Khamis, Julai 31, 2008

2-0 saja....


Seperti yang telah kita jangkakan, Chelsea menang ke atas Malaysia. Namun khabar gembira buat Malaysia, kita cuma kalah 0-2 saja kepada Chelsea. Adakah mutu bolasepak kita sudah meningkat ataupun Chelsea cuma bermain "otek-otek" saja.

Selepas menonton perlawanan itu, aku berani kata, Chelsea bermain "otek-otek" saja. Maksudnya main-main je la. Sebelum perlawanan, jurulatih Malaysia berkata akan menggunakan format 4-1-4-1. Maknanya "defensive" la tu. Kalau dah begitu ramai pemain Malaysia berada dalam kawasan sendiri memang sikitlah Chelsea dapat score. Sekali sekala Malaysia da jugak menyerang. Boleh tahan jugaklah dia orang punya serangan tu. Kira bahaya jugaklah, cuma penendang striker Malaysia je yang lembik. Aku heran, kenapa bila Malaysia lawan dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar, kita tak main sama macam kita main dengan Chelsea. Adakah perlawanan persahabatan lebih penting dari kejohahanan lain.

Ada orang kata aku memperkecilkan kebolehan Malaysia. Mintak maaf cakaplah, kebolehan Malaysia memang kecil. Ada juga yang kata aku tak menyokong Malaysia. Mintak maaf cakap sekali lagi, aku memang penyokong Malaysia, tapi aku bukan penyokong FAM. Korang yang sokong Malaysia jangan berat sebelah la. Chelsea trainingpun korang pergi tengok... Malaysia training, kenapa tak pergi. Hampeh!!!

Khamis, Julai 24, 2008

Chelsea lawan Malaysia

Fuyyoo!!! Malaysia lawan Chelsea...beb!!! Ini bolehlah dianggap sebagai pertembungan maut bagi Chelsea. Ini adalah kerana Chelsea akan penat menjaringkan gol. Apa kelas Malaysia nak lawan Chelsea. Standard Malaysia lebih tinggi dari itu. Kalau Bangladesh ke, Cambodia ke, Maldives ke barulah standard Malaysia. Ingat senang ke Chelsea nak dapat main dengan Malaysia ni. Berapa kali dia orang apply nak lawan Malaysia ni. Ini kali kedua Chelsea lawan Malaysia. Kali ini pun sebab Malaysia dah tak ada sapa nak lawan, jadi Malaysiapun terima pelawaan Chelsea tu.

Malaysia akan bagi peluang Chelsea mencipta kemenangan. Lagi besar kemenangan lagi baik. Ya la Chelsea kan datang dari jauh, takkan Malaysia sampai hati nak biarkan Chelsea kalah pulak, kan? Mestilah Malaysia bagi Chelsea kemenangan selesa bagi menghibur hati dia orang yang nak balik jauh tu. Tak percaya korang tengoklah nanti. Kalau Malaysia menang.....errr... tak payah fikirlah Malaysia menang. Memang niat Malaysia, main bola untuk kalah. Korang boleh ingat ke, bila Malaysia menang?

Selasa, Julai 15, 2008

SMS kawanku!!!!

Semalam aku ada menerima kiriman SMS daripada seorang kawan. Aku ingatkan apahal yang penting sangat. Rupanya dia minta aku tulis kat blog aku pasal Ezam. Hahaha!!!.. Marah betul dia kat Ezam ni. Aku marah jugak, sebab aku pernah dengar ceramah Ezam kat Klang waktu dia masih bersama Keadilan lagi. Tengok-tengok dia masuk UMNO, menyesal aku pergi dengar ceramah dia dulu. Hehehe!!!

Berbalik pada SMS kawan aku tadi. Kecewa betul nampaknya dia dengan Ezam ni. Ini SMS dia aku salin balik.

"Boleh tak kau tulis dlm blog kau tu, minta Ezam teruskan menghentam Anwar dan PR, supaya kebencian org kpd UMNO dan BN terus subur. Jangan lupa ucap terima kasih keta Ezam sebab rakyat dah ada 2 sebab nak benci UNMO dan BN. Dulu KJ je, la ni tambah Ezam. Teruskan Ezam, memang kami menyampah dah dgn parti kau tu. Kalau faktor KJ kita dpt 5 negeri, tambah Ezam ni, confirm satu Malaya kita pulun nanti. HIDUP HIDUP HIDUP EZAM!"

Macam tu lah SMS nya. Aku sendiri dah malas nak layan politik punya hal. Dulu aku dah puas marah hal politik ni. Sekarang ni aku dah relaks, sebab ramai lagi yang lebih marah dari aku. Jadi biarkanlah orang lain marah pulak. Hahaha!

Isnin, Julai 14, 2008

4x4 Jamboree, Sg Sendat

Sabtu lepas aku pergi 4x4 Jamboree anjuran ACKL. Punyalah banyak 4x4 dalam hutan tu. Hampir 60 buah kereta. Menarik sungguh aksi-aksi merosakkan kereta oleh pemandu-pemandu yang tak sayang duit ni. Aku memang dah biasa tengok. Rupanya Nikon Malaysia ada menganjurkan pertandingan fotografi untuk program tersebut. Patutlah ramai jurugambar pro dengan tak pro. Aku ni kategori jurugambar 'PROsak je. Dengan kamera Nikon Coolpix 5400 apa aku boleh buat. Aku tangkap je gambar tu. Sapa nak marah. Lagipun aku bukan rugi apa pun. Orang lain punya kamera punyalah canggih.

Lens saja aku tengok dah tak larat pikul. Mesti gambar dia orang tu cantik dan menarik. Kalau gambar yang dia orang ambik tu tak cantik, aku ada 1 nasihat untuk dia orang iaitu..."Baik kau bakar je kamera tu".

Akupun ambik juga beberapa keping gambar yang aku gerenti kalau masuk pertandingan tu, terus dia orang campak dalam tong sampah. Macam-macam aksi aku ambik. Aksi aku je tak tau macamana nak ambik. Nasib baik Dik Apit ambik gambar aku. Jadilah, daripada tak ada. Ni aku sertakan gambar yang aku ambik...hehehe... Kalau nak tengok gambar yang menarik masuk link ni...http://archidoz.fotopages.com/. Dik Apit punya link. Kamera dia canggih...oo.




Khamis, Julai 10, 2008

Suatu masa dulu...







Masa aku kemas-kemas rumah, jumpa album lama. Ada gambar-gambar ni. Gambar ni aku ambil masa Jamuan Makan Perdana Bersama Ulama (Untuk Mengisi Tabung Khidmat Masyarakat & Perubatan Islam) yang dilancarkan oleh Allahyarham Ustaz Hj. Fadhil Mohd. Noor di Hotel Nikko, Kuala Lumpur anjuran Lajnah Iktisad & Pembangunan PAS Kawasan Gombak pada 29 Julai 2001.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Hj Hadi dan ramai lagi orang kenamaan dan ahli-ahli Pas yang kebanyakannya sudahpun menjadi wakil rakyat sekarang ini. Ustaz Ismail Kamus adalah tuan rumah kepada majlis itu.


Bila tengok gambar Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, aku teringat masa aku ikut ustaz menghadiri satu majlis makan malam seumpama ini di Rantau Panjang, Klang. Ustaz sebagai tetamu bersama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Selesai makan, ada sesi soal jawab. Masa tu bangkit orang dari Kuala Selangor. Lelaki itu dengan nada marah bertanya kepada Ustaz Fadhil Noor, "Mengapa Kawasan Kuala Selangor di beri kepada Parti Keadilan, sedangkan beliau ingin calon Pas bertanding di kawasan itu. Allahyarham dengan tenang menjawab satu persatu soalan lelaki yang marah itu. Akhirnya lelaki itu dapat menerima jawapan yang diberi Ustaz Fadhil. Allahyarham hanya tersenyum, walaupun lelaki itu benar-benar marah dan ditenangkan oleh beberapa orang lain. Akhirnya majlis dapat ditamatkan dengan aman. Kejayaan dan ketenangan Allahyarham Ustaz Fadhil mengawal situasi ketika itu memang tak dapat aku lupakan. Itulah kali pertama aku berjumpa Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, dan lebih kerap lagi selepas itu.

Atuk sapa....la ni..???

Atuk sapalah ni, kan? Bukan main miang lagi. Aku rasa ini satu lagi konspirasi ni. Malaysia kita ni kan ada banyak konspirasi. Atuk tu patut buat pengakuan bersumpah ni. Lepas tu larikan diri. Kan senang. Lepas tu anak angkat dia yang dia rogol pulak buat aduan bersumpah baru best. Tapi aku tengok aku ni, aku pun tak percaya dari dulu, kini dan selamanya. Ini taat setianya kepada Barisan Nasional tak pernah berbelah bagi. Ini terbukti, dalam keadaan tangan bergari, dia masih memakai baju Barisan Nasional.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você