Khamis, Julai 08, 2010

Bulan Forum










Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, bulan ni ustaz banyak menerima jemputan forum. Forum pertama di Beranang. Malam tu sambutan boleh dikatakan agak menggalakan jugak la. Ya la, malam tu Brazil lawan Portugal. Jadi kedatangan pada malam tu takat ramai je la. lagi pun hujan malam tu.


Kali kedua, forum di Sungai Buaya, Kuala Langat. Masjid Al Istiqomah. Anjuran MAIS. Bulan Wakaf. Malam tu ada game world cup jugak, tapi khemah penuh. Ramai malam tuwaaupun malam tu Jerman menggodam Argentina 4-0.

Forum seterusnya di Taman Medan. Masjid Nurul Ehsan. Malam tu ahli panel ada 3 orang. Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Roslan Mohamad dan Ustaz Wan Sohor Bani Leman dan moderatornya Dato Hasan Ali. Asalnya Ustaz Wan Sohor dijangkakan menggantikan Dato Hassan Ali yang dijangkakan tak dapat hadir malam tu. Last minit dia dapat hadir, jadi Ustaz Wan Sohor menjadi ahli panel ke 3. Malam tu boleh dikatakan meletop. Ramai sungguh. Tahniah Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

Forum seterusnya di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam. kehadiran pada malam tu memang mendukacitakan. Mungkin kerana forum tersebut di buat pada hari bekerja.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você