Selasa, Julai 27, 2010
Ke Surau Addiniah
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua, apa habaq? Kali ni kta ke Surau Addiniah, Bandar Baru Selayang. Kat sini ustaz bawak kitab Jauhar Mauhub sama dengan Surau Kemensah, tapi kelebihan surau ni , orangnya lebih ramai dari surau Kemensah.
Kata Ustaz Zaki, kuliah ustaz kat surau ni setiap bulan cuma harinya bergantung kepada ustaz. Jadi sapa-sapa yang dok berdekatan kawasan tu, bolehlah datang ke surau ni. Kita buat ramai kat surau pulak. Bagi yang jauh dan tak dapat buat ramai kat surau ni, jangan bersedih hati. Saya uplodkan kuliah ni kat sini. Tekan butang hijau kat bawah ni ya.
Sapa yang nak dengar teru dari sini pun boleh. Butang segitiga putih kat bawah ni patut ditekan.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ke Kampung Inas, Negeri Sembilan
Assalamualaikum! Sahabat dan kroniyang dihormati sekelian. Tujuan saya mengapdet blog kali ni adalah untuk memberitahu yang kita telah pergi ke Kampung Inas, negeri Sembilan. Perjalanan kami bermula pukul 4.30 petang dan singgah di rumah kawan ustaz di Rembau. Sempat juga makan keropok dan buah-buahan sikit.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Kampung Inas. Ini 1st time yang pertama kali saya sampai ke kampung ni. Lepas solat maghrib, ceramah israq mikraj bermula. Saya rasa ni surau kelurga je ni. Akan tetapi ramai jugak orang kampung yang datang. Bagi memeriahkan lagi suasana ceramah, saya sertakan ceramah dalam format mp3. Bolehlah tuan-tuan donlod dengan kadar segera. Jangan berlengah lagi.
Lepas tu kita makan. Bagi yang selesa mendengar ceramah dari blog saya ni, boleh tekan butang segita putih kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Pondok
Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, kali ni kita menyambung kuliah subuh di Pondok Batu 9, Cheras. Kat sini tak ada baca kitab yang tertentu. Kuliah bergantung pada ustaz je. Biasanya kitab apa yang ustaz baca malam tu, maka ustaz huraikan kat pondok ni.
Lepas kuliah subuh, biasanya ada minum-minum kat gerai. Nasi lemak kat gerai ni boleh dikatakan powerla. Sapa yang nak cuba, kena datang kuliah subuh dulu. Ada berani??
Bagi sapa yang tak berani, tapi nak dengar kuliah subuh kat pondok ni, buat macam biasa je. Tekan butang donlod kat bawah ni.
Bagi yang berasa selesa dengar dari blog saya ni, tekan je butang segitiga kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Julai 25, 2010
Israk & Mikraj di Nurul Muttaqin
Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni semua. Apa Habaq? Malam ni kita pergi Surau Nurul Muttaqin, dekat Gombak. Ustaz bawak tajuk Israq dan Mikraj, tapi kali ni tak macam tajuk Israq Mikraj yang biasa kita dengar. Ada kelainan dan menarik. Biasanya kalau isinya lain dari biasa, kami akan rakam untuk dijadikan CD, tapi kali ni saya publish kat blog saya ni.
Tuan-tuan dengar dan donlodlah ya. Untuk donlod, butang hijau kat bawah ni.
Bagi yang selesa dengar dari blog saya ni, bolehlah tekan butang segitiga bawah ni. Terima kasih banyak kepada yang mendengar terus dari blog saya ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Julai 20, 2010
Tazkirah dan kenduri kawin..
Lepas kuliah Dhuha di rumah Tuan Hj Jalil, kami pergi kenduri kawin anak kepada sahabat lama ustaz di Taman Tun. Ustaz diminta bagi tazkirah pulak hari tu. Yang canggihnya, ustaz diminta duduk kat atas pelamin pulak tu... hehehe.
Ni satu format baru kenduri kawin. Ada makan ada tazkirah. Bagus gak idea ni. Kenduri ni boleh buat tazkirah sebab majlis dibuat dekat dengan dewan surau kat situ, jadi lokasi tazkirah dengan meja makan berasingan. Tahniah kepada tuan rumah!!
Saya sempat jugak buat rakaman hari tu. Khas buat sahabat dan kroni. Perakam saya letak dalam poket baju ustaz. Harap-harap jelaslah bunyi nya. Tekan butang donlod kat bawah ni.
Bagi yang nak dengar terus, tekan butang putih ya kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Isnin, Julai 19, 2010
Di rumah Hj Jalil, Kelana Jaya
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. kali ni kita pergi rumah Tuan Hj Jalil di Kelana Jaya. Di sini ustaz baca Kitab Hidayatus Salikin. Kitab ini juga dibaca di Surau Al Furqan, Taman Sekamat, Kajang. Cuma rakaman di Surau Al Furqan kami rakam untuk dijadikan VCD kerana kami rakam dari muka surat pertama dan insyaallah akan berterusan sehingga habis kitab tu.
Jadi sapa-sapa yang nak ikut dari mula, bolehlah dapatkan VCD itu. Tapi kuliah dhuha di rumah Tuan Hj Jalil ni saya ada buat rakaman. Jadi macam biasalah ya. Klik je la mana yang patut. Kalau nak donlod tekan butang donlod, kalau nak dengar klik segi tiga putih tu je.
Ha... butang segitiga kat bawah ni la. I Tell you....huhuhu..
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Julai 14, 2010
Jauhar Mauhub Di Kemensah Berterusan
Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Apa habaq semua, kali ni saya bawakan kuliah subuh di Surau Al Iman, Kemensah. Kat sini ustaz bukak kitab jauhar mauhub. Kalau tuan-tuan rajin, kumpul semua kuliah subuh di kemensah ni. Ia berturutan.
Secara peribadinya, saya rasakan jumlah kehadiran di surau ini agak meruncing. AJK surau kena lakukan sesuatu bagi menarik kehadiran jemaah. Kena bagi meriah macam dulu. Dulu kuliah subuh pun penuh. Walaubagaimanapun, saya ada membuat rakaman pada pagi tu. Macam biasalah ya. Tekan je butang donlod tu.
Bagi yang nak dengar dari blog saya ni, tekan butang segi tiga bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Jumaat, Julai 09, 2010
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, kali ni saya uplodkan 1 lagi ceramah umum ustaz. Yang ni kat Masjid Al Khairiah, AU3, Keramat. Malam tu ustaz sampai agak lewat kerana ramai orang datang berubat di Pejabat Darussalam.
Ceramah malam tu bagus jugak, dengarkan sendiri mengapa ustaz pergi umrah mengejut je hari tu. Okaylah. Macam biasalah ya, sapa yang nak donlod ceramah ni tekan butang donlod kat bawah ni.
Bagi yang selesa mendengar dari blog saya ni, boleh tekan butang 3 segi kat bawah ni. Selamat mendengar. Viva! Espana!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Khamis, Julai 08, 2010
Ustaz di Labuan.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Bulan Forum
Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, bulan ni ustaz banyak menerima jemputan forum. Forum pertama di Beranang. Malam tu sambutan boleh dikatakan agak menggalakan jugak la. Ya la, malam tu Brazil lawan Portugal. Jadi kedatangan pada malam tu takat ramai je la. lagi pun hujan malam tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan