Sabtu, September 04, 2010

Tazkirah di Sekamat


Assalammualaikum! Sahabat dan kroni! Malam ni ustaz ada Tazkirah ramadan di Surau Al Furqan, Sekamat. Kat sini ustaz ada kuliah bulanan. Kitab Hidayatus Salikin. Biasanya orang tak ramai kat sini. Bulan puasa ni, saya jangka mesti penuh punya surau ni. Memang tak disangka-sangka. Jumlah kedatangan ada sikit perbezaan, ataupun hampir tak ada perbezaan dengan bulan biasa. Hebat betul. Berjaya mengekalkan jumlah kehadiran.

Saya berpendapat, surau ini perlu buat promosi lebih sikit. Kalau ramai, tentu lebih meriah. Bagi sahabat yang tinggal di Kajang atau kawasan berhampiran surau ini, jemputlah datang beramai-ramai bila kuliah Kitab Hidayatus Salikin bermula balik lepas raya nanti.

Malam tu saya ada buat rakaman macam biasa. Sapa nak donlod, tekan butang kat bawah ni.

Bagi yang biasa dengar terus dari blog ini, ekan butang segitiga putih kat bawah ni.



Untuk melihat lebih banyak gambar semasa Tazkirah Ramadan di Sekamat, sila lawati Fan Page Jeng!Jeng!Jeng! di Facebook. Sila tekan logo Facebook kat bawah ni.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você