Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, kali ni kita ke Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kat sini kuliah bulanan. Ustaz bawa kitab Syiarus Salikin kat sini. Bulan lepas bab membaca Al-Quran. Bulan ni dah masuk Bab Zikir. Baru nak mula ni. Sapa yang menetap kat Ampang atau kawasan yang bedekatan, di alu-alukan datang. Saya rekomen datang surau ni. Kedatangan surau ni pun makin meningkat. Daripada dok rumah tengok Piala Thomas tu, baiklah datang sini. Kot kalau Malaysia menang Piala Thomas pun, kita dapat apa. Cuba bagi tau sikit.
Datang surau ni, bawak kitab ni, dengar kuliah agama lagi banyak faedah. Cakap tak guna, tak cakap orang tanya. Datang surau boleh cerita. Kita ubah budaya melepak kat kedai mamak. Kita lepak surau pulak sekarang. Meriahkan surau.
Bulan depan pastikan jadual tuan2 kosong pada Rabu kedua. Kebiasaanya setiap bulan, Rabu minggu kedua kat Surau Insaniah ni la. Kitab Syiarus Salikin. Rujuk jadual. Malam tu ramai orang. Tuan2 bayangkan la ya. Tengok gambar lama kat Insaniah ni. Mintak maaf banyak gambar baru tak ada. Hehehe...
Ok lah. Macam biasalah ya. Butang donlod ada kat bawah ni. Butang donlod pun wajah baru tu.Heheh..
Sapa yang nak dengar terus dari sini. Tekan butang hijau kat bawah ni.
Khamis, Mei 13, 2010
Kitab Syiarus Salikin di Insaniah, Ampang Jaya
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Mei 09, 2010
Kuliah di Annur


Assalamualaikum sahabat dan kroni. Apa habaq? Kali ni saya uplodkan ceramah ustaz di Surau Annur pada bulan lepas. Rasanya yang ni saya belum uplod. Tu yang saya uplod ni. Kali ni ustaz ceramah ada masuk bab angkasa lepas. Dengar untuk kepastian.
Kepada yang nak dengar terus dari blog yang pernah hilang ni, macam biasalah ya. Ingat lagi butang hijau kat bawah ni. Hijau.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Sabtu, Mei 08, 2010
Google buat perangai, kita kena getah!!!
Assalamualaikum sahabat dan kroni...huhuhu. Selepas menghadapi minggu yang sukar datang minggu yang lebih sukar. Blog yang saya bina ini tiba-tiba hilang. Account gmail saya juga hilang. Bila kita nak buat blog, kita kena ada account Gmail dulu. Saya sudah ada account Gmail sejak tahun 2003 lagi. Blog ini mula dibina pahun tahun 2005 kalau tak silap. Silap pun tak pa. Minggu lepas kamera dicuri orang, tiba pula minggu blog hilang. Hilang kamerapun dah rasa kecewa.
Hj Muazan lah orang pertama yang sedar blog ni hilang. 1/5/2010 saya ada kenduri kat rumah mak saya. Anak jiran kami kawin. Tengahari tu, Hj Muazan telefon kata blog tak boleh masuk. Saya tak kisahpun, sebab malam tu saya tengok ok je. Saya kata kat dia, mungkin dia salah taip. Kemudian dia telefon lagi, tak boleh jugak. Jawapan saya cuba masuk ikut Google. Pun tak boleh. Petang tu saya balik rumah, tengok memang betul tak boleh masuk. Email pun sama.
Saya tanya kepada blogger2 otai yang lain. Mereka kata memang dah kena ceroboh. Hah! Kena ceroboh!. Faedah apa ceroboh blog ceramah ni. Ada kawan kata, ada unit kat Cyberjaya Security memang buat padam blog orang ni. Saya tak rasa macam tu pulak. Faedah apa ceroboh blog ceramah.
Satu kemungkinan lagi, saya rasa terfikir jugak. Kalau tak salah saya dulu Saudara Syukur pernah bagitau saya melalui shoutbox. Kalau kita silap taip link blog saya ni, dia aka pergi ke laman web Kristian. Iaitu laman web !st Internet Church. Contonya macam ni. Ni link blog saya http://jeng3x.blogspot.com/. Kalau kat link tu, huruf B yang berwarna merah tu kita tertinggal. Kita taip "logspot" sahaja memang dia akan bawak kita ke link Kristian tadi. Sebab yang ini amat meyakinkan saya, mengapa blog saya diceroboh. Baru-baru ini, bila blog ini dibebaskan oleh Google. Saya cuba taip macam tadi tu. Jawapannya tetap terus ke web Kristian tu. Saya cuba link blog orang lain pulak. Jawapannya agak memeranjatkan. Semua blog, saya ulangi semua blog, kalau kita silap taip, buang huruf B tu tetap akan ke sana juga. Semua blog. Bukan blog saya sahaja. Maknanya alam Cyber ni dikuasai habis oleh puak-puak tu.
Masa hilang blog betul-betul buat saya patah semangat. Rasa dah tak nak buat lagi dah. Templatenya semua dah hilang. Penat buat bertahun-tahun. Nak bagi ceramah macam ustaz, tak mampu. Saya pilih untuk panjangkan ilmu yang ustaz sampai dengan blog ini. Tiba-tiba hilang. 2-3 hari saya tak buat apa-apa. Memang dah jatuh moral saya. Kemudian saya bangunkan blog baru. Blog tu dah siap. Wajah baru. Saya adjust template yang sedia ada ni. Lepas tu saya cuba masuk blog ini. Tengok-tengok boleh pulak. Tapi password untuk email dan blog kena tukar lain. Jadi blog yang lagi satu tu, kira standby la.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Jumaat, April 30, 2010
Barang yang hilang jumpa kembali
Assalamualaikum! Syukur alhamdulliah, barang yang hilang telah dijumpai kembali. Tak sampai 12 jam hilang. Kena curi di Masjid Al Riduan, Ulu Kelang jumpa di Pagar Masjid As Sobirin. Pagi semalam ustaz telefon, kata beg kami orang dah jumpa. Di tinggalkan di pagar MAsjid Sobirin. Ustaz kehilangan paspot antrabangsanya dan sejumlah besar duit. Pencuri tu tinggalkan ustaz sebanyak RM200. Dia ambik banyak ribu jugak. Barang ustaz yang lain semua ada, termasuk kad-kad bank, lesen, My kad dan sebagainya.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Khamis, April 29, 2010
Telah berlaku kecurian
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan peminat ustaz sekelian, malam ini saya tidak dapat mendonlod ceramah. Hari ini telah berlaku kecurian. Kejadian hari ini agak berat juga.
Macam biasa saya akan menunggu ustaz dimana-mana lokasi yang mudah. Kali ini saya tunggu ustaz di Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang. Ustaz sampai agak lewat dan elok-elok ustaz sampai azan maghrib pun berkumandang. Ustaz kata kita solat dulu sebelum ke Damansara Damai untuk forum. Saya letak kereta sebelah kereta Hj Muazan yang bawa ustaz malam tu. Selepas punggah barang ke kereta Hj Muazan, kami solat Maghrib.
Selesai solat Maghrib, Hj Muazan sedar kereta dia dah kena pecah. Cermin belakang kanan sudah dipecah orang. Alamak! Saya check kereta saya. Kereta saya ok. Selamat. Tapi beg hitam ustaz yang biasa dia bawa hilang, begitu juga beg saya yang dalamnya ada kamera, perakam suara dan handphone juga turut hilang. Kunci kereta saya yang ada kat dalam beg pun hilang.
Beg hitam ustaz tu nampaknya lebih bernilai. Ustaz telah kehilangan Pasport Antarabangsa, Lesen Memandu, Kad Pengenalan, Kad Atam, Buku Bank, Kad Pencen wakil rakyat, buku cek, cek, ubat-ubat dan doa-doa dan nota-nota dia. Ustaz juga kehilangan sejumlah besar wang yang ada dalam beg itu. Jumlahnya agak banyak juga.
Selepas mendapat maklumat tentang kejadian ini, pihak masjid Muhtadin telah menunaikan solat hajat sementara menunggu kami yang lewat.
Lepas forum, kami terus ke Balai polis Taman Melawati untuk buat report.
Saya mintak maaf banyak kepada sahabat dan peminat ustaz. Buat masa ini saya tak dapat nak mendonlod ceramah, sebab semua gajet saya hilang. Saya terpaksa mula dari kosong balik. Paling penting perakam suara juga turut hilang. Nak beli lagi entah bila pulak, tu perakam suara yang agak berkualiti dan mahal sikit. Sahabat-sahabat doakan lah saya murah rezeki, dapat saya beli perakam yang baru dan kamera yang baru. Dapatlah kita terus mendonlod ceramah.
Sekali lagi saya mintak maaf di atas kesulitan ini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 5 ulasan
Selasa, April 27, 2010
Tafsir Al Fatihah -Siri 3







Malam ni Masjid Amaniyah, Selayang menyambung kuliah tafsir Al Fatihah siri yang ke 3. Bulan lepas saya ada jugak buat rakaman kat sini, tapi tak clear. Kali ni InsyaAllah clear punya. Cakap tak guna tak cakap orang tanya.
Malam tu pihak masjid ada edarkan zikir yang ustaz ajar dalam siri yang lepas. Semua orang dapat. Saya pun dapat jugak. Lupa pulak nak scan. Boleh letak kat sini. Tak pa akan datang saya taruk. Sabaq na!
Kerja-kerja merakam ada saya buat malam tu. Macam biasalah ya tekan je la butang donlod kat bawah ni. Tu untuk mendonlod dan dengarlah.
Ataupun boleh dengar terus kat blog saya ni. Tekan butang hijau kat bawah ni.
Malam tu masji bagi saya sijil la. Sekali saya dah jadi Rakan Media, kerana blog saya inilah. Terima kasih banyak kepada pihak masjid di atas pengiktirafan itu. Saya sangat menghargainya. Terima kasih jugak kepada Ustaz yang menyampaikan sijil tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 26, 2010
Ayat Kursyi di Pondok batu 9, Cheras




Assalammualaikum sahabat-sahabat, kroni-kroni dan peminat-peminat ustaz. Kali kita pergi kuliah subuh di pondok batu 9, cheras. Nama penuh pondok ni saya tak ingat. Mintak maaf banyak. Ustaz bawak tajuk Ayat Kursyi pagi tu. masa dalam kereta ustaz cadang nak bawak tajuk lain. Tapi sampai kat situ, ustaz tukar tajuk Ayat Kursyi.
Kedatangan pagi tu boleh dikatakan agak ramai, lebih ramai dari bulan sebelumnya. Menarik tajuk ni. Bagi sesapa yang nak dengar, bolehlah donlod. Sapa - sapa yang minat nak dengar terus dari blog saya ni, macam biasalah ya. Butang hijau.
Butang hijau kat bawah ni la.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Ahad, April 25, 2010
Dhuha di Taman Melawati


Kali ni kira kuliah Dhuha ni. Ni buat kat rumah sahabat ustaz di Taman Melawati. Kuliah ni baru mula. Tuan rumah jemput sahabat dan jiran terdekat. Kalau selalu buat, mesti penuh punya rumah ni. Tahniah kepada tuan rumah yang membenarkan rumahnya menjadi medan kuliah.
Apapun saya ada buat rakaman pagi tu. Donlod dan dengarkanlah bersama. Selamat Mendengar!
Untuk mendengar terus dari blog ini, tekan butang hijau dibawah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Surau Insaniah - Syiarus Salikin

Malam ni kat Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kitab Syarus Salikin dah masuk bab Fadilat Membaca Al Quran. Ni kira dah tengah-tengah jugak ni. Ramai jugak yang datang malam tu, cuma orang tak berani nak duduk depan. Kenapa entah.
Malam tu saya ada buat rakaman jugak.
Sapa yang nak dengar terus dari sini tekan je butang kat bawah ni.
Lepastu kita pergi makan pulak kat Restoran feberet ustaz, Wadi Hadramawt, Jalan Ampang. Sapa belum cuba, boleh cuba. Insyaallah tak menyesal.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang
Sepatutnya malam ni ceramah di Masjid Al Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan Ampang. Tapi ada perubahan jadual, jadi kita ke Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang. Ni kira pertama kali masjid ni jemput ustaz. Ustaz Zuhir selaku orang kuat masjid ni telah menjemput ustaz. Tajuk malam tu lebih kurang macam ni. "Siapakah yang patut mengimarahkan masjid". Macam tu la lebih kurang. Selain daripada Masjid Amaniyah, masjid ni juga punya kehadiran yang tinggi.
Jemaah punyalah ramai malam tu. Maklumlah pertama kali ustaz datang. Satu lagi masjid buat banyak banner yang dipasang dengan banyak sekitar Ulu Kelang dan Melawati. Dibantu dengan SMS jemputan yang dihantar oleh ustaz Zuhir. SMS dihantar kepada jemaah yang mendaftar nama dengan pihak masjid. Besar belanja tu. Tapi tu salah satu cara nak bagitahu orang. Tahniah Ustaz Zuhir, cara tu memang berkesan. Sayapun dapat SMS tu.
Tahniah juga kepada pihak masjid kerana ustaz sudah bersetuju untuk memulakan kuliah berkitab di masjid ini. Cuma sehingga hari ini, kitab apa yang ustaz akan bawa kat masjid ini belum diketahui. Saya ulangi kitab yang akan digunakan dimasjid ini belum diketahui lagi.
Lagi sekali, saya lupa bawak kamera, tapi masih bawak perakam suara. Jadi bolehlah tuan-tuan dengar dan donlod.
Sapa yang nak dengar terus, bolehlah tekan butang kat bawa ni. Bawah ni. Saya ulang, bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Syiarus Salikin - An Naim
Asalammualaikum! Kali ni kit ke Wangsa Maju. Kuliah Kitab Syiarus Salikin. Tempat lain yan buka kitab ni kat Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kat sini kira masih peringkat awal jugak lah. Hari tu saya lupa bawa kamera pulak. Sibuk-sibuk nak keluar cepat tertingal kamera. Tapi alat perakam ada bawak. Jadi masih boleh dngar dan donlod ceramah la. Prosesnya macam biasa.
Untuk dengar terus, tekan butang bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 19, 2010
Al Fatihah - Ayah Hj Muazan meninggal dunia.
Pagi ini lebih kurang pukul 1 pagi, ayah Hj Muazan telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut. Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum zohor. Ustaz membacakan talkin pada hari itu. Kepada pembaca dan pengikut blog saya ni, marilah kita sedekahkan Al fatihah kepada ayahnya Hj Muazan. Al fatihah!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, April 13, 2010
Jauhar Mauhub di Kemensah

Ini kuliah subuh di Surau Al Iman, Kemensah. Kuliah bulanan ni, guna kitab Jauhar Mauhub. masih lagi Bab Kelebihan La Ila Ha Illah. Kuliah kat sini selalunya Sabtu pertama tiap-tiap bulan. Jadi kalau tuan-tuan nak ikut kuliah ni, ingat lah! Sabtu pertama setiap bulan. Kuliah subuh.
Walabagaimanapun, bagi orang jauh dan kroni-kroni yang tak dapat datang bolehlah donlod kat bawah ni.
Bagi yang tak mau donlod, nak dengar terus, juga boleh. Tekan butang hijau kat bawah ni.



Lepas tu kita pergi rumah sahabat yang baru dapat anak. ustaz buat Tahnik kat anak dia.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
VCD Ustaz




Kami sudah mengeluarkan VCD ustaz. Buat masa ini kami jual semasa kuliah, ceramah atau forum ustaz. Kami tidak jual VCD ini di kedai. Walau bagaimanapun keluaran pertama kami ada dijual di kedai. Ini adalah kerana menghargai sahabat yang membantu kami mencetak VCD ini. Segala kerja rakaman dan kerja grafik kami lakukan sendiri.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 12, 2010
Sungai Serdang, Kapar


Malam ni kami ke Sungai Serdang, Kapar. Kapar ni kira kampung halaman sayalah ni. Dulu saya sekolah di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Kunjungan ke Sungai Serdang ni memang buat saya sangat teruja. Harap-harap dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah tak jumpa lebih 20 tahun tu.
Pekan Kapar memang dah berubah banyak. Teringat cerita kawan lama, ada sebuah klinik kat Kapar ni, nama apa entah. Klinik tu kawan saya yang punya, dia dulu biologi pun fail. SPM pun terok. Tapi bapak dia nak sangat dia jadi doktor, dia hantar kawan saya ni ke India utuk belajar perubatan. Akhirnya budak india ni jadilah doktor. Kawan saya kata jangan pergi klinik dia, dia dulu biologi pun kantoi. Hahaha.
Malam tu hujan sepanjang jalan. Sampai di Sungai Serdangpun masih hujan. Jadi kalau rakaman ni bising sikit tu, masa tengah hujanlah tu. Sapa-sapa yang nak dengar ceramah malam tu, donlod je la. Yang nak dengar terus dari sini, tekan je butang hijau tu. Selamat Mendengar!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan