
Rambut memanglah mahkota kepada wanita. Bab rambut ni memang wanita UMNO Champion la. Memang tak dapat dinafikan lagi.
Hasil kajian yang telah aku lakukan dan setelah agak penat aku membuat kajian, inilah hasilnya.
Aku fokuskan bahagian jambul. Ini adalah kerana aku amat respek kepada jambul yang keras dan dapat bertahan lama ni.
Pemenang ketiga aku adalah Isteri Perdana Menteri kita. Pada anggaran aku, jambul dia setinggi 3". Agak tinggi. Lebih kurang 3 jari la. Tentu mengambil masa yang agak lama untuk mendapat ketinggian yang di ingini. Perhatikan! Wow!! Hebat, kan! Mungkin kalau beliau rajin, ketinggian rambutnya boleh mencapai 4".
Ditempat kedua pulak aku menamakan Ketua Wanita Umno sebagai pemenangnya. Ya, lah, kalau tidak orang tak lantik dia jadi ketua wanita lah kan. Main peranan jugak rambut ni. Anggaran aku ketinggian rambutnya mungkin 4 inci. Wow! lebih kurang tebal batu bata tu.
Yang ni, kalau dia rajin mungkin boleh cecah 8 inci senang-senang je. Tapi aku yakin, dia puas hati dengan pencapaian jambulnya sekarang.
Sebagai seorang ketua wanita Umno memang patut jambulnya tinggi sikit dari yang lain. Ini dapat meninggikan martabat selaku seorang ketua yang berwibawa.
Bab hukum ke, aurat ke , pandailah dia orang jawab nanti. Aku yakin dia orang boleh jawab punya nanti. Ya tak? Maklumlah orang cerdik-cerdik belaka ni.
Dan juaranya, tak lain tak bukan, uncle kita ni. Pasti tak ada sapa boleh pertikaikan ketinggian jambulnya. 4 inci ni biasa je. Lepas mandi, blow dengan hair dryer pun boleh dapat.
Cuba kita tengok rambut uncle kita ni, memang tak pernah bawah dari 3 inci. Sentiasa maintain tinggi. Lambang kuasa dan pengaruh.
Tapi aku tak yakin dia dapat bertahan di tempat pertama untuk masa yang lama. Korang tengok je, rambut Ketua Wanita Umno tadi, senang - senang je boleh potong rambut uncle ni. Mungkin atas dasar hormat kepada senior je yang membuatkan ketua wanita kita tu mengalah.
Kalau korang nak tengok jambul2 yang tinggi macam ni, pergilah ke persidangan umno akan datang. Memang ramai yang mencuba, tapi tak ada sapa boleh lawan 3 orang pemenang kita ni.
Inilah semangat Malaysia boleh yang kita perlu banggakan. Yakin boleh, Malaysia boleh!!
Rabu, April 15, 2009
Rekod Kebangsaan
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, April 12, 2009
Buku terbaru Ustadz

Indahnya Hidup Bersyariat adalah buku terbaru Ustadz Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Buku ni memang bagus. Selayaknya buku ini dijadikan buku teks, sebab kandungan nya yang baik dan teratur.
Ibu bapa patut beli buku ni. Memang nak promote buku ni, sebab kebagusannya. Buku ni bolehlah dikatakan sebagai Ensaiklopedia bagi Fardu Ain. Contohnya disertakan gambar orang sakit solat, sama ada baring atau duduk.
Korang bolehlah dapatkan buku ni dikedai2 buku dengan segera. Ini adalah kerana, buku ini sangat laris. Aku dah beli buku ni, untuk aku juga untuk bapa aku. Aku beli dan mintak ustadz sign autograf. Memang selalu aku buat begitu. Setipa kali beli buku ustad, aku minta dia sign. Rasa macam best je!
Korang belilah buku ni, jadikan hadiah ke, ataupun untuk diri sendiri. Beli untuk anak-anak juga bagus, mudah faham. Daripada korang beli majalah Mangga, satu bendapun tak guna. Memilih bahan bacaan yang bagus adalah penting. Disini aku nak bagi peringatan kat korang, jangan sekali kali membeli Harian Metro. Harian Metro penggalakkan orang berjudi. Cubalah fikir, surat khabar berbahasa melayu dengan pembaca hampir 100% orang Melayu beragama Islam yang menyiarkan iklan nombor ekor. 3 nombor la, 4 nombor la, 5 nombor la.
Tak memlilih iklan langsung. Kira duit masuk je. Kalau korang tak percaya belilah Harian Metro, samada hari Sabtu ataupun Ahad. Tengok muka surat sebelum yang terakhir. Conohnya Harian Metro hari Ahad 12 April 2009. 2 muka penuh iklan yang memang bertentang dengan akidah dan syariat Islam. Oleh itu hendaklah kita boikot Harian Metro. Ni kat bawah ni aku kasi contoh.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Sabtu, Februari 07, 2009
Kalaulah aku dilahirkan menjadi Sultan..wow!!
Aiseymen..taik ayam atas simen...hehehe... sekarang punya isu...Lompat Parti.. wah ini isu boleh bikin orang jadi gila. Gila babi gua cakap lu, babi gila pun tak macam ni la. Dasat. Aku kesian betul kat MB Perak Dato' Nizar. Apa tidaknya, kena tipu hidup2 dengan Adun Bota.. apa nama dia entah. Hebat mamat tu. Pandai belakon. Respect aku. Kemudian kena tipu lagi. 3 orang mangkuk tandas tu pun tipu dia. Semua lompat parti. Paling rendah nyonya dari DAP tu la. Sila refer gambar..heheh.
Akhirnya MB baru pun dilantik. Nampak gayanya industri Nasi Kandar akan berkembang pesat di Perak. Baguslah tu. Sekarang ni orang macam marah je kat Sultan sebab lantik Mamak Bendahara yang baru tu. Ish... tak baik ooo..marah sultan.
Aku pun mula berangan, kalaulah aku dilahirkan menjadi sultan.... kan best. Korang fikir tengok.. best nya menjadi sultan ni. Gaji orang bagi, istana orang bagi, kereta orang bagi, pergi mana-mana orang bawak, belajar luar negara orang bagi, bukan tu saja, masa khutbah Jumaat orang doakan kita lagi tu, harijadi kita pun orang cuti, best betul..la. Lepas tu orang takut pulak dengan kita. Pendek kata dari lahir sampai mati semua orang jaga. Best kan? Makan sedap-sedap pulak tu. Pergh! Hebatlah.. baiknya rakyat ni.
Tapi aku terfikir juga tentang tanggung jawab, besar tu. Takut juga dengan tanggungjawab tu. Kalau setakat tanggung je tak pa, nak jawab tu yang aku tak nak. Aku fikir balik, tak naklah jadi sultan ni. Esok kalau mati kain kapan tu putih jugak, belum pernah lagi aku jumpa ada raja yang dikafankan dengan kain songket. Masa dikebumikan nanti orang awam jugak yang pijak-pijak kubur tu. Ya la, sama je kita ni kan, mati esok kain kapan sama, putih. Kalau faham lah!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Sabtu, Januari 24, 2009
Permulaan yang baik!!!...Sungguh!!!
Masuk stadium dengan semangat membara ria. Aku dudk bersama-sama geng gendang. Memang semangat betul kawasan tu. sokongan padu kita kasi sama Malaysia. Aku dapat rasakan malam ni, pasti ada keputusan yang hebat. Permainan bermula baik.
Akhirnya UAE dapat gol pertama. Tak menarik pun gol tu. Lepas tu gol kedua penalti kalau tak salah. Lepas tu pengadil buat taik gua cakap lu. Malaysia dalam keadaan menyerang masa tu, pengadil boleh tiup wisel rehat. Patut kasi advantage la. Memang layak dia kena baling dengan botol. Dia memang perlu dibaling tanpa segan silu.
Separuh masa kedua bermula. Jersi Malaysia belum kotor lagi. Sekali UAE score lagi. Kali memang best gol tu. Sehinggakan pemain Malaysia boleh tengok je. Terpegun la tu. Sekarang dah 3-0. Shamsuri penjaga gol Malaysia dah nampak masalah bakal melanda. Dia pun meng"injured"kan dirinya, supaya kalau kalah besar dia tak disalahkan. Menjadi beb idea tu.
Masuk penjaga gol baru. Fuyooo saiz dia memang sesuai untuk penjaga gol. Dalam dok streching...kena 1 lagi. Hehehe. Lepas tu kena 1 lagi. 5-0. memanng sinonim Malaysia dengan angka tu. Cuma score board tak dapat terima. Rosak. Aku rasa dia tak pernah terima nombor sampai 5. Tapi, Malaysia Boleh!!!
Khairil Muhaimin dengan Fauzie Nan memang tak boleh main untuk peringkat antarabangsa macam tu. Dah lah kecik, penakut pulak, idea pun tak ada. Defender kena guna pemain yang saiz nya besar. Lojiknya dapat menakutkan pihak lawan. Tapi Sathia tak nampak benda ni. Bodoh betul atau Betul bodoh. Peminat saja yang tahu.
FAM ni bila nak berubah. Rombak dari Presiden sampai pengutip bola. Jangan lagi ada pemerintahan beraja dalam FAM ni, sebab wartawan tak dapat nak bantai FAM sebab ada status tu. Tapi aku tetap kata memang team Malaysia malam tu main macam TAIK. Aku kata permulaan yang baik sebab, tahun 2009 baru bermula, Malaysia dahpun berjaya mengumpulkan 5 gol. Kita tengok hujung tahun nanti, aku yakin Malaysia dapat mengumpul lebih banyak gol mungkin mencecah 50 dan FAM bakal menerima berbakul-bakul makian.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Januari 11, 2009
Oi!!! Israel..lu mau mati ka???

Israel ni memang mau main bangsat nampaknya. Aku marah pun tak jadi apa, tapi aku memang boleh marah je...la. Apa lagi yang aku boleh buat. Aku memang menyokong boikot barang Amerika yang jahat tu. Kita patut membuat FOTOPAGES. Ini adalah Fotopages ni adalah produk yahudi yang begitu ramai rakyat Malaysia menggunakannya. Jadi aku menyeru kepada semua rakyat Malaysia....BOIKOT FOTOPAGES!!!
Sebagai kenang-kenangan terimalah gambar di atas!! Jaga kau Israel. Aku tak jumpa ko tak pa. Jangan bagi aku jumpa Israel ni. Siaplah dia orang. Arab pulak satu hal. Bodoh. Marah saudara se agama dikerjakan Yahudi. Tapi tak mau tolong atas dasar negara. Bodoh. Penakut. Gua Bengang ni!!!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Khamis, Januari 08, 2009
Arab Penakut!!!!

Dunia Arab tak boleh buat apa-apa bila tentera Israel sedang ganyang penduduk Gaza dengan selambanya. Kalau tengok kat peta, Israel ni besar taik hidung je. Itupun dunia arab takut nak bantai Israel. Bodoh! Kalau negara2 Arab pakat, serang Israel serentak, hancur lebur Israel tu. Tapi malangnya ARAB PENAKUT!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Disember 22, 2008
Basikal Tua
Baru-baru ni aku ada terbaca di laman blog Sepeda Tua Kg Pasir Baru tentang basikal tua. Wah menarik sekali. Banyak info aku dapat. Akupun ada sebuah basikal tua ni. Raleigh RajaH Super. Ni basikal aku. Peninggalan atuk aku ni. Puas aku bodek dia, akhirnya aku dapat beli basikal ni dari dia. Dia kata kalau dia bagi saja, takut aku tak tahu menilai basikal tu, jadi dia jual kat aku RM150. Hehehe!
Aku pernah bawak basikal ni pergi kerja dulu. Best...oo.. Orang semua sibuk naik kereta, aku naik basikal. Wah teruja betul.Dulu masa aku budak2 selalu curi naik basikal ni. sekarang dah jadi basikal aku sendiri. Best!!! Ni ada link2 menarik pasal basikal tua ni. Korang boleh tengok!
http://khazanahsepedatua.blogspot.com/
http://gerekersungaipetani.wordpress.com/
http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/
http://basikalmalaya.wordpress.com/
Kalau sapa2 tau ada lagi link menarik pasal basikal tua ni, bagi tau aku.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Selasa, Disember 09, 2008
Bodoh Bahlul!!!!
Nak kata apa dengan pasukan bolasepak Malaysia? Kalau kau tanya Director Ahmad Nisfu dia akan kata "BODOH BAHLUL!!". Memang konfom bodoh. Tak ada perkataan paling sesuai lagi dah. Aku baru nak sokong tean Malaysia balik, tengoklah apa dia orang bagi kat kita. Penjaga gol tu buat apa? Buat apa? Bingai!!! Yang ko keluar sapa suruh keeper oi. Benak sungguh.
Patutlah orang tak nak tengok Malaysia main bola. Macam taik. Aku ulang...macam taik. Striker bangang pulak taknak score. Tendang bola bagi kena palang, lepas tu pegang kepala. Menyesallah tu. Pooooooooooooodaaaaahhhhhh!!!!
Main macam hampeh. Passing punyalah teruk. Pemain Malaysia ni tak tengok TV ke? Tengok macamana team lain passing. Belajarlah. Bodoh tahap keterlaluan..la.
Penjaga gol tu patut mintak maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Buat sidang akhbar mohon maaf di atas kebodohan yang tak dapat dilupakan tu.
Kalau tengok jersi, pergh...bukan main. Ganas!!! Menakutkan pihak lawan, tapi bila main menakutkan penyokong Malaysia sendiri. Penjaga gol tu patut kita bagi dia paspot Vietnam je. Apalah....bongok betul.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Ahad, November 09, 2008
Sapa perlukan pembantu rumah Indon lagi...






Pembantu rumah Indon selalu menyusahkan kita. Macam2 hal dia orang buat. seterika badan sendiri la. Kapur duit tuan rumah la. Sekarang kita sudah ada pilihan lain. Ni dia aku tunjuk kat korang semua. Bela lah kucing dan didik dia sampai boleh jadi pembantu rumah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Sabtu, November 08, 2008
Go!!! Gunner!!! benamkan MUnafik FC...
Gembira tak terkata bila Arsenal menang ke atas pasukan paling poyo dimka bumi ni MUnafik FC. Puas hati aku. Sebelum game, aku perasan ramai barua2 Man United kat Malaysia dok jaja jersi bodoh dia orang. Mak bapak dok hasut anak2, suruh pakai jersi Man U. Hah!! sekarang pakai sangatlah jersi ko tu. Menang dengan Man U dah kira macam menang liga bagi aku. Team sepoyo MUnafik FC ni aku benci gila...sama macam aku benci UMNO.
Aku rasa bapak MUnafik FC patut bunuh diri, sebab team poyo dia kalah dengan team kanak2 je. Puas hati!!! Puas hati!!!..
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Oktober 13, 2008
Ada Apa pada Datuk!! BODOH!!!!!!
Tahniah kepada Shahrukh Khan sebab dapat pangkat Datuk! Nak kata apa lagi dah orang bagi, ambik je lah. Nak pertikaikan orang yang bagipun buat apa, kalau dia cerdik dia tak bagi. Betul tak? Oi Aku tanya ni...betul ke tak? Khabarnya Negeri Melaka yang bagi. Ni kalau Hang Tuah hidup lagi, siaplah korang. Kan Hang Tuah dah kata, Takkan Melayu hilang didunia!!! Korang nak jawab apa kalau Hang Tuah tanya? Akal ada ka?
Dah abis ke pelakon kat Malaysia ni? Lagi baik bagi pangkat Datuk kat Accapan ke... Sathia ke... lagi bagus. Pada aku baik bagi kat Accapan dgn Sathia sebab dia orang lagi banyak kali pergi Melaka. Dia orang dah berapa kali belakon kat Melaka tak dapat nak kira lah. Dalam perjalanan ke Melaka dia orang bayar tol lagi. Ko ingat Shahrukh Khan tu bayar tol ke? Lembupun boleh pikir apa. Jangan sapa kata aku cakap salah.
Lagipun lakonan Accapan dengan Sathia lagi best. Dia orang boleh cakap bahasa Malaysia, Shahrukh khan tu apa yang dia tahu. Harap gedik bolehlah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Selasa, Ogos 19, 2008
Malaysia Boleh!!!
Tahniah!! La Chong Wei..gua caya sama lu. Walaupun lu banyak kali itu Lin Dan free point. Gua ingat kalau lu training guna court kecik baru ok. Ataupun itu net kasi rendah sikit...manyak senang boleh dapat emas..oo. Tapi lu sudah angkat iru silverpun gua ada respek sama lu...ma. Lain kali
Aku bagi contoh, renang. Itu
Tapi Chong Wei ni lainlah sikit. Pingat perak, brader! Olimpik pulak tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Rabu, Ogos 13, 2008
Sekali...Arif..la
Minggu lepas, dalam aku dok belek-belek surat khabar, tenampak berita ni pulak. Aiseymen!! Taik ayam atas simen!!...Sekali Arif..la. Apa kes pulak ni. Akupun baca, lepas tu akupun telefonla Arif ni. Wah...macam-macamlah sekarang ni.Aku kenal sangat Arif ni... kawan gualah ni. Ini orang ...baik punya orang la. Aku kenal sangat dia ni. Kalau buat kerja tak ada main2 punya. Apa pun aku doakan Arif bersabar dan dapat menempuh dugaan ini. Kawan2 kat sinipun doakan kau.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Ogos 06, 2008
FANTASY FOOTBALL
Masanya telah tiba untuk musim baru Barclays Premier League memulakan tirainya pada 16 Ogos 2008. Seperti yang kita semua tahu, Manchester United telah menjuarai liga tersebut musim lepas. Kini aku ingin mencabar semua peminat Barclays Premier League untuk menyertai Fantasy Football di link ini http://www.premierleague.com/. Ataupun korang boleh klik kat gambar sebelah kiri ni. Kemudian copy dan paste kan kod ini 613957-126277 .Tunjukkan kemampuan korang dalam mengurus pasukan korang tu. Itupun kalau korang beranilah. Kepada semua penyokong BPL, aku menyeru korang menyertai LIGA KAMPUNG. Sertai sekarang. Ada hadiah untuk pasukan yang menang. Hadiah yang istimewa ini dibawa khas dari negara Cina. Bab hadiah memang tak ada yang komplen. Macam juara kat bawah ni. Dia orang gembira dengan hadiah yang dia orang terima. Korang boleh tengok sendiri!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Julai 31, 2008
2-0 saja....
Selepas menonton perlawanan itu, aku berani kata, Chelsea bermain "otek-otek" saja. Maksudnya main-main je la. Sebelum perlawanan, jurulatih Malaysia berkata akan menggunakan format 4-1-4-1. Maknanya "defensive" la tu. Kalau dah begitu ramai pemain Malaysia berada dalam kawasan sendiri memang sikitlah Chelsea dapat score. Sekali sekala Malaysia da jugak menyerang. Boleh tahan jugaklah dia orang punya serangan tu. Kira bahaya jugaklah, cuma penendang striker Malaysia je yang lembik. Aku heran, kenapa bila Malaysia lawan dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar, kita tak main sama macam kita main dengan Chelsea. Adakah perlawanan persahabatan lebih penting dari kejohahanan lain.
Ada orang kata aku memperkecilkan kebolehan Malaysia. Mintak maaf cakaplah, kebolehan Malaysia memang kecil. Ada juga yang kata aku tak menyokong Malaysia. Mintak maaf cakap sekali lagi, aku memang penyokong Malaysia, tapi aku bukan penyokong FAM. Korang yang sokong Malaysia jangan berat sebelah la. Chelsea trainingpun korang pergi tengok... Malaysia training, kenapa tak pergi. Hampeh!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Khamis, Julai 24, 2008
Chelsea lawan Malaysia
Fuyyoo!!! Malaysia lawan Chelsea...beb!!! Ini bolehlah dianggap sebagai pertembungan maut bagi Chelsea. Ini adalah kerana Chelsea akan penat menjaringkan gol. Apa kelas Malaysia nak lawan Chelsea. Standard Malaysia lebih tinggi dari itu. Kalau Bangladesh ke, Cambodia ke, Maldives ke barulah standard Malaysia. Ingat senang ke Chelsea nak dapat main dengan Malaysia ni. Berapa kali dia orang apply nak lawan Malaysia ni. Ini kali kedua Chelsea lawan Malaysia. Kali ini pun sebab Malaysia dah tak ada sapa nak lawan, jadi Malaysiapun terima pelawaan Chelsea tu.
Malaysia akan bagi peluang Chelsea mencipta kemenangan. Lagi besar kemenangan lagi baik. Ya la Chelsea kan datang dari jauh, takkan Malaysia sampai hati nak biarkan Chelsea kalah pulak, kan? Mestilah Malaysia bagi Chelsea kemenangan selesa bagi menghibur hati dia orang yang nak balik jauh tu. Tak percaya korang tengoklah nanti. Kalau Malaysia menang.....errr... tak payah fikirlah Malaysia menang. Memang niat Malaysia, main bola untuk kalah. Korang boleh ingat ke, bila Malaysia menang?
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Selasa, Julai 15, 2008
SMS kawanku!!!!
Semalam aku ada menerima kiriman SMS daripada seorang kawan. Aku ingatkan apahal yang penting sangat. Rupanya dia minta aku tulis kat blog aku pasal Ezam. Hahaha!!!.. Marah betul dia kat Ezam ni. Aku marah jugak, sebab aku pernah dengar ceramah Ezam kat Klang waktu dia masih bersama Keadilan lagi. Tengok-tengok dia masuk UMNO, menyesal aku pergi dengar ceramah dia dulu. Hehehe!!!Berbalik pada SMS kawan aku tadi. Kecewa betul nampaknya dia dengan Ezam ni. Ini SMS dia aku salin balik.
Macam tu lah SMS nya. Aku sendiri dah malas nak layan politik punya hal. Dulu aku dah puas marah hal politik ni. Sekarang ni aku dah relaks, sebab ramai lagi yang lebih marah dari aku. Jadi biarkanlah orang lain marah pulak. Hahaha!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Isnin, Julai 14, 2008
4x4 Jamboree, Sg Sendat
Sabtu lepas aku pergi 4x4 Jamboree anjuran ACKL. Punyalah banyak 4x4 dalam hutan tu. Hampir 60 buah kereta. Menarik sungguh aksi-aksi merosakkan kereta oleh pemandu-pemandu yang tak sayang duit ni. Aku memang dah biasa tengok. Rupanya Nikon Malaysia ada menganjurkan pertandingan fotografi untuk program tersebut. Patutlah ramai jurugambar pro dengan tak pro. Aku ni kategori jurugambar 'PROsak je. Dengan kamera Nikon Coolpix 5400 apa aku boleh buat. Aku tangkap je gambar tu. Sapa nak marah. Lagipun aku bukan rugi apa pun. Orang lain punya kamera punyalah canggih.Lens saja aku tengok dah tak larat pikul. Mesti gambar dia orang tu cantik dan menarik. Kalau gambar yang dia orang ambik tu tak cantik, aku ada 1 nasihat untuk dia orang iaitu..."Baik kau bakar je kamera tu".
Akupun ambik juga beberapa keping gambar yang aku gerenti kalau masuk pertandingan tu, terus dia orang campak dalam tong sampah. Macam-macam aksi aku ambik. Aksi aku je tak tau macamana nak ambik. Nasib baik Dik Apit ambik gambar aku. Jadilah, daripada tak ada. Ni aku sertakan gambar yang aku ambik...hehehe... Kalau nak tengok gambar yang menarik masuk link ni...http://archidoz.fotopages.com/. Dik Apit punya link. Kamera dia canggih...oo.



Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Julai 10, 2008
Suatu masa dulu...
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Hj Hadi dan ramai lagi orang kenamaan dan ahli-ahli Pas yang kebanyakannya sudahpun menjadi wakil rakyat sekarang ini. Ustaz Ismail Kamus adalah tuan rumah kepada majlis itu.



Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Atuk sapa....la ni..???
Atuk sapalah ni, kan? Bukan main miang lagi. Aku rasa ini satu lagi konspirasi ni. Malaysia kita ni kan ada banyak konspirasi. Atuk tu patut buat pengakuan bersumpah ni. Lepas tu larikan diri. Kan senang. Lepas tu anak angkat dia yang dia rogol pulak buat aduan bersumpah baru best. Tapi aku tengok aku ni, aku pun tak percaya dari dulu, kini dan selamanya. Ini taat setianya kepada Barisan Nasional tak pernah berbelah bagi. Ini terbukti, dalam keadaan tangan bergari, dia masih memakai baju Barisan Nasional.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan



