Khamis, Mac 25, 2010

Masjid Jumhuriyah, Kg Medan, PJ



Kali ni kita ke Masjid Jumhuriyah, Kg Medan, PJ. Kami tak tahu langsung lokasi masjid ni. Yang kami tahu, nama masjid dan ia terletak di kg Medan, PJ. Saya terus ke sana. Sampai je kat situ saya tercari-cari masjid ni. Akhirnya saya ikut orang yang pakai ketayap. Dengan harapan orang tu menghala ke masjid. Tepat sekali, memang orang tu pergi masjid ni. Pergh!! Lega. Tapi Hj. Muazan lagi cekap, dia sampai dulu ikut jalan besar. Rupanya masjid ni tepi jalan je. Hehehe.

Malam tu, punyalah ramai orang. Ini menunjukkan AJK masjid bekerja keras bagi menjayakan program ini. Saya tanya kepada sorang AJK masjid, dia kata mereka buat promosi besar-besaran. Siap dengan banner. Tampal kat pokok. Tampal kat surau2. Dan buat pengumuman dari rumah ke rumah. Wah! Betul-betul kerja keras ni. Patutlah ramai yang datang. Tahniah kepada AJK masjid yang bekerja keras.


Melihat kepada kehadiran yang menggalakan ini, ustaz pun bersemangat pada malam tu. Kepada sahabat dan orang jauh, janganlah tuan-tuan bimbang dan gusar. Rakaman saya ada buat. Tuan donlod je la, ya!

Untuk mendengar terus dari blog saya ni, tekan je butang hijau kat bawah ni. Ingat ya, butang hijau.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você