Selasa, Mei 27, 2008

ooo...ni kerja korang ya!!!

Aku nak marahpun ada, nak gelak pun ada. Nak marah sebab si Luqman ni telah menyebabkan kawan-kawan dia kelaparan menunggu dia. Sedangkan dia pergi laut ambik gambar. Nasib baik aku dengan bini aku datang terus makan. Kalau aku lepak sekali dengan budak-budak tu, akupun kelaparan jugak. Ko memang tak patut Luq, kesian Jib menunggu ko lama. Rupa-rupanya ko sibuk berposing ya. Cit!!!



Bila tengok balik gambar ko ni Luq, aku kira kasi chance lah kat ko. Kau kan pengantin baru aka Raja Sehari. Tapi sengih ko tu paling aku tertekan tengok. Hahahaha. Muka tak bersalah, kawan-kawan kelaparan menunggu ko.

Dahlah berposing sakan kat laut, sempat minum kopi pulak kat kedai kopi Cina. Jib dah kelaparan sangat. Ko tengok pakcik kat belakang tu, rasa nak lempangpun ada. Tapi aku rasa dia pun macam aku jugak. Kasi chance kat pengantin baru, tapi dia mesti terfikir kenapa pulak pengantin minum kat sini. Mungkin pengantin ni penat singgah sini minum dulu sebab cari rumah pengantin tak jumpa-jumpa. Apapun tahniah Luq. Gambar ni ada kat http://tarbularasa.wordpress.com/

Khamis, Mei 22, 2008

Menangispun tak guna lagi...


Memang salah John Terry. Bila sepak penalti kita perlu "target" untuk masukkan bola ke dalam gol. Kita sepak ke arah gol, samada gol atau tidak itu kerja penjaga gol pulak. Tapi kalau sepak penalti keluar langsung dari gol. Itu gagal namanya. Dalam hal ini, aku tetap mengatakan Terry yang cuai. Selangkah je lagi untuk menang dan kita dapat gelakkan MUnafik FC tu. Tapi hampeh kau Terry.

Strategi Grant memasukkan Anelka tu jugak satu kesilapan. Anelka tak dapat bermain dalam tekanan. Masa dia nak sepak penalti tu lagi aku dah agak dah, sebagai orang yang sepak guna kaki kanan, penjuru sebelah kanan adalah lebih baik dan lebih laju. Tapi dia sepak ke arah kiri dengan bola paras kepala Van Der Sar pulak tu. Kacanglah dia saved bola tu.

Keseluruhan perlawanan macam biasalah MUnafik FC akan bermain jahat. Tevez dan Vidic lah bapak segala kejahatan perlawanan tersebut. Diperkuatkan lagi dengan pengadil yang seakan akan penyokong MUnafik FC tu. Mana mana pengadil akan menyokong MUnafik FC. Apapun tahniah MUnafik FC dan penyokongnya kerana pasukan itu memang telah ditakdirkan untuk menang. Tak kira sehebat mana Chelsea malam tu, tak kira berapa kali bola Chelsea kena tiang gol memang sudah tertulis, MUnafik FC menang malam tu.

Rabu, Mei 21, 2008

Jangan sentuh kereta aku



Penat layan berita politik, kali ni kita layan video lawak pulak. Asyik politik je, sampai bilapun tak abis. Biarkan Tun Dr Mahathir tu. Sekarang ni korang layan video ni dulu, buat hilang mengantuk.

Selasa, Mei 20, 2008

Tun keluar UMNO.... bukan urusan aku


Semalam berita semua cerita pasal Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO. Hehehe....sebenarnya tu bukan urusan akupun, tapi saja nak tulis. Dia nak keluar ke nak masuk ke tu dia punya suka la. Tv sibuk-sibuk apasal. TV3 siap keluar kenyataan lagi bahawa bekas perdana menteri yang lepas-lepas semua keluar dari UMNO selepas tak jadi PM lagi. Jadi apa nak heran. Biasalah tu.

Tapi aku rasa orang UMNO patut lama dah tinggalkan UMNO. Ni bila Tun dah keluar ni korang tunggu apa lagi.

Aku memang tak payah keluar, sebab akupun memang tak pernah masuk dan tak teringin nak masuk.

Jom! Forum.... Kuala Selangor

Kali Forum Perdana telah pergi ke Kuala Selangor. Kali ini ahli panelnya terdiri dari Dato' Ismail Kamus sebagai panel tetap, Dato' Dr Haron Din dan Mufti Perak Dato' Harunsani. Sebelum forum berlangsung, solat hajat telah dijalankan di Masjid Kuala Selangor dengan Dato' Dr Haron sebagai imam.

Selepas sedikit jamuan dari pihak masjid, kami bergerak ke Stadium Malawati, Kuala Selangor tempat forum bakal berlangsung. Malam itu turut dia hadiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, Dr Zulkifli Adun Kuala Selangor dan Pegawai Daerah. Selepas Menteri Besar menyampaikan ucapannya, forumpun dijalankan.

Kehadiran di Kuala Selangor amatlah menggalakan. Saya rasa inilah jumlah kehadiran tertinggi setakat forum ini dijalankan. Grandstand penuh sehingga diatas trek balapan pun ada orang.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Shamsudin sekeluarga yang telah menjamu kami dirumahnya sebelum forum bermula.

Jumaat, Mei 09, 2008

Perang Tambang Murah

Pergh!!! Sekarang ni Mas dengan Air Asia tengah berperang. Perang tambang murah. Kagum aku tengok. Dia orang berebut-rebut nak bagi kita naik kapal terbang free je. Free!!!! wooo.

Macam tak percaya je....hehehe.. tapi entahlah. Jangan-jangan ada agenda tersembunyi macam dalam video bawah ni.

Khamis, Mei 08, 2008

Bodoh Bin Bangang


Hahahaha!! Ketawalah lagi... Penat aku ketawa baca artikel ni. Manalah mamat ni dapat idea pergi buat report polis pasal dia rasa dia tertipu dengan manifesto Pakatan Rakyat. Semua ni gara-gara kerajaan negeri Selangor yang belum mahu menurunkan cukai pintu sebanyak 20%. Tu yang aku tengok TV3..la. Mamat ni pun keluar kat TV3 jugak. Memang penat aku gelak malam tu. Hahahaha....

Kerajaan negeri Selangor dah bagi free air tiap bulan dalam nilai lebih kurang RM11 sebulan, kalau setahun dah RM132. Tu dia taknak report pulak. Reportlah. Bab air free ni tak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat pun.

Cuba kita tengok manifesto BN masa pilihanraya 2008 yang baru lepas. Selamat, Aman, Makmur. Cuba pulak kita tengok surat khabar, tak kiralah Utusan Malaysia ke, Berita Harian ke, Metro ke apa benda lagi..la. Kalau tak ada kes bunuh, kes rompak, kes samun memang tak sah. Mana amannya. Mana selamatnya. Mana makmurnya.

Apapun tahniah kepada bekas pelajar (UiTM) yang berumur 25 tahun buat repot terhadap Pakatan Rakyat tu. Aku tak tau dia ni dah bayar cukai pintu ke belum. Kalau baca kat artikel dalam Metro tu, dia ni baru menamatkan pengajiannya. Macamana aku tak gelak.... ahahahahaa....ketawalah lagi.

Isnin, Mei 05, 2008

Forum di Klang

Siri Ehwal Islam ke2 di Pandamaran, Klang

Petang 3/5/08 aku bergerak ke kampung halaman ku di Klang. Kali ini forum perdana akan dijalankan di Pandamaran, Klang. Dalam perjalanan ke Surau AlMansuriah di Pandamaran, aku sempat menunjukkan kepada Ustaz rumah allayarhamha Dato' Zakaria bekas Adun Pelabuhan Klang kalau tak salah. Itulah pertama kali Ustaz melihat "Istana Airmata" tersebut.

Selepas itu kami terus ke Surau Al Mansuriah, di Pandamaran. Selesai solat Maghrib, kami dijamu dengan makan malam. Kemuadian setelah selesai solat Isyaq' kami terus ke Padang Kompleks Sukan, Pandamaran.

Forum berlangsung hampir 3 jam dengan jayanya. Moderator forum, Dato' Dr. Hasan Ali berjaya memainkan peranannya. Manakala ahli panelnya pulak telah berhujah dengan hebatnya. Ustaz merupakan ahli panel ketiga, yang pertama Prof. Fauzi Deraman, kemudian Ustaz Roslan Mohamed.

Siri ke 3 forum bakal dijalankan di Kuala Selangor dengan ahli panel seperti Dato' Ismail Kamus, Dato' Haron Din dan kemungkinan besar Mufti Besar Perak Datuk Harunsani.

Jumaat, Mei 02, 2008

Siri kedua Forum Perdana


Minggu ini Forum Perdana akan berlangsung di Bandar Diraja Klang. Lokasi forum akan dijalankan di Kompleks Sukan Pandamaran. Forum dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung. Ia juga akan merubat kerinduan warga Klang terhadap forum seumpama ini. Lebih manis lagi, forum kali ini berlangsung di kampung halamanku.

Ahli panel dan pengerusi majlis adalah orang yang sama seperti minggu lepas. Berikut adalah butir-butirnya:

Tempat : Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Pandamaran
Tarikh : 03hb Mei 2008
Waktu : 9.00 malam

Tajuk : Menjana Islam Syumul Di Kalangan Ummah
Penalis: (i) YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali (Moderator)
(ii) Dato' Ismail Kamus
(iii) Prof. Dr Fauzi Deraman
(iv) Ust Roslan Mohamed

Jumpa di sana. Insyaallah!!! Takbiir!!!!

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você