Ahad, Ogos 01, 2010

Ke rumah En Halim

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Minggu lepas kami telah pergi ke rumah En Halim di Alam Damai, Cheras. Kat sini ustaz baca kitab Tanbihul Ghafilin. Kali ustaz meneruskan tentang hal Bab Kematian.


Lepas kuliah ustaz buat tahlil di atas permintaan tuan rumah. Rakaman kuliah dan tahlil ada saya buat pada petang itu. Sepatutnya malam itu ustaz ada ceramah di Masjid Alam Damai, tapi atas alasan2 tertentu, ceramah itu dibatalakan. Sekiranya tuan-tuan mahu ustaz berceramah di masjid-masjid Kuala Lumpur, tumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Harap itu dapat menjelaskan, mengapa ustaz tidak boleh berceramah di Kuala Lumpur.

Sesapa yang nak donlod ceramah bolehlah tekan butang hijau kat atas ni. Bagi yang biasa dengar terus dari blog saya, boleh tekan butang segitiga putih kat bawah ni pulak.


Malam tu ustaz ada banyak masa, jadi ustaz sempat mendoakan kanak-kanak yang datang. Ustaz memang pandai menyesuaikan keadaan. Kanak-kanak juga selesa dengan ustaz. Kalau tuan-tuan tengok gambar kat bawah ni, mesti tuan-tuan akan ingat 1 rancangan tv untuk kanak-kanak. Iaitu Pondok-pondok. Tahniah kepada En. Halim kerana menyediakan hidangan yang lazat malam tu. Terima Kasih banyak.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você