Ahad, September 19, 2010

Kuliah Subuh di Pondok Batu 9, Cheras

Asssalamualaikum ! Sahabat dan kroni sekelian. Ini kuliah pertama selepas raya. Kuliah Subuh di Pondok, Batu 9, Cheras. Pagi ni ustaz baca hadis kat sini. Bab Kiamat. Nampaknya kehadiran kat Surau Pondok ni semakin ramai. Kalau boleh, lebih ramai, lebih bagus.

Akan tetapi, bagi sahabat yang jauh dah tak dapat hadir pagi tu. Jangan bimbang dan ragu. Saya ada menjalankan kerja-kerja merakam. Tuan boleh donlod macam biasa kat butang hijau.

Bagi yang biasa dengar terus melalui blog saya ni. Tekanla butang segitiga putih kat bawah ni. Tuan boleh dengar terus. Kalau ada masalah, tinggalkan pesanan kat chat box. Selamat mendengar.



Kepada sahabat yang mahu melihat gambar-gambar kuliah pagi tu, boleh melawat facebook Fanpage ni. Teka je logo facebook kat bawah ni.



Sabtu, September 04, 2010

Kuliah Dhuha Ramadhan di Masjid Al Falah, USJ


Assalammualaiku! Sahabat dan kroni sekelian. Pagi ni ustaz ada Kuliah Dhuha Ramadhan di Masjid Al Falah, USJ 9. Hebatnya masjid ni! Berjaya menarik ramai orang datang ke masjid walaupun hari Ahad pagi. Nampaknya pihak masjid telah bekerja keras menjayakan programnya.

Ustazpun kelihatan bersemangat walaupun pagi itu dia tidak berapa sihat. Melihat kehadiran yang ramai tu, ustaz menjadi lebih bersemangat dan telah menyampaikan kuliah hampir sejam setengah.

Bagi yang tak dapat hadir pagi tu, jangan risau. Tuan boleh donlod macam biasa. Tekan butang hijau kat bawah ni.

Kepada yang nak dengar terus dari blog ni. tekan butang putih segitiga kat bawah ni. Selamat mendengar!!


Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh pergi ke Fan Page Jeng!Jeng!Jeng! dia Facebook. Tekan je logo facebook kat bawah ni.

Tazkirah di Sekamat


Assalammualaikum! Sahabat dan kroni! Malam ni ustaz ada Tazkirah ramadan di Surau Al Furqan, Sekamat. Kat sini ustaz ada kuliah bulanan. Kitab Hidayatus Salikin. Biasanya orang tak ramai kat sini. Bulan puasa ni, saya jangka mesti penuh punya surau ni. Memang tak disangka-sangka. Jumlah kedatangan ada sikit perbezaan, ataupun hampir tak ada perbezaan dengan bulan biasa. Hebat betul. Berjaya mengekalkan jumlah kehadiran.

Saya berpendapat, surau ini perlu buat promosi lebih sikit. Kalau ramai, tentu lebih meriah. Bagi sahabat yang tinggal di Kajang atau kawasan berhampiran surau ini, jemputlah datang beramai-ramai bila kuliah Kitab Hidayatus Salikin bermula balik lepas raya nanti.

Malam tu saya ada buat rakaman macam biasa. Sapa nak donlod, tekan butang kat bawah ni.

Bagi yang biasa dengar terus dari blog ini, ekan butang segitiga putih kat bawah ni.



Untuk melihat lebih banyak gambar semasa Tazkirah Ramadan di Sekamat, sila lawati Fan Page Jeng!Jeng!Jeng! di Facebook. Sila tekan logo Facebook kat bawah ni.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você