Rabu, Februari 01, 2012

jadual bulan Februari 2012



Jumaat, Januari 27, 2012

Ustaz di Utusan Malaysia













Ahad, Januari 15, 2012

Surau Mustaqim

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni kali ni kita ke Surau Mustaqim, AU5, Keramat. Malam tu ceramah umum saja. Semua ceramah ustaz selepas pulih dari sakit hanyalah ceramah umum.


Ceramah malam itu saya ada rakam, tuan-tuan buatlah macam biasa. Tekan butang donlod saja. Saya masih tak dapat nak edit mp3 ceramah kerana sekarang ni saya guna Windows 7. Nampaknya software untuk edit sound tu tidak boleh digunakan dengan Windows 7.








Rabu, Januari 11, 2012

Ke rumah En. Halim

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ini kita ke rumah En. Halim di Alam Damai, Cheras, KL. Kuliah bulanan ustaz di rumah En. Halim bermula kembali. Kali ini ustaz belum mula menyambung kitab Tanbihul Ghafilin. Hari ini ustaz kuliah umum je dulu. InsyaAllah bulan depan kuliah Kitab Tanbihul Ghafillin bermula kembali.



Walaubagaimanapun kuliah pada petang tu saya ada buat rakaman. tekanlah donlod untuk mendengar ceramah petang itu. Selamat mendengar!




Rabu, Januari 04, 2012

Masjid Khairiah, AU3, Keramat

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, kali ini saya bawakan ceramah ustaz di Masjid Khairiah, AU3, Keramat. Alhamdulillah kesihatan semakin beransur pulih. Ini membolehkan ustaz kembali aktif di pentas ceramah bagi menyampaikan ilmu. Akan tetapi jadual ustaz sedikit terbatas kerana ustaz perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.


Kehadiran pada malam itu amat menggalakan. Ruang solat masjid hampir penuh. Seperti biasa, saya ada membuat rakaman pada malam itu. Tekanlah butang donlod kat bawah macam biasa.

Selamat mendengar!




Ahad, Disember 18, 2011

Poligami

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, apa khabar? Kali ni saya bawakan program ustaz berforum di Masjid Amaniah bersama Ustaz Solihin Mohyi. Rakaman dibuat pada 18 November 2011 lepas, cuma baru ini saya ada masa lapang.

Kepada siapa yang nak donlod, klik butang hijau kat bawah ni. Buat macam biasa. Maaf saya tak dapat edit audionya kerana saya sudah kehilangan softwarenya. Harap maaf!


Khamis, Disember 15, 2011

Ke Masjid Proton

Assalamualikum! Sahabat dan kroni, agak lama saya tak uplod apa-apa. Kali ni saya uplodkan ceramah pertama selepas ustaz sakit. Inilah ceramah pertama ustaz secara berseorangan.
Sebelum ni, ustaz hanya berforum. Macam dulu gak, tuan-tuan tekan butang kat bawah ni untuk donlod ceramah. Untuk dengar terus, saya masih mencari player yang baik, yang dulu tu dah tak berfungsi. Saya sedang cuba buat yang terbaik mungkin. Kuliah di utamakan.


Rabu, Disember 14, 2011

Jom! Pergi Klang!!!

Ahad, November 27, 2011

Ustaz adalah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1433 Hijrah





Selasa, Oktober 11, 2011

Selepas 8 bulan

Selasa, September 27, 2011

Tahnik di Taman TAR, Ampang


Isnin, September 19, 2011

Ustaz kembali, istimewa untuk Masjid Amaniah!!!

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni yang diingati. Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas, ustaz telah menjadi salah seorang ahli panel untuk mini forum dan soal jawab bersama Ustaz Haryanto Rizal Rokman dengan Saudara Fauzi sebagai moderator.

Adalah sangat mengarukan apabila kita kembali mendengar ceramah ustaz setelah hampir 7 bulan tidak berbuat demikian akibat sakit yang berpanjangan. Walaupun majlis malam itu lebih kepada soal jawab, namum ustaz kelihatan sudah bersedia untuk kembali berceramah. Hanya penglihatan ustaz yang masih terbatas. Tahniah kepada Masjid Amaniah, Batu Caves kerana berjaya menjadi lokasi pertama ustaz kembali. Rakaman pada malam itu telah dibuat oleh sahabat saya Arrawa. Sila ke link Arrawa untk mendengar ceramah soal jawab pada malam tu.
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/

Rabu, September 07, 2011

Berita Palsu dan lawak melampau

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian, pagi telah tersebar berita palsu mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia pada pagi ini. Berita ini adalah palsu dan gurauan yang melampau dan tidak menghormat tuan guru. Melalui blog http://wasiatpejuang.blogspot.com/ berita ini telah tersebar dengan amat cepat. Kami terpaksa menjawab panggilan yang minta pengesahan tentang berita ini. Amat duka cita berita seperti ini menjadi bahan gurauan penulis blog tersebut. Kepada sahabat dan orang ramai, sentiasalah merujuk laman web rasi Pusat Perubatan Darussalam untuk maklumat mengenai ustaz. http://darussalam.net.my/v1/.


Ataupun boleh ke Facebook Jeng!Jeng!Jeng! http://www.facebook.com/pages/JengJengJeng/134727219875275

Lihat ni maklumat palsu dan kenyataan yang mempersendakan ustaz!

Selasa, Julai 26, 2011

Makan malam bersama ustaz

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Malam 23/7/2011 saya berkesempatan untuk makan malam dengan ustaz. Majlis makan malam bersama keluarga ustaz itu turut dihadiri Ustaz zaki dan Hafizy. Malam itu ustaz menceritakan pengalamannya semasa sakit baru-baru ini.



Selasa, Julai 05, 2011

Ustaz

Selasa, Jun 14, 2011

Ustaz sakit

Assalammualaikum! Akibat masalah kesihatan, ustaz telah dimasukkan ke hospital pada petang 13 Jun 2011 dan sedang dirawat di ICU. Sama-sama kita doakan agar ustaz segera sembuh.

Khamis, Jun 02, 2011

Ustaz dan tetamunya

Assalammualaikum sahabat dan kroni? Alhamdulillah keadaan ustaz semakin bertambah baik. Kali ini ustaz menerima tetamu iaitu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dan Engku Ansaruddin Agus (Penulis Buku Perangi Sihir).


Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad juga seorang pakar motivasi. Rancangannya selalu di Radio IKIM hari Rabu pukul 5.15 petang.




Selasa, Mei 31, 2011

Ustaz Berehat


Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. Ini gambar terbaru ustaz. Terima kasih kepada Tuan Haji Muazan untuk gambar ini.

Jumaat, Mei 13, 2011

Membaca Yassin di Pusat Perubatan Darussalam













Isnin, Mei 09, 2011

Buku Terbaru Ustaz!!!

Buku terbaru Ensiklopedia SOLAT!! Buku keluaran Telaga Biru. Ustaz terlibat dalam penghasilan buku ini sebagai Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid, Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Hj. Mohamad Wahid Abd. Hanif. Buku ini bolehlah dikatakan sebagai Info Solat yang lengkap. Ia juga bergambar yang amat menarik. Segla permasalahan boleh terjawab dengan memiliki buku ini. Pastikan anda mendapatkan buku ini. Buku setebal, hampir 500 muka surat ini berharga RM100. Harga yang amat berpatutan berbanding info yang dapat anda miliki. Dapatkan segera di pasaran.


Ustaz sekarang sedang beransur pulih. Dia amat berterima kasih kepada semua sahabat yang mengambil berat tentang kesihatannya.



 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você