Minggu lepas aku balik ke kampung isteriku di Kuala Terengganu. Sebaik sampai aku terus pergi stadium yang dibangga-banggakan tu. Sungguh menakjubkan sebuah stadium hebat sudah tidak ada bumbung lagi. Bak kata Pendekar Mustar dala filem "Pendekar Bujang Lapok".."Ish...Ish... Angin tak ada, ribut tak ada, tau-tau runtuh. Korang ingat tak ayat tu. Hehehe. Surat khabar pun tulislah macam-macam, akitek salah la, engineer salah la, kontraktor salah la, JKR salah la. Tapi yang pasti stadium tu dah jadi tarikan pelancong yang baru. Tahniah! Inilah satu-satunya Projek Barisan Nasional yang akan dikenang sepanjang zaman.
Sudah pasti ada orang yang akan dapat projek. Ya la, projek nak bersihkan dan projek baik pulih. Harap-harap dia orang letak papan tanda "Satu Lagi Projek Barisan Nasional". Macam selalu. Yang aku bengang tu satu je. Dah lah aku lama tak balik, tak sempat masuk lagi stadium tu, dah runtuh. Hebat kan!!
Masa aku pergi melawat stadium tu, ada sebuah bas pelancong kat situ. Penumpangnya tengah sibuk ambik gambar. Ya la buat kenang-kenangan mana nak dapat, kan? Ada orang jual air, jual keropok. Pandai betul dia orang carik duit. Laku pulak tu. Kereta jangan cakap lah. Berderet-deret.

Rabu, Jun 10, 2009
Lokasi Pelancongan Terbaru di Terengganu
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Jun 04, 2009
Notis
Semalam dalam aku dok baca suratkhabar Metro, ternampaklah iklan ni. Aku baca banyak kali iklan ni. Rasa macam nak faham, tapi macam tak faham. Apa yang aku macam faham orang yang bernama En. Kamarudin Bin Abdul Rahman adalah pentadbir harta pusaka kepada Estet Saodah binti Dato' Muda Jalela. Dia pulak tengah mencari waris kepada Aminah Binti Abdullah yang telah meninggal dunia pada 13 Mei 1994. Alamat terakhir Aminah ni pulak kat Rumah sri Kenangan, Cheras, Kajang. Aminah ni pulak ada meninggalkan bahagian kepada pewarisnya daripada Estet Saodah binti Dato' muda Jalela ni. Mana - mana pewarisnya boleh pergi ke alamat kat notis tu. Itu yang aku macam nak faham.
Ni betul-betul macam cerita Mr Os dulu. Ala yang atuk dia kaya tapi dia pun tak tau tu. Tapi dalam hal ni kenapa waris Aminah tu letak dia kat Rumah Kenangan tu. Rumah nya dia ada harta peninggalan la. Aku dok rasa kalau waris dia tahu yang Aminah ni ada estet, mesti dia tak hantar Aminah ni kat rumah kenangan tu. Memang macam dalam filem la. Filem orang putih pun ada yang buat cerita macam ni.
Mana-mana orang yang menjadi pewaris kepad Aminah ni, pergilah ke alamat tersebut. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Aminah Binti Abdullah. Mudah-mudahan rohnya dirahmati Allah. Amin!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Selasa, Mei 26, 2009
Kuliah di Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam
Malam ni ustad ada kuliah di Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam. Ramai jemaah yang hadir. Khabarnya surau ni dah boleh buat solat Jumaat mulai bulan Jun ni. Tahniah. senanglah penduduk sekitar kawasan tu nak solat Jumaat. Barulah kita boleh tahu ramai ke tak ramai orang Islam kat kawasan tu. Ya la, orang malas nak pergi surau masa ada kuliah ke apa ke. Kalau solat jumaat kita boleh nampak muka yang tak biasa datang masa ada kuliah.
Ustad tengah sign autograf untuk buku dia, Indahnya Hidup Bersyariat.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Mei 24, 2009
Gambar hari minggu

Ni anak jiran belakang rumah mak aku. Memang suka bergaya. Hari minggu lepak rumah mak aku dia selalu datang lepak jugak. Aku pulak memang suka tangkap gambar. Sejak gambar tak payah cuci lagi ni. Tangkap je lah gambar seberapa banyak yang boleh. Budak ni selalu jadi model aku. Hensem dia.
Ni Ameng nama dia. Kerja tak ada. Tidor je la kerja dia. Tu dia tengah tidorlah tu. Model aku gak ni. Ni lah kucing aku yang hensem tu. Mengada-ngada tidur dalam kotak pulak.
Ni dia dah bangun tidor lah ni. Nak makan lah tu. Mentedarah je kerja dia ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Hari bersama ustad

Hari ni ustad ada kuliah di rumah orang di Bangsar. Majlis ilmu ni untuk ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran terdekat tuan rumah tersebut. Trend sekarang orang buat kuliah dirumah. Sama macam kat masjid, cuma lokasi dirumah. Bagus juga idea ni.
Ni gambar minggu lepas. Ada kenduri kawin di Ampang. Ustad diminta membaca doa.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Mei 18, 2009
Suatu Masa Dulu
Aku dok ronda-ronda kat internet ni jumpa pulak gambar menarik. Terus aku teringat cerita dulu-dulu. Dapur minyak tanah. Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Dengan dapur minyak tanah cap rama-rama inilah mak aku masakkan aku makanan yang best-best. Hanya dengan dapur minyak tanah inilah. Pergh! Kenangan tu. Kalau nak guna dapur ni kena beli dulu minyak tanah 1 botol kat kedai mamak. Botol kicap.
Inilah gambar gambar dapur yang mak aku guna dulu. Sebijik macam ni la. Bekas kaca kat sebelah kanan tu tempat isi minyak tanah tadi. Susah oo..nak kontrol api dia. Kita kasi bakar kertas dulu, baru cucuh kat sumbu dia.
Yang ni pulak oven yang mak aku guna untuk buat kek dengan kuih raya. Aku ingat lagi masa tu mak aku nak buat kek buah. Hehehe..sekali tak jadi la. Tapi aku makan jugak. Apa nak peduli jadi ke tak jadi. Kalau musim raya, dapur ni lah yang paling penat. Bau kuih raya semerbak harum satu taman perumahan.
Yang ni pulak masa mak aku jual goreng pisang dulu. Fungsi dia macam tong gas lah sekarang ni. Kita isi minyak tanah dalam tu, lepas tu kita pam lah dia. penat oo..pam benda ni. Kalau kita rajin pam, api dia kuat.
Yang ni dapur dia. dapur ni masih banyak jual.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Mei 10, 2009
Forum Bersiri di Masjid Negeri Shah Alam


Forum ehwal Islam datang lagi. Kali ni kat Masjid Negeri Shah Alam sendiri. Aku berpeluang pergi ke forum ni. Inilah lokasi forum paling strategik. Ibu negeri Selangor. Zaman UMNO memerintah dulu tak ada program macam ni. Tahniah Dato Hassan Ali, yang berusaha kuat untuk menjayakan usaha baik ini. Semoga mendapat ganjaran dari Allah kelah. InsyaAllah. Forum ni buat di dewan masjid negeri. Aircond, selesa, boleh bersila. Apa lagi kita hendak. Datang dan dengar je . Susah sangat ke?
Ahli panel pulak bukan calang-calang ustaz.Tengoklah poster yang JAIS buat tu. Hebatnya forum ni dibuat pada Sabtu malam Ahad minggu kedua setiap bulan. Pukul 9.00 sampai 11.00 malam.
Pada Jumaat malam Sabtu minggu pertama pulak ada kuliah "Tasawwur Islam Bersama Prof. Dato' Harun Din". Pagi setiap Sabtupulak ada "Bicara Ad-Din". Hebatkan. Sekarang masjid Negeri Shah Alam sudah aku anggap makmur. Banyak lagi program. Orang Shah Alam, rugi kalau tak pergi.
Antara jemaah yang sedang khusyuk mendengar forum.
Budak-budakpun konsentrate ni!!!
Macam biasa lepas forum ada minuman ringan. terima kasih Masjid negeri Selangor!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Jumaat, Mei 08, 2009
Gila Kuasa atau Kuasa yang menggilakan!!!
Kuasa ini benar-benar menggilakan. Sehari sebelum kejadian tu, polis tangkap orang kerana baju hitam. Aku tak tahu samada nak gelak atau hidup dalam ketakutan. Aku rasa nak gelak sebab, gila apa ya. Takkan pakai baju hitam pun salah. Dulu baju kuning. Salah juga. Tu yang aku nak gelak tu. Orang kat Thailand tu buat bantahan pakai baju kuning, lepas tu baju merah pulak. Selamba je polis dia. Bersabar betul polis dia. Mungkin Polis Thailand berpegang dengan ayat "Sabar itu separuh daripada iman". Mungkin polis kat Thailand tu muslim semuanya. Kat sini, pakai baju hitam kena tangkap. Macamana nak fikir tu? Apa yang menakutkan aku pulak, aku ni banyak koleksi baju hitam. Wah takutnya aku. Benar-benar aku takut.

Berbalik pada kes gila kuasa dan kuasa yang menggilakan, orang yang mendapat kuasa selalunya akan jadi gila. Gila untuk terus berkuasa. Lebih-lebih lagi kalau dapat kuasa dengan mengejut. Kuasa yang sebenarnya untuk dia tapi telah diberikan kuasa. Orang-orang yang sepatutnya berkuasa benar-benar teraniaya. Kepada siap kita mahu mengadu dimuka bumi Allah ini. Kuasa yang mengejutkan ini sudah menjadikan orang gila kuasa itu tuhan di mata orang-orangnya.
Aku selaku rakyat yang marah tidak dapat berbuat apa, kalau kita engkar dengan perintah tuhan, maka berdosalah kita. Begitu juga keadaan nya sekarang. Dengan hanya bercadang nak pakai baju hitam, kita akan ditangkap. Ada orang ingin menjadi tuhan.

Adakah apa yang berlaku ini, menurut ajaran Islam? Ni kena tanya ustaz ni. Aku selaku anak Perak berasa amat malu. Perkara macam ni boleh berlaku di negeri Perak. Gua malu beb!! Adakah patut menyeret orang sampai macam tu? Gila apa. Seret speaker dewan pulak tu. Macam kerbau dibuat orang tu. Aku rasa polis patut tangkap peragut-peragut yang tengah mengganas ni, bukan tangkap orang pakai baju hitam. Kesian ooo... dalam seminggu ni 2 kematian bersangkut paut dengan kes ragut. Selesaikan yang tu dulu, darpada seret speaker dewan undangan negeri.
Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Mei 04, 2009
Kita layan Boxing pulak...
Baru-baru ni ada perlawanan tinju. Aku suka gak layan tinju ni. Nak-nak kalau salah sorang tu poyo. Dalam perlawanan Manny Pacquiao lawan Ricky Hatton ni, yang poyonya Hatton la. Kononnya hero British. Hatton dengar ni.....Pooooooodddaaahhhh!!! Kena taruk dengan Pacquiao terus tidor si Hatton ni. Hebat lu Pacquiao!!!




Tengok video ni. Puas hati..ooo
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Sabtu, Mei 02, 2009
Cuti Hari Pekerja terbaik...

Hari buruh kali ni ni memang best. Memang cantik surau ni. Lepas tu aku ke rumah kakak ipar aku di Sungai Buloh. Kebetulan ustaz ada tazkirah hari Jumaat di Surau Desa Coalfield, Sg. Buloh, Kuala Selangor. Surau ni sudah boleh menunaikan Solat Jumaat. Dan Jumaat cuti hari buruh baru ni, kali pertama Solat Jumaat berlaku disurau tersebut. Lebih istimewa lagi, khutbah Jumaat hari tu di sampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor,YB Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Dia juga mengimamkan Solat Jumaat hari tu. Aku pun terfikir, bila agaknya kita boleh tengok Perdan Menteri yang dibangga-banggakan tu membaca khutbah jumaat dan seterusnya mengimamkan so Lepas tu ustaz sampaikan tazkira ringkas.
Petang tu aku terus cabut balik. Malam tu ustaz ada kuliah di Masjid baru Taman Kosas. Juga satu lagi masjid baru yang cantik.
Ramai sungguh orang yang datang malam tu. Bertuah sungguh penduduk situ. Kuliah malam tu berjalan sangat lancar. Jelas terbayang, wajah-wajah puas penduduk Taman Kosas malam tu. Lepas tu ada makan. Turut hadir malam tu Adun Lembah Jaya YB. Tuan Khasim bin Abdul Aziz. Tengok lah gambar. Maaf kalau gambar tak cantik. Korang doakan la aku murah rezeki, bolehlah aku beli kamera DSLR yang canggih tu. Amin


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, April 29, 2009
Kucing berjari 6

Ni ada 2 keping gambar yang kawan aku hantar melalui MMS. Kucing yang ada 6 jari. Kaki dia pun ada 6 jari gak. Lokasi di Langkawi. Adik dia bercadang nak bela kucing ni. Kalau aku, memang aku bela punya ni. Ni lah kuasa Allah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, April 28, 2009
Asal - usul Selsema Babi...
Selsema Babi...babi betul la. Ni aku nak bagi tau, asal usul selsema babi. Best betul menyebut babi tu kan, korang cuba tengok berita kat TV3. Cara pembaca berita tu sebut babi memang nampak kepuasannya.
Berbalik kepada asal usul selsema babi ni tadi, kejadian berlaku di Bandar Chihuahua di sebuah kandang babi kepunyaan Pancho Ramirez. Pancho memanglah seorang penternak babi yang sangat berjaya. Beliau sangat sayang dan sanggup mempertahankan kebabiannya.
Nak dijadikan cerita, seekor babi ternakan Pancho berkawan baik dengan seekor itik putih. babi dan itik itu selalu dilihat bersama di mana-mana termasuk di dalam kandang.
Refer gambarlah. Takkan itupun aku nak suruh.
Satu hari itik itu balik dari mandi tengah panas dan mendapat selsema yang dipanggil Selsema burung. Babi tu pun kena selsema jugak, babi tu kena masa dia main konda kondi dengan 8 adik beradik dia yang lain. Masa kena selsema tu, babi tu tengah mengandung. Tak lama lepas tu babi tu pun melahirkan anaknya.
Pancho sangat sayangkan anak babi yang baru lahir tu. Semasa dia sedang dukung anak babi tu, anak babi tu telah bersin betul2 depan muka dia. Sekali lagi sila refer gambar.
Keesokan harinya Pancho kena selsema. Selsema babi. Pancho terus demam teruk. Teruk gua cakap lu. Masa dalam perjalan ke hospital, dia singgah berak kat stesen minyak. Lepas tu tokey stesen minyak tu pulak selsema. Tak lama lepas tu datang bas yang membawa pelancong dari New Zealand berhenti kat stesen minyak tu. Tak payah cakaplah kan, pelancong dari New Zealand pulak kena selsema. Masa nak balik ke New Zealand, pelancong u berak kat airpot Cancun. Masa tu la dia sebarkan virus tu kat seluruh dunia. Hehehe... aku temberang je tu.
Ni lah sebenarnya asal usul Selsema Babi. Hehehe
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Selangor Juara Piala FA 08-09

Wah!!! Selangor menang piala FA beb!!! Menang lagi!!! Tapi Kelantan yang dapat lawan Man U dengan Liverpool. Tahniah Kelantan. Hari tu aku tengok bola kat TV je, sebab kalau aku pergi stadium biasanya selangor kalah. Tu yang baring je depan TV. Menang pulak tu. Hampeh tul.
Menang pun bukan dengan cara mudah. power gak Kelantan ni, walaupun selalu player Kelantan tackle bola, kaki mesti angkat tinggi. Tak tahu aku, pasal apa dia orang suka sangat buat macam tu. Nampak bahaya.
Game tu pulak punyalah lama sampai pukul 11 malam. Lain kali sepak je penalti dari awal, kan senang. Semua orang boleh balik awal. Malam tu, team mana menang pun aku tak kisah, tapi aku memang sokong Selangor. Dua dua team negeri pakatan. sapa memangpun aku kira aku menang jugak. Paling best, tengok Menteri Besar selangor kat atas pentas tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Sabtu, April 18, 2009
Forum Perdana di Bukit Kapar
Forum Perdana Ehwal Islam sudah kembali. Seperti tahun lepas forum kali lebih istimewa, kerana ia dibuat di Bukit Kapar, Klang. Aku dulu bersekolah di Sek. Men. Tengku Idris Shah kira dekat juga denga Bukit Kapar ni. Aku kembali ke Bukit Kapar setelah keluar dari sekolah pada tahun 1987. Ramai kawan2 aku yang berasal dari Bukit Kapar ni.
Seingat aku, dulu Bukit Kapar ni memang pahit Umno nya. Alhamdulillah, sudah berubah dengan banyak sekali sekarang. Tahniah kepada PAS kawasan yang berjaya menarik minat orang ramai.
Sebelum forum, ahli panel dijamu dengan makan malam. Masa yang aku tunggukan, masa ni senang nak ambil gambar. Kelihatan di atas, Ustaz sedang menjamu selera bersama Dato' Dr. Haron Din.
Tak lama selepas itu, Dato' Dr Haron Din menemani Dato' Hashim Yahaya makan. Hilang rindu orang Bukit Kapar.
Seperti kebiasaan forum kali ini juga di pengerusikan oleh Dato' Dr. Hassan Ali. Gabungan mantap diantara panel dengan pengerusi telah menarik minat orang Bukit Kapar datang berduyun-duyun ke padang tempat berlangsungnya forum.
Selepas forum, sekali lagi ahli panel dijamu dengan kuih dan air teh.
Dato' Hashim Yahaya
Dato' Dr. Hassan Ali
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
