Jumaat, Jun 04, 2010

CD Terbaru sudah keluar!!

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, bulan ini ustaz banyak keluar. Mengerjakan umrah dan bercuti. Saya berharap ustaz diberi Allah kesihatan yang baik, agar dapat mengerjakan umrahnya. Jadual bulan Jun , insyaAllah saya akan uplodkan nanti. Saya belum dapat salin lagi jadual itu. Tapi saya berani mengatakan kuliah agak kurang bulan ini, kerana bulan ini ustaz banyak keluar.

Akan tetapi, CD terbaru ustaz sudah terbit. Bagi memenuhi permintaan yang agak tinggi terhadap CD Audio, maka kami keluarkan 2 tajuk baru untuk CD Audio ini.

1. Al Quran dan Amalan - dalam CD ini ustaz mengulas dari Kitab Tanbihul Ghafillin.
Ustaz juga banyak memberi amalan-amalan yang berpandukan Al_Quran dalam CD ini

2. Masalah Solat - dalam CD ini, ustaz memperkatakan hal yang mengelirukan masyarakat kini. Antaranya, menyapu muka selepas solat. Huraian dan hadisnya. Juga masalah kedudukan imam ketika lepas solat.

Kedua - dua kuliah ini saya tak pernah uplod di blog ini. Jangan lupa, dapatkan CD terbaru ustaz, masa ceramah ustaz nanti. Jumpa di sana!!

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você