Ahad, April 17, 2011

Ustaz dan buku terbarunya!!



Assalammualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni saya uplodkan gambar terbaru ustaz dan juga buku terbaru ustaz. Jelas sekali ustaz belum sihat sepenuhnya. Sebelah matanya masih belum boleh nampak sepenuhnya. Akan tetapi, keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya. Melihat keadaan ustaz sekarang ni, saya merasakan tidak ada ceramah untuk masa yang panjang. Kita doakan ustaz mendapat kembali kesihatan yang baik.




Dalam pada itu saya sempat minta ustaz bergambar dengan buku terbarunya. Buku keluaran Telaga Biru bertajuk "Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh". Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Tuan-tuan boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.


Isnin, Mac 28, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Ridhuan

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni, malam Sabtu lepas saya berkesempatan ke Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Ridhuan. Penceramah yang paling popular sekarang ni. Pukul 6.30 saya dah sampai masjid untuk dapatkan saf depan. Saya ada buat rakaman pada malam tu.



Macam biasa, tekan butang-butang kat bawah ni.





Isnin, Mac 21, 2011

Ke rumah Abu Irfan






Ahad (20/3/2011) kami ke rumah Abu Irfan di Ulu Langat. Petang tu hujan agak lebat dan berlakulah kesesakan di Ampang Point. Bersama Ustaz Zaki dan ustaz, kami ke rumah sahabat Abu Irfan di Ulu Langat. Sampai dirumah ustaz hujan masih turun. Saya payungkan ustaz ke kereta dari rumahnya. Masa ustaz pegang bahu saya, rasa terharu jugak. Tahulah saya, ustaz sudah tak sekuat dulu. Namum keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik kalau dilihat masa dia sakit dulu, tapi tidak sekuat seperti sebelum sakit. Bila melihat ustaz teraba-raba mencari pemegang pintu kereta, saya juga tahu, ustaz mengalami masalah penglihatan. Kata ustaz, doktor mengatakan masalah penglihatannya, insyaallah boleh sembuh. Keadaan buah pinggang sudah beransur baik.

Pada saya, keadaan ustaz sekarang ni, belum begitu baik, tapi sudah jauh lebih baik dari masa sakit hari tu dan sedang beransur baik. Kita doakan semoga ustaz cepat sembuh.

Khamis, Mac 17, 2011

Gambar terbaru


Assalamualaikum! Malam Rabu (17/3/2011) saya sempat menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz kelihatan ceria dan melayan kami seperti biasa. Namum begitu beliau masih lagi dalam proses rawatan. Alhamdulillah rawatan mata dan buah pinggangnya juga sudah menampakkan kesan positif. Rawatannya memerlukan ustaz berpantang makan. Senarai makanan yang perlu ustaz elakkan sangatlah banyak. Kita doakan ustaz kembali sihat.

Jumaat, Mac 04, 2011

Khabar Ustaz

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.

Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.

Selasa, Februari 22, 2011

Maulidur Rasul 2011


Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Kali saya bawakan kepada tuan-tuan, satu-satunya ceramah Maulidur Rasul yang ustaz sampaikan untuk tahun ni. Ceramah ni dibuat pada 25/1/2011 di Surau Al Fathonah, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Selepas ceramah ni, ustaz ada 1 lagi ceramah di Surau Taman Sekamat. Kuliah bulanan Kitab Hidayatus Salikin. Selepas itu, kesihatan mula terganggu. Ustaz sudah mula tak sihat, 4 hari sebelum cuti tahun baru cina. Kemudian ustaz dimasukkan ke ICU selama 2 hari, terus berada dihospital untuk 6 hari lagi. Sekarang ustaz sudah keluar dari hospital dan sedang berehat di rumahnya.
Pada pandangan saya, ustaz belum benar-benar sihat. Dia dilihat masih agak lemah. Sama-sama kita berdoa, agar ustaz segera sembuh. Amin!
Bagi yang mahu mendengar ceramah Maulidur Rasul ustaz pada tahun ini, boleh buat macam biasa lah ya. Klik butang donlod kat bawah ni.

Bagi yang biasa dan selesa mendengar ceramah ustaz terus dari blog saya ni, tekan butang segitiga kat bawah ni. Selamat mendengar!!

Ahad, Februari 13, 2011

Keadaan Ustaz


Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian! Hari ni keadaan ustaz sudah semakin pulih. Alhamdulillah!! Kata ustaz, dia mungkin boleh balik dalam 2-3 hari lagi. Tekanan darahnya juga sudah semakin baik.
Berita tentang kesihatan ustaz ni, sudah masuk Mingguan Malaysia.

Sabtu, Februari 12, 2011

Ustaz Sakit!!

Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni semua. Selepas 2 hari di ICU, hari ni ustaz sudah dipindahkan ke wad biasa. Kini masih dalam rawatan. Hari ni nampaknya ustaz dah segar sikit. Kalau dibandingkan dengan semalam. Semalam kami hanya menahan sebak saja.

Alhamdulillah, sama-sama kita doakan ustaz diberi kesihatan seperti sediakala. Semua program DIBATALKAN. Harap maklum!!!.

Sabtu, Februari 05, 2011

Jadual Bulan Februari 2011

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Atas sebab-sebab kesihatan. Semua ceramah, kuliah dan forum ustaz untuk bulan Februari 2011, DIBATALKAN. Harap Maaf. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Sekian. Terima Kasih!

Ahad, Januari 23, 2011

Sambungan Tafsir Al Fatihah di Masjid Amaniyah

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni ustaz menyambung kuliah tafsir Al-Fatihah di Masjid Amaniyah, Batu Caves, Selayang. Malam tu masuk ayat Malikiyau Middin. Bab Mati.

Malam tu ustaz menerangkan perihal mati. Himpitan kubur. Entah kenapa, saya perasan ustaz agak sebak pada malam tu. Inilah ceramah ustaz paling sayu yang pernah saya ikuti. Memandangkan saya duduk depan sekali, saya boleh nampak ada air mata bergenang dalam kelopak mata ustaz.

Tuan-tuan boleh dengar sendiri ceramah pada malam itu. Saya ada rakam ceramah malam tu. Walaupun bunyi agak kurang memuaskan, tapi saya dah cuba ejas bagi okay.


Khabarnya bulan depan ustaz ada forum kat masjid Amaniyah ni bersama Ustaz Zaki. Harap-harap jadilah. Masjid Amaniyah juga akan menganjurkan program besar-besaran pada bulan 5, kalau tak salah saya. Majlis bersama ulamak sempena ulangtahun ke 25 masjid Amaniyah. Tahniah kepada AJK masjid yang bekerjakeras selama ini. Ruang solat jugak dah fully air-cond. Hebatnya masjid ni. Kalau orang tak datang ke masjid jugak tak tau lah. Masjid dah bagus, apa lagi nak.


Tanpa membuang masa lagi, tuan-tuan donlod dan dengarlah dengan kadar segera. Butang hijau kat bawah ni.

Butang segitiga putin kat bawah ni, kalau nak dengar terus. Selamat Mendengar!!

Masjid Proton, Shah Alam

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni, apa habaq? Kali ni kami ke Masjid Proton, Shah Alam. Pagi tu kelas di Surau Annur telah dibatalkan kerana tekanan darah ustaz agak tinggi. Petang tu ustaz telefon ajak pergi Masjid Proton. Dah sihat sikit.
Jadi, kami pun ke Masjid Proton malam tu. Ini kali kedua saya ke sini. Kelebihan masjid ni adalah kesukaran mencari masjid ni sendiri. Signboard tak da. Saya ulangi , Signboard tak ada. Ada pun kecik je. Saya datang awal, cerah lagi, bolehlah jumpa. ustaz datang naik kereta lain, lewat sikit dari saya. Dia sesat. Oleh hal yang demikian, eloklah pihak masjid buat sigboard yang memudahkan orang yang tak mahir kawasan tu.

Pada malam yang berbahagia itu, saya ada membuat rakaman. Dengarlah dan donlodlah.

Butang segitiga putih kat bawah ni untuk dengar terus.

Khamis, Januari 20, 2011

Ke Sungai Serai

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, apa habaq! Saya tak tau ada orang ke tidak di sini, tapi saya update je. Kali ni kami ke Masjid Al Ehsan, Sungai Serai. Suasana kampung yang tak jauh dari bandaraya.

Ustaz sangat bersemangat malam tu, kehadiran pada malam tu juga sangat menggalakkan. Inilah kelebihan kalau ceramah di pinggir-pinggir bandar ataupun kampung macam ni. Mereka merasakan kehadiran ustaz ke kampung mereka sebagai perkara yang terbaik untuk masjid mereka. Pihak masjid memang sudah lama mahu menjemput ustaz ke kampung mereka. Kali ini ustaz masukkan Masjid Sungai Serai dalam jadual bualanannya.

Ceramah malam tu menarik. Topik yang saya sendiri belum pernah mendengar tajuk ni. Macam biasa, kerja-kerja merakam ada saya buat. Bolehlah tuan-tuan donlod dan dengar.

Tekan butang segitiga kat bawah ni untuk mendengar terus dari sini. Selamat mendengar!!

Rabu, Januari 19, 2011

Masjid KHairiah, AU3, Keramat

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian!! Apa habaq? Mudah-mudahan sihat wal afiat. Kali ni saya nak bawak tuan-tuan ke Masjid Khairiah, AU3 Keramat. Masjid ni dikenali sebagai 'Masjid Panas' sebab kat dalam masjid ni memang panas sungguh. Berbahang!!
Akan tetapi, ceramah tetap diteruskan. Jumlah kehadiran juga sangat menggalakan. Penuh ruang solat. Tahniah kepada pihak masjid yang bekerja keras menjayakan ceramah pada malam itu.
Malam tu ustaz bersemangat memberikan ceramah dan nasihat. Kami sampai awal. Awal sungguh. Malam tu, saya ada melakukan kerja-kerja rakaman bagi membolehkan sahabat yang tak dapat hadir dan orang yang jauh mendengar ceramah malam tu. Adalah menjadi harapan saya, tuan-tuan dapat manfaat dengan sumbangan saya yang sedikit ini.

Saya amat berharap tuan-tuan memberi cadangan bagi penambahbaikan blog saya ni. Kalau ada nak bagi idea, macamana nak kasi menarik lagi, saya amat alu-alukan. Kot-kot ada idea-idea menarik, bolehlah kita kongsi bersama.

Tekanlah butang segitiga putih kat bawah ini untuk mendengar secara terus. Selamat mendengar!!
Nantikan ceramah di Masjid Al Ehsan, Sungai Serai, Ulu Langat. Al Ehsan tau bukan Al Ihsan ... tu kedai sukan.

Selasa, Januari 18, 2011

Indahnya Sabar

Sudahkah anda dapatkan buku terbaru ustaz ni. Buku ini ustaz terjemahkan dari buku Dr. Yusuf Qardawi. Dapatkan di kedai buku yang berhampiran dengan anda.

Isnin, Januari 17, 2011

Surau Saujana Impian, Kajang



Assalammualaikum!!! Sahabat dan kroni, apa habaq!! Lepas kuliah subuh hari tu, kami terus ke rumah Tuan Haji Jalil untuk kuliah Dhuha di sana. Kat rumah Haji Jalil, ustaz baca bukunya yang menang Anugerah Buku Negara iaitu buku Indahnya Hidup Bersyariat. Saya ada buat rakaman, akan tetapi rakaman itu untuk keluaran VCD akan datang. Jadi, nantikan keluaran terbaru kami itu nanti. Kat bawah ni gambar masa rakaman VCD itu.

Malam nya kami ke Surau Saujana Impian Kajang. Hari tu memang agak memenatkan sungguh. Ustaz jugak kelihatan penat. Penat ustaz terubat bila tengok ramai orang di Surau Saujana Impian. Bersemangat dia. Jadi tuan tuan dengarkanlah ceramah ustaz pada malam itu, tapi agak bising sikit. Saya pun tak tau sebab apa.

Kepada yang biasa dan selesa dengar ceramaha dari blog saya ni, tekan je butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat mendengar!!

Ahad, Januari 16, 2011

Subuh di Kemensah!!!



Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Malam sebelumnya kami ke rumah Ustaz Roslan, subuh keesokannya kami ke surau Al Iman, Kemensah. Inilah lokasi ceramah ustaz yang paling dekat dengan rumah saya. Jalan kakipun boleh sampai. Akan tetapi bukanlah lokasi feberet saya...hehehe. Ini adalah kerana tak ramai orang yang datang kalau berbanding dengan tempat lain.
Kat sini orang lebih suka bersandar kat dinding belakang. Untuk mendapatkan ustaz berceramah adalah sukar. Memandangkan jadualnya yang amat ketat. Bila dah dapat kuliah bulanan seperti di surau ini, orang boleh duduk bersandar kat belakang. Sebagai penduduk tempat ini, ia amat mengecewakan saya. Walaubagaimanapun kat sini, ustaz baca Kitab Jauhar Mauhub bulanan. Tiap subuh Sabtu pertama setiap bulan. Jadi saya harap akan datang lebih ramai yang akan datang. Lebih meriah bila ramai ni. AJK kena buat kerja!!!! Buat banner ke...pamplet ke..umum ke..
Subuh tu saya ada buat rakaman jugak. Bolehlah tuan-tuan mendonlod dengan segera. Tekanlah butang donlod kat bawah ni.
Butang segi tiga kat bawah ni pulak, untuk yang biasa dengar terus dari blog saya ni. Selamat mendonlod dan mendengar.!!

VCD & CD Audio terbaru ustaz

VCD dan CD Audio terbaru ustaz sudah terbit. Kami sedang mencari pengedar untuk mengedarkan CD & VCD ustaz. Selama ini kami hanya jual VCD & CD ustaz semasa ceramah beliau sahaja. Jadi kutipan jualan agak terhad. Kami terpaksa menunggu sehingga kutipan mencukupi untuk mengeluarkan VCD & CD baru. Sekirannya tak ada ceramah, maka tidak ada jualan. Keluaran terbaru sedang menanti untuk dikeluarkan. Ceramah yang terbit melalui VCD dan CD Audio tidak disiarkan di blog ini. Sekiranya ada sesiapa berminat untuk menjadi pengedar ataupun ada mengenali penjual dan pengedar VCD, bolehlah menghubungi saya melalui email ataupun nombor telefon yang tertera di kulit VCD.

CD Audio ini dirakam di Auditorium Hospital Sungai Buloh dihadapan doktor, jururawat, petugas dan kakitangan hospital. Ini membuktikan Perubatan Islam sudah semakin diterima umum. CD Audio ini ada 2 sessi. Ini sesi pertama.

VCD ini dirakamkan di Surau Al Furqan, Taman Sekamat. Ini merupakan kuliah bulanan. Kelas masih berjalan pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você