikir jugak. Kalau tak salah saya dulu Saudara Syukur pernah bagitau saya melalui shoutbox. Kalau kita silap taip link blog saya ni, dia aka pergi ke laman web Kristian. Iaitu laman web !st Internet Church. Contonya macam ni. Ni link blog saya http://jeng3x.blogspot.com/. Kalau kat link tu, huruf B yang berwarna merah tu kita tertinggal. Kita taip "logspot" sahaja memang dia akan bawak kita ke link Kristian tadi. Sebab yang ini amat meyakinkan saya, mengapa blog saya diceroboh. Baru-baru ini, bila blog ini dibebaskan oleh Google. Saya cuba taip macam tadi tu. Jawapannya tetap terus ke web Kristian tu. Saya cuba link blog orang lain pulak. Jawapannya agak memeranjatkan. Semua blog, saya ulangi semua blog, kalau kita silap taip, buang huruf B tu tetap akan ke sana juga. Semua blog. Bukan blog saya sahaja. Maknanya alam Cyber ni dikuasai habis oleh puak-puak tu.

Masa hilang blog betul-betul buat saya patah semangat. Rasa dah tak nak buat lagi dah. Templatenya semua dah hilang. Penat buat bertahun-tahun. Nak bagi ceramah macam ustaz, tak mampu. Saya pilih untuk panjangkan ilmu yang ustaz sampai dengan blog ini. Tiba-tiba hilang. 2-3 hari saya tak buat apa-apa. Memang dah jatuh moral saya. Kemudian saya bangunkan blog baru. Blog tu dah siap. Wajah baru. Saya adjust template yang sedia ada ni. Lepas tu saya cuba masuk blog ini. Tengok-tengok boleh pulak. Tapi password untuk email dan blog kena tukar lain. Jadi blog yang lagi satu tu, kira standby la.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você