Isnin, September 28, 2009

Rumah terbuka, Kuliah Subuh dan makan



Kali ini ada 3 peristiwa. Pertama malam tu pergi makan kat rumah En Najib di Ulu Langat. Kira open house la ni.



Subuh esoknya ada kuliah subuh di Masjid As Sobirin, Keramat. Entah AU berapa entah. Aku tak tau. Aku ada buat rakaman subuh tu. Sesapa yang nak dengar donlodlah sendiri. Klik kat donlod bawah ni.


Lepas tu kita pergi makan kat rumah Tuan Hj. Zul. Terima kasih banyak kat En Najib dan Tuan Hj. Zul.


Jumaat, September 25, 2009

Subuh Sebelum Raya


Subuh ni ustaz ada ceramah kat pondok di Ulu Langat. Ni pertama kali aku sampai sini. Sebelum ni memang tak sempat sebab isteri aku kerja hari Sabtu. Kali ni ada rezeki. Aku pun sampailah kat sini. Yang best nya, kita sampai awal. Kita orang pulak yang bukak surau ni. Punyalah awal. Ni kira pecah rekod ni.



Ceramah ni kira sambungan yang semalam kat Masjid Amaniah, Selayang. Antara isinya ialah nasihat Nabi Adam A.S. Kira ceramah terbarulah ni.

Pagi itu rupanya Y.B. Che. Rosli juga ada. Dia ni ahli parlimen Hulu Langat. Rajin dia datang pagi2 ni. Tahniah YB.



Sesapa yang nak dengar, jangan segan silu. Tekan je donlod kat bawah ni macam biasa. Selamat Mendengar!! Dan Selamat Hari Raya.

Sabtu, September 19, 2009

2 malam sebelum raya di Majid Amaniah, Selayang



Hari ni hari yang ke 28 berpuasa. Malam tu ustaz ada tazkirah di Masjid Amaniah, Selayang. Tajuknya saya pun tak tau. Bebas agaknya. Antara intipati tazkirah ustaz malam tu,

  1. Apa yang perlu kita lakukan malam sebelum raya
  2. Apa yang perlu kita amalkan
  3. Bagaimana kedudukan Malam Lailatul Qadar sekiranya negara lain puasa awal 1 hari dari kita. Dan macam2 lagi lah

Tazkirah kali ni memang menarik, yang ni saya tak pernah dengar lagi. Baru punya ni. Sapa2 yang nak dengar donlodlah kat bawah ni. Selamat mendengar dan Selamat Hari Raya.

Tazkirah Ramadhan Ustaz Ahamd Yahya - Nuzul Quran

Kali ni Ustaz Ahmad Yahya pulak. Yang ni tazkirah ramadhan kat Surau Al-Iman, Kemensah. Nuzul Quran. Sapa2 yang nak dengar bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Khamis, September 10, 2009

Nuzul Quran



Ni ceramah Nuzul Quran ni. Ceramah kali ni lain sikit. Memang tak pernah dengar yang ni. Cakap tak guna tak cakap orang tanya. Sesapa nak dengar, macam biasa donlodlah sendiri ya. Ceramah kali ni memang best. Selamat mendengar!!!

Tazkirah Ramadan Oleh Ustaz Abdullah Loutfi Al Patani

Kali ni tazkirah Ustaz Abdullah Loutfi pulak. Ni kat Surau Al Iman , Kemensah. Bagus tazkirah ni. Isinya bagus. Macam biasa, sesapa nak dengar donlodlah sendiri kat bawah ni. Tekan donlod tu.

Isnin, September 07, 2009

Ke Kampung Ustaz



Malam ni special sikit. Pertama kali ikut ustaz balik kapung dia di Kampung Melayu, Rasa. Ada majlis buka puasa, solat tarawikh dengan moreh. Dalam perjalanan ustaz ceritakan zaman kanak2 dia. Masa dia membesar kat kampung. Kisah kawan2 dia, macam2 lagi la.





Bila tengok masjid ni, ingat saya masa tingkatan 3 dulu. Suasana masjid ni sama dengan masjid Kapar dulu. Masa tu saya nak ambik SRP. Sebelum pergi pusat tuisyen kat Kapar, singgah dulu kat Masjid Kapar. Bukan masjid sekarang, sekarang masjid baru. Masa tu saya dengan 2 orang kawan pergi berbuka puasa kat masjid tu la. Ingat lagi masa minum teh tu, rasa lain macam benda yang masuk dalam mulut. Tengok-tengok kuku. Hampeh betul la. Tu la pengalaman ngeri masa buka puasa kat masjid tu.

Ada sekali tu, kita orang sembahyang tarawikh kat masjid tu la. Masa tengah sembahyang tu, tiba-tiba cicak jatuh betul2 kat kaki. Masa tu imam tengah baca fatihah. Cicak tu jatu atas kaki saya pulak tu. Apa lagi terus melompat ke belakang sikit. Yang best nya, cicak tu lari ke kiri. Saya pulak kat tengah2 saf. Bila cicak tu lari ke kiri, abis semua orang yang sebelah kiri saya semua melompat. Lepas sorang, sorang. Memang lawak betul. Rasanya batal terawikh tu, sebab dok tahan gelak hehehe.

Sapa2 yang nak dengar tazkirah ustaz di kampung halaman dia, boleh klik kat butang donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

Ahad, September 06, 2009

Adab menziarah kubur

Dalam perjalanan balik, Haji Azam telah bertanyakan kepada ustaz tentang adab-adab menziarah kubur. Ini 1 lagi ilmu ni, saya pun rakamlah hehehe. Sapa nak dengar klik donlod kat bawah ni. Memang bising sikit, sebab rakam dalam kereta yang sedang bergerak. Sabar je. Selamat mendengar!!!

Usrah di rumah Tuan Hj Jalil


Pagi ni kita pergi rumah Tuan Hj Jalil pulak. Dia jemput ustaz buat usrah kat rumah dia. Biasanya hari Sabtu, kali hari Ahad bagi pulak. Hari ini ustaz huraikan tentang ramadan dan amalan dibulan ramadan ni. Ustaz menggunakan kitab Tanbihul Ghafilin.


Haji Azam dengan En. Azmi antara tetamu yang datang.


Ustaz sedang menyampaikan usrahnya sambil diperhatikan oleh tuan rumah, Tuan Hj Jalil. Jangan lupa fotostat doa yang ustad bagi tadi. Saya nak 1 copy.

Sapa-sapa yang nak dengar usrah pagi tu, bolehlah tekan donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

Berbuka Puasa, Solat Tarawikh dan Tazkirah di Darusslam




Kali ni pergi Darussalam pulak kat Gombak, belakang balai polis. Ada majlis berbuka puasa, pengijazahan Amalan As- Syazili, Solat Tarawikh dan Tazkirah. Saya sempat pergi dengan Tn Hj Azam.


Tuan Haji Azam dgn ustaz. Ni masa kat pejabat baru ustaz ni.


Tuan Haji Muazan


Ustaz dengan Tuan Haji Jalil. Hari tu, ustaz ada beri pengijazahan Amalan As Syazili untuk dijadikan amalan. Bacaan dibuat melalui buku Ustaz Hanif Ghazali. Sapa nak dengar bolehlah tekan donlod kat bawah ni.

Amalan As Syazili


Lepas tu berbuka puasa. Kemudian Solat Isyak, Solat Tarawikh, Solat Witir dan lepas tu ustaz bagi Tazkirah. Sapa-sapa yang nak dengar tazkirah ustaz malam tu. Tekan donlod kat bawah ni.
Selamat mendengar!!!

Tazkirah!!


Ceramah Ramadan di Masjid Al Hasanah, Bangi

Pagi ni ustaz ada ceramah kat Masjid Al Hasanah, Bangi. Lebih kurang pukul 10 pagi ustazpun sampai. Terus ustaz sampaikan ceramah dia. Tajuknya tak ingat pulak saya, rasanya pasal bulan ramadan ni.

Masjid dibahagika kepada 2 bahagian, ni bahagian muslimat. Yang bahagian muslimin tak nampak. Sebab kalau saya duduk kat tempat musliminlah ni. Macamana nak ambik gambar muslimin. Ni ada beberapa gambar, untuk tatapan sahabat-sahabat.



Gambar kat bawah ni ustaz tengah promote buku dia. Indahnya Hidup Bersyariat. Sapa belum beli, eloklah beli. Esok bila dah abis stok, baru nak tanya kat mana boleh beli buku ni.

Sapa-sapa yang tak bawak duit, boleh berhutang. Tapi dengan kawan-kawanlah.


Sembang-sembang dengan jemaah masjid. Saya ada jugak buat rakaman ni, sapa-sapa nak dengar bolehlah donlod kat bawah ni. Macam biasa tekan je donlod u ya. Selamat Mendengar!!

Jumaat, September 04, 2009

Slovak Sling

Ini video memang betul..la. Aku gelak sorang2. Hahahaha...

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você