Isnin, April 28, 2008

.. dan Forum Perdana pun kembali...

Selepas 14 tahun 'the real' Forum Perdana pun kembali kepada rakyat Selangor. Inilah Forum Perdana yang kita nanti-nantikan selama ini. Forum yang dipengerusikan oleh Dato' Dr. Hassan Ali dengan ahli-ahli panel seperti Dato' Ustaz Ismail Kamus, Dato' Dr. Haron Din dan Ustaz Roslan Mohamed, benar-benar mengimbau kembali kenangan lama yang sedang diperbarui kerajaan Selangor. Inilah ada siri pertama forum perdana dengan Dato' Ismail Kamus dan Dato' Dr. Haron Din sebagai ahli panel tetap dan Dato Dr. Hassal Ali sebagai pengerusi tetap manakala ahli panel ketiga akan bertukar-tukar.

Menjawab soalan pengerusi, Bagaimana mahu menarik kembali minat umat Islam ke masjid, Dato' Ismail Kamus secara berseloroh telah mencadangkan menyingkirkan nazir-nazir masjid sediada. Ini disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir.

Siri kedua forum perdana bakal diadakan di Pandamaran, Klang.

Sabtu, April 26, 2008

Ceramah di Taman Permata

CERAMAH POLITIK MASAKINI BERSAMA SAUDARA ZULKIFLI NORDIN(Ahli Parlimen Kulim), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan YB Saari Sungib(ADUN Hulu Kelang, Selangor)

Malam ini bergegar Taman Permata dengan ceramah dari 3 orang tokoh politik yang berpengalaman.

Penceramah pertama malam ini ialah Saudara YB Zulkifli Nordin seorang ahli parlimen Kulim, Kedah. Dalam ceramahnya beliau menyebut tentang kemungkinan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi PM dalam masa terdekat ini. Beliau juga berterima kasih kepada Pak Lah yang dianggap sebagai penyumbang utama kejayaan Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat kehadiran Pak Lah adalah membawa kehancuran kepada UMNO dan member kejayaan cemerlang kepada Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya ke 12 yang baru lalu. Beliau juga berkata orang yang paling cemas sekarang ini ialah Dato Seri Najib dan Tun Dr Mahathir. Ini adalah kerana harapannya untuk menjadi PM akan berkecai sekiranya Dato' Seri Anwar menjadi PM. Begitu juga Tun Dr Mahathir, sekiranya jawatn PM bertukar tangan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, segala salah lakunya akan terbongkar. Saudara Zulkifli meminta rakyat supaya tunggu dan lihat dalam tempoh yang terdekat ini. Dia juga menjangkakan masanya sudah hampir.

Selaku penceramah kedua Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula, melahirkan rasa syukur kehadrat illahi diatas kejayan pakatan rakyat dalam pilhanraya yang baru lepas. Sambil mengatakan kejayaan ini adalah kejayaan semua. Manakala YB Saari Sungib dalam ucapannya berkata, beliau sedang merancangkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada penduduk Hulu Kelang. Beliau juga mendedahkan tentang dewan dan balairaya yang dibina diatas tapak surau dan kawasan permainan semasa pemerintah UMNO setempat.

Aku cuma berharap semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Takbirr!!!

Jumaat, April 25, 2008

Forum Perdana Ehwal Islam



Assalammualaikum, sudah sekian lama kita tidak berpeluang menghadiri forum seperti ini. Kali ini kita semua berpeluang sekali lagi menghadiri forum perdana seprti yang kita rindukan selama ini. Oleh hal yang demikian marilah kita semua pergi menghadirkan diri ke Forum Perdana yang buat pertama kalinya di jalankan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini satu majlis yang melibatkan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi, MB Selangor Tan Sri Khalid, Dato' Hassan Ali, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan beberapa oran pimpinan Pakatan Rakyat telah mengundang ribuan orang. Kali ini diharap lebih ramai warga Selangor khasnya orang Lembah Klang dapat menghadirkan diri.

Insyaallah aku juga tak mahu terlepas program hebat semacam ini. Bila lagi kalau bukan sekarang. Berikut adalah agenda majlis tersebut:

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM :
Menjana Islam Syumul Dikalangan Ummah


Dipengerusikan oleh : YB. Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali
(Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam)

Ahli Panel: Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din
Y. Bhg. Dato' Ismail Kamus
Y. Bhg. Ustadz Roslan Mohamed

Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Tarikh : Ahad 27 April 2008 / 20 Rabi'ulakhir 1429H

Masa : Pukul 8 malam ( bermula dengan Solat Isyaq berjemaah)

Rabu, April 23, 2008

Mari membuat blog


Salam! Semua blogger-blogger baru yang menyahut seruan Green Boc. Akupun salah sorang daripada blogger baru ni. Oh! Aku dah jadi blogger sekarang, tentu aku juga sudah dibenci Menteri Penerangan Malaysia. Bagi menyahut seruan Green Boc, akupun mula membuat blog. Rupanya aku dah ada blog rupanya. Tahun 2005 lagi aku dah buat, tapi tak update sampailah Green Boc menyeru supaya ahli kelabnya membuat blog sendiri. Akupun tak tahu sampai bila blog aku akan bertahan.

Terima kasih kepada Green Boc yang memberi idea membuat blog. Juga kepada Cikgu Eriza yang banyak membantu kami blogger-blogger baru ni. Sebelum ni aku tak pernah peduli apa itu "widget", "coding", "html" dan banyak lagi. Bukanlah nak kata yang sekarang ni aku dah pandai sangat, tapi inilah blog aku. Setakat ni. Banyak lagi benda aku tak tau, macam button kat atas tu "EDIT". Sampai sekarang aku tak tau nak adjust menatang tu. Hampeh tul. Tak kuasa dah aku nak fikir.

Aku hanya dapat godek-godek blog ni time kerja je, kat rumah tak ada internet. Tu yang payah sikit tu. Macamana dia orang tu boleh taruk videopun aku tak tau lagi. Blog aku pulak nampak kuncup je. Tak macam blog GB yang penuh sampai ke tepi.

Antara blog-blog ahli kelab GB ialah PMB, Abu Asma, Afexq, Wak Jembal, Keris Taming Sari, Bee, Limbang, Salsa Woldwide, Man, Pok Ong, Nasi Kerabu Putro, Sue Ella, Zlie, Pak Su, Puteraf.. dan ramai lagi.

Aku terfikir juga. Akupun muntah nak buat blog ni, macamana pulak dengan ahli palimen dan wakil rakyat kita yang berstatus ulama, imam tu nak buat. Mesti susah. Masa lagi. Pergh!!! Nasib kau oranglah..

Selasa, April 22, 2008

Fabregas on TV

F abregas kembali dengan satu lagi kejutan yang hebat. Pemain favourite aku ni, sudahpun ada TV Show dia sendiri. Kenapa Fabregas? Jawapannya mudah. Dia baru berumur 19 tahun adalah icon remaja yang berjaya di Utara London. Go Gunners!!! Aku merasakan dia bakal menyaingi kehebatan Zinadine Zidane. Berani berkata begitu, atas dasar kematangannya mengawal bola dan permainan.


Rancangannya yang berjudul The Cesc Fabregas Show: Nike Live telah disiarkan melalui Sky Sport1 bermula 19 may. Untuk keterangan lanjut layari www.nikelivefabregas.com.





Isnin, April 21, 2008

Arsenal menang


Arsenal 2 Reading 0

Pergh!! Akhirnya Arsenal menang lagi, walaupun dah terlambat tapi kemenangan tetap kemenangan. Untuk mengejar MUnafik FC memang dah tak boleh. Gol Adebayor memang superb dan Gilbertopun score jugak. Bermain cantik ada keistimewaan The Gunners. Seninya ada di situ. Menarik.

Pemain pujaan hatiku, Fabregas macam biasa, sentiasa bermain cantik dan berfikiran matang. Menang ditempat sendiri macamni memang best. Go Fabregas!!! Go Gunners!!

Van Persie juga main cantik, sebab tu la aku letak gambar dia ni. Harap season depan Wenger punya strategi menjadi. Belanja kecik tapi masih berada ditempat ke3 liga. Kalau belanja besar macam Liverpool, Munafik FC dan Chelsea, tentu keputusannya jauh lebih menarik. Go Gunners!!!!

Jumaat, April 18, 2008

Sultan Selangor merasmikan Masjid Bukit Indah, Ampang









Macam Jumaat lepas kita orang sembahyang Jumaat kat Masjid Bukit Indah, Ampang, tapi hari ni istimewa sikit. Hari ni masjid tu akan dirasmikan oleh Sultan Selangor. Ramai sungguh orang tak macam biasa.
Menteri Besar Selangor pun ada, Tan Sri Khalid. Berebut-rebut orang nak salam dengan Sultan. Masa aku sibuk ambik gambar, terdengar budak-budak tengah baca Bissmilliah, mintak2 dapat salam dengan Sultan. Hebat!

dan..Luqeman pun kawin

5 April 2008 hari tu... aku dah pergi kenduri kawin Luqe dengan isterinya Siti Maryam. Meriah sungguh..la. Luqe nampak ganas dengan keris sapa entah yang dia pakai tu.





 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você