Khamis, Jun 26, 2008

Turkey vs Malaysia

Kali ni kita sembang bola pulak...hehehe. Lepas tengok Turki kalah dengan German 3-2 aku rasa biasa je. Sebab Malaysiapun biasa kalah. Apa nak heran. tapi ada beza kekalahan Turki dengan Malaysia. Ini antara bezanya:

  • Mutu Permainan
Turki punya mutu permainan memang tinggi. Passing bagus. Tepat kepada kawan.
Malaysia punya mutu pemainan tak payah cakaplah. Punyalah bagus, cakappun tak guna. Sangat bermutu sehinggakan pasukan lawan yang handal-handal kalau main dengan pasukan Malaysia akan kelihatan tak bagus. Ini adalah kerana mutu permainan Malaysia berjaya mempengaruhi pasukan lawan. Passing pulak, Malaysia banyak kelebihannya, mereka bukan saja boleh menghantar bola kepada rakan sepasukan, malah juga boleh menghantar bola tepat kepada pasukan lawan. Ini membolehkan Malaysia membantu pasukan lawan menjaringkan gol. Malaysia juga boleh menghantar bola keluar padang dengan baik. Ini berlaku bila Malaysia mendahului pasukan lawan. Biasanya dengan pasukan-pasukan kerdil. Tapi ada ke pasukan yang lebih kerdil daripada Malaysia? Hebatnya Malaysia!!

  • Semangat juang
Semangat juang pasukan Turki memang tinggi. Daripada berada dalam ketinggalan, Turki boleh mencapai kemenangan, seperti yang mereka tunjukkan semasa menentang Crotia.
Semangat juang pasuka Malaysia lagi hebat. Kalau Malaysia ketinggalan 1-0, mereka boleh main cantik lagi. Kalau dah ketinggalan 2-0, mereka boleh main macam tarining je. Kalau ketinggalan 3-0, mereka masih boleh buat hantaran ke belakang. Kalau ketinggalan 4-0, mereka akan bersemangat kembali dan akan menjaringkan gol. Dan bila dah dapat score 1, mereka kembali tenang dan membiarkan pasukan lawan menjaringkan gol ke 5. Inilah yang berlaku masa Piala Asia kat Bukit Jalil dulu. China 5 Malaysia 1. Biasanya bila Malaysia ketinggalan, pemain akan memikirkan macamana nak patahkan kaki lawan. Sambil fikir bilalah game nak abis.

  • Ranking Dunia
Walaupun Turki kalah dengan German tapi rankingnya naik, tapi Malaysia. Walaupun dah banyak kali kalah, tapi rangking tak pernah naik.

  • Penyokong
Penyokong Turki akan memberi sokongan sampai tamat perlawanan. Tepukan dan sorakan akan berterusan sehingga tamat perlawanan. Peyokong Malaysiapun macam tu jugak. Kalau Malaysia ketinggalan 3-0, lagi 20 minit perlawanan nak tamat, stadium dah mula kosong. Penyokong yang tinggal pulak dan akan maki pemain sampai tamat perlawanan sehingga ke bilik persalinan. Penyokong setia pulak akan ke Corporate Box dan teruskan maki orang2 FAM pulak. Dari Presiden sampai pegawai FAM habis semua kena maki. Aku pun maki gak. Dah dia orang tak nak letak jawatan.

Kelebihan Malaysia yang patut kita bangga adalah, Malaysia suka jadi tuan rumah. Senang sikit, kalau kalah senang penyokong nak maki.



Kakitangan kerajaan beniaga..hahaha

Aku tertarik betul dengan langkah kerajaan membenarkan kakitangan kerajaan berniaga. Wah! Bijak sungguh. Langkah tersebut boleh menyebabkan ramai peniaga gulung tikar. Katalah seorang kakitangan kerajaan sudah mengambil alih bisnes catering yang selama ini diberikan kepada syarikat A..la katakan. Lingkuplah syarikat tu.

Lepas tu ada pulak kakitangan yang buat bisnes alat tulis, boleh beli dari dia. Nanti adalah bos yang buka syarikat guna nama kakitangan bawahan. Ini semua mengarut. Ada orang sedang membolehkan perkara yang selama ini dia telah praktikkan.

Sebagai contoh, seorang peniaga semakin berjaya dengan mendapat tender bermacam-macam projek itu ini semata – mata kerana bapak dia Perdana Menteri. Macam pernah dengar kan? Bukan Negara inilah …Negara lain…hehehe..

Bila kakitangan kerajaan dah boleh berniaga dan tak menjadi salah, maknanya apa yang ahli perniagaan dengan bapanya yang menjadi Perdana Menteri tu buat juga tidak salah. Maknanya benda yang salah sudah tidak menjadi salah.

Ini bermakna Putrajaya adalah shopping complex terbaru kerana ada macam-macam perniagaan dalam tu.

Jumaat, Jun 20, 2008

Video Lawak

Rabu, Jun 18, 2008

Kalau aku jadi Perdana Menteri

Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan

  1. Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
  2. Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
  3. Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
  4. Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
  5. Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
  6. Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
  7. Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang nak hantar anak pergi sekolah.
  8. Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
  9. Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
  10. Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
  11. Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
  12. Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
  13. Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
  14. Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.
Pergh banyak lagi tu idea aku. Bukan susahpun jadi PM. Kalau orang marah, aku letak jawatanlah. Apa nak heran.

Isnin, Jun 16, 2008

Benar kata Tuan Guru!!!!


Tuan Guru Nik Aziz kata kerajaan patut perluaskan lagi penggunaan gas bagi menggantikan minyak yang semakin naik harganya. Benar kata Tuan Guru Nik Aziz. Malaysia merupakan pengeluar gas yang berada dalam 'Top 10' negara pengeluar gas. Info ini aku dapat di https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2183rank.html.
Kedudukan Malaysia sebagai pengeluar gas dunia mengatasi Brunei, Qatar, UAE dan banyak lagi negara pengeluar minyak.
Oleh itu Tuan Guru mencadangkan kita memperluaskan lagi penggunaan gas ini. Benar lagi kata Tuan Guru. Malaysia memang mampu menggunakan gas sebagai sumber utama bahan api negara. Sekiranya gas digunakan, maka penggunaan minyak akan berkurangan. Ini membolehkan Malaysia menjual lebih banyak minyak dengan harga yang tinggi dan semakin tinggi itu. Kos pemasangan NGV perlu direndahkan lagi mengikut kemampuan pengguna. Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, gas lah caranya.
Bilangan stesyen minyak yang mempunyai kemudahan NGV hanyalah lebih kurang 40 buah seluruh negara. Seluruh negara!!. Bilangan kenderaan yang menggunakan semakin meningkat mungkin sudah mencapai 30,000 buah kenderaan.
Memandangkan Malaysia pengeluar gas yang berada dalam ranking tinggi, maka tiada sebarang masalah sekiranya gas digunakan secara meluas.
Tapi Pak Lah tak pernah sebut langsung tentang gas ni. Lupa atau buat-buat lupa. Korang boleh refer kat banyak lagi laman web pasal negara pengeluar gas ni. Antaranya http://www.infoplease.com/ipa/A0872966.html

Rabu, Jun 11, 2008

Naikkan harga minyak untuk tolong rakyat.... KEPALA LUTUT KAU


Entah malam bila entah, aku tengok TV1. Sharir Samad tengah baik punya goreng. Dia kata "kerajaan naikkan harga minyak tu bukan apa, nak tolong rakyat jugak". Aku cuma nak kata "KEPALA LUTUT KAU". Bila minyak naik harga perbelanjaan rakyatpun naik jugaklah. Macamanalah kau boleh jadi menteri. Dia kata lagi sekarang kerajaan sedang berjimat cermat. Ha...ini aku nak bagi tips cara - cara berjimat cermat.

  1. Kabinet mestilah menyewa apartment. Semua menteri duduk dalam apartment tu. Bagi menghormati Pak Lah sebagai perdana menteri, dia duduk tingkat bawah sekali sebab dia dah tua penat nanti naik tangga.
  2. Kabinet juga patut naik bas. Ya lah, bila duduk kat apartment satu tempat, kita sediakan bas. Semua kabinet mesti naik bas tu sekali. Maknanya satu trip je. Lagipun opis dia orang kat Putrajaya je.
  3. Makan tengahari mesti sekali. Bayar ikut giliran. Kalau hari ni Pak Lah bayar esok Najib pulak. Ini juga dapat menjalin silaturahim di kalangan kabinet.
  4. Pakaian juga mesti seragam. Pak Lah dengan Najib je boleh pakai kot. Ya la, hormat Perdana Menteri dengan Timbalannya.
  5. Kalau nak pergi luar negara naik Air asia. Murah. Tempah awal, duit tak dikembalikan kalau batalkan tempahan.
  6. Harga minyak untuk kabinet harganya tinggi sikit. RM5 seliter. Ya la, dia orang gaji besar.
  7. Isteri-isteri menteri mesti pandai cari duit sendiri. Dia orang hendaklah menubuhkan Kumpulan Marhaban. Bila ada orang kawin, dia orang ni lah yang akan berMarhaban. Tambah pendapatan.
  8. Gaji menteri dikurangkan sebanyak 90%. Ya la, kata nak tolong rakyat.
  9. Menteri yang balik kerja awal, bolehlah buat part time kat 7 Eleven ke, pam minyak ke.
Banyak lagi lah. Kalau korang nak idea lagi aku ada, tapi kena lantik aku jadi menteri la.

Jumaat, Jun 06, 2008

Cara nak dapatkan rebet!!!!

Harga minyak sekarang ni memang membebankan. Semua orang tahu tapi Perdana Menteri Malaysia tak tahu. Jangan bimbang aku ada jalan penyelesaian. Sila ikut langkah2 ini:

  1. Beli kereta buruk. Yang dah tak boleh jalanpun tak apa. Tapi pastikan gerannya masih hidup. Cari yang paling murah. Beli 12 buah kereta.
  2. Pastikan kita akan "renew" roadtax utk sebuah kereta setiap bulan.
  3. Dengan ini anda akan dapat rebate sebanyak RM625 setiap bulan. Anda hanya perlu "renew" roadtax je, jangan pedulikan samada kereta tu wujud ke tidak.
Harap idea ini dapat membantu rakyat Malaysia. Cara ini mungkin kelihatan bodoh, tapi bila berdepan dengan kerajaan yang bodoh kita kena guna cara bodoh.



Khamis, Jun 05, 2008

Ahai! Ahai! Menipulah lagi..


Semalam Pak Lah umumkan minyak naik harga. 78 sen bagi petrol dan RM1 bagi diesel. Best kan? Selamba je dia buat kenyataan. Inilah jasa dia paling kita kenang. Tahniah! Ini juga salah satu jasa Tun Dr Mahathir. Dia melantik pengganti yang tak cerdik supaya dia sentiasa kelihatan cerdik. Seingat aku zaman Pak Lah ni, dah 3 atau empat kali dia naikkan harga minyak. Kalau di kira-kira, dia dah naikkan harga minyak sebanyak lebihkurang RM2. Hebatkan jasa dia. Bila sesak je, naikkan harga minyak. Kalau kat negara luar orang dah mogok dah. Semua sistem pengangkutan kat luar negara mesti dah mogok punya. Tapi kat Malaysia special sikit. Tak ada mogok, sebab semua sistem pengangkutan ada orang politik yang terlibat.

Nanti dia akan keluarkan kenyataan kat tv, pengeluar tidak dibenarkan naikkan harga barang. Tolonglah. Budak bodohpun boleh fikir. Kalau dah minyak naik sampai 78sen, takkan harga barang tak naik. Habis dia orang nak hantar barang pakai air liur ke? Tambang teksi mesti naik. Tambang bas mesti naik.

Kalau dah tahu harga minyak duni naik, janganlah taja Team Petronas F1 lagi. Tu mesti makan juta punya, entah-entah bilion habis kat situ. Petronas juga jangan lagi menganjur program Petronas Adventure Team yang tiap2 tahun pergi mengembara keseluruh dunia tu. Bagi aku dua-dua penganjuran tu tak ada faedah pada rakyat. Perbelanjaan Dewan Philharmonic yang semua dah tahu tu pun patut dikurangkan. Monsoon Cup juga.

Kalau tak salah aku kerajaan banyak duit. Kenapa nak naikkan harga minyak. Sebab aku kata kerajaan banyak duit adalah Projek Koridor yang dibangga-banggakan tu. Koridor sana, koridor sini. Jangan buat semua tu. Boleh jimat gak tu. Guna akal..la. Aiseymen takkan itupun aku nak ajar.

Kenaikkan harga minyak juga dapat memutuskan silaturahim. Orang akan fikir banyak kali kalau nak kemana. Sebagai contoh, kalau sedara kau duduk kat Johor sedangkan kau duduk kat Selangor. Tentu kau fikir banyak kali nak pergi ziarah dia. Minyak mahal beb! Tol lagi.

Aku rasa kemalangan jalanraya dapat dikurangkan selepas kenaikkan harga minyak ni, sebab tak ada sapa nak jalan-jalan kemana. Bila dah tak ada orang pergi jalan-jalan, maka kuranglah kemalangan jalanraya. Itu agaknya matlamat kerajaan.

Oh lupa. Kerajaan bagi kita rebet oi. Kereta yang kurang 2000cc dia bagi rebet RM625 bersamaan 800liter minyaklah lebih kurang. Baik bagi kupon minyak percuma sebanyak 800 liter je. Rebet rebet ni entah bila la nak dapat duit tu. Heran jugak aku, buat apa naikkan harga minyak, lepas tu bagi rebet.

Korang nak sokong lagi ke, orang yang menyusahkan rakyat ni?

Isnin, Jun 02, 2008

Atromen

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você