




Kali ni saya kumpulkan semua ceramah ustaz tentang Maulidur Rasul yang saya pergi. Pertama kali di Masjid Nurul Ihsan Cheras. Masjid kecil dan comel. Kelabihannya, kanak terlalu bising bermain dan berlari dalam masjid. Ni kira ceramah Maulidur Rasul yang pertama ni
Malam tu majlis yang sama kat Masjid Al-Amaniah. Yang tu saya tak rakam. Kemudian kami ke Kundang. Juga majlis yang sama. Tengah syok ustaz ceramah, tiba2 "blackout". Mengambil sempena kejadian itu, saya abadikan gambar malam tu dalam versi hitam putih. Ramai orang datang malam tu.
Macam biasalah, kan. Tuan2 donlod je la. Jangan ragu2 lagi.

Dalam perjalanan nak ke Kundang, ustaz bagi sikit tips untuk akitek2 membina rumah mengikut ajaran Islam. Juga ada dibuat rakamannya. Tapi ada masuk bab sembang2 sekali lah. Maklumlah dalam kereta. Bagus untuk para arkitek di Malaysia. Hehehe. Kat bawah ni. Donlod saja lah ya. Untuk mendengar terus, tekan je kat bawah ni.
Untuk mendengar ceramah kat Kundang, tekan je butang hijau bawah ni. Mudah-mudahan dapat manfaat. Tekanlah sekarang. Hehehe!
Akhir sekali kita ke Surau Nurul Muttaqin di Taman Melati, KL. Juga maulidur rasul. Power surau ni. Ramai yang datang. AJK dia pun bagus. Semua teratur program dia. Tahniah kepada Surau Nurul Mutaqqin.

Sapa-sapa yang berhajat nak dengar terus, maka terus je tekan butang hijau kat bawah ni. Ini bagi memudahkan tuan-tuan mendengar. Harap tuan-tuan berpuas hati. Selamat Mendengar dan mendapat ilmu yang berguna.
Ahad, Mac 21, 2010
Maulidur Rasul
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Mac 17, 2010
Ceramah di Banting


Malam ni kita ke Banting. Jauh ni. Tapi sambutan menggalakkan. Ramai orang datang. Ni kira ceramah ganti, sepatutnya ustaz ke Banting ni lebih awal, tapi dia kena masuk hospital.
Kat sini ustaz bawak tajuk umum je. Macam biasalah ya. Tuan donlod je la.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Mac 16, 2010
Hidayatus Salikin di Rumah Hj Jalil
Assalammualaikum sahabat semua. Mula-mula sekali saya mintak maaf banyak-banyak sebab lama tak update. Kebelakangan ini saya agak sibuk sikit. Akan tetapi saya masih sempat ikut ustaz pergi ceramah dan kuliah.
Kali ni saya ingin kongsikan kuliah di rumah Tn Haji Jalil di Kelana Jaya. Kat sini ustaz bawa kitab Hiadayatus Salikin. Ini bulan Februari punya. Harap sahabat dapat donlod dan dengar untuk ilmu yang bermanfaat ini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Khamis, Februari 11, 2010
Jauhar Marhub di Kemensah
Subuh 6/2/10 hari tu, ustaz menyambung kuliah di Surau Al Iman, Kemensah. Kat sini ustaz guna kitab Jauhr Marhub. Tuan-tuan masih boleh datang mengikuti kuliah ini kerana ia bersiri. Kiranya masih sempat lagi la.

Pagi tu telah masuk Bab Fadilat Zikir La illah ha illallah. Banyak point-point menarik ustaz bagi pada pagi tu. Tuan-tuan yang tak sempat datang ke surau ini, jangan bimbang. Saya ada buat rakamannya. Donlod saja, ataupun boleh dengar terus kat sini. Selamat Mendengar!!
Tekan sini untuk mendengar
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Februari 09, 2010
Rumah Ustaz Roslan Muhamad


Malam ni sepatutnya saya pergi Annual dinner opis, tapi entah macamana saya rasa perlu ikut ustaz malam tu. Kali pergi tempat yang belum pernah kita pergi. Kampung Melayu Subang. Perjalanan ke sana kita terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang agak teruk.
Ustaz dengan Hj Muazan jalan dulu, takut kalau dia tunggu saya dengan hj Azam lewat pulak nanti. Akhirnya kita sampai ke destinasi. Rupa-rupanya pergi rumah Ustaz Roslan Muhammad. Ustaz kat TV3 tu, kalau tak salah rancangan Al Kuliah.


Ustaz Roslan ni, selalu jugak berforum dengan ustaz. Kali ni dia mintak ustaz bagi ceramah untuk jemaah sekitar rumah dia.
Lepas solat isyak, ustaz pun mulakan ceramahnya. Kali ni ustaz ulas fasal Al Fatihah. Ramai jugak orang malam tu. Ustaz Roslan ada menyediakan skrin besar untuk orang kat bawah. Canggih. Malam tu Ustaz Roslan ada melancarkan kutipan untuk PUTIS. Apa itu PUTIS, boleh refer kat pamplet. Sapa yang nak derma pun boleh. baca pamplet tu.
Macam biasa, rakaman ada dibuat pada malam tu. selamat mendengar!!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Februari 07, 2010
Masjid Al Khairiah, AU3 Keramat

Malam ni kita ke Masjid Al Khairiah, Au3, Keramat. Penat jugak cari masjid ni. Menara dah nampak tapi 2 kali saya masuk jalan mati. Rupa-rupanya masjid ni terletak tengah-tengah kawasan rumah teres. Parking punyalah susah. Hehehe!
Malam tu jugak ada rakaman. Orang yang jauh bolehlah dengar kat blog saya ni. jangan lepaskan peluang ni. Sapa2 yang ingin ikut dengar dan lihat ceramah ustaz secara live, refer jadual.



Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Februari 02, 2010
Jauhar Marhub di Surau Addiniah & makan di rumah Ustaz Zaki
Malam ni kita pergi Surau Addiniah di Bandar Baru Selayang. Lokasi surau ni, kena lalu jalan yang nak ke Ulu Yam tu. Sampai jumpa Petronas sebelah kiri, saya ulang sampai jumpa Petronas sebelah kiri. Kiri ya...kiri. Jalan depan sikit je ada blok kedai. Hujung sekali blok kedai tu ada kedai mamak. Kalau tak salah nama kedai ti Barakath. Tu kalau tak salah la. Kalau salah, kira sori je la.
Masuk kiri tu, kena lalu palang yang ada jaga, lalu je. Jaga tu tak tanya pun. Entah apa fungsi jaga tu pun saya tak tau. Jalan terus sampai jumpa simpang 3, masuk kanan. Nanti akan jumpa bangunan 1 tingkat ada banyak lampu berwarna-warni. Tu la Surau Addiniah.
Kat sini ustaz bukak kitab Jauhar Marhub. Ni kira masih peringkat awal lagi ni. Sempat lagi kalau ada sapa-sapa nak ikut kelas ni. Meh la ramai-ramai. Meriahkan majlis ilmu.
Bagi sapa-sapa yang tak dapat datang tu nak buat macamana, kan. Tapi, jangan bimbang kerja2 rakaman saya ada buat. Bagi memberi peluang kepada sahabat2 yang jauh dan yang tak dapat datang. Macam biasa donlodlah dengan gembira. Selamat Mendengar!!

Lepas kuliah tu, kita pergi makan rumah Ustaz Zaki. Gambar yang ustaz masuk hospital tu adalah keesokan harinya.


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
