Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Malam 23/7/2011 saya berkesempatan untuk makan malam dengan ustaz. Majlis makan malam bersama keluarga ustaz itu turut dihadiri Ustaz zaki dan Hafizy. Malam itu ustaz menceritakan pengalamannya semasa sakit baru-baru ini.
Selasa, Julai 26, 2011
Makan malam bersama ustaz
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Julai 05, 2011
Selasa, Jun 14, 2011
Ustaz sakit
Assalammualaikum! Akibat masalah kesihatan, ustaz telah dimasukkan ke hospital pada petang 13 Jun 2011 dan sedang dirawat di ICU. Sama-sama kita doakan agar ustaz segera sembuh.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Khamis, Jun 02, 2011
Ustaz dan tetamunya
Assalammualaikum sahabat dan kroni? Alhamdulillah keadaan ustaz semakin bertambah baik. Kali ini ustaz menerima tetamu iaitu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dan Engku Ansaruddin Agus (Penulis Buku Perangi Sihir).
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Selasa, Mei 31, 2011
Ustaz Berehat

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. Ini gambar terbaru ustaz. Terima kasih kepada Tuan Haji Muazan untuk gambar ini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Jumaat, Mei 13, 2011
Isnin, Mei 09, 2011
Buku Terbaru Ustaz!!!
Buku terbaru Ensiklopedia SOLAT!! Buku keluaran Telaga Biru. Ustaz terlibat dalam penghasilan buku ini sebagai Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid, Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Hj. Mohamad Wahid Abd. Hanif. Buku ini bolehlah dikatakan sebagai Info Solat yang lengkap. Ia juga bergambar yang amat menarik. Segla permasalahan boleh terjawab dengan memiliki buku ini. Pastikan anda mendapatkan buku ini. Buku setebal, hampir 500 muka surat ini berharga RM100. Harga yang amat berpatutan berbanding info yang dapat anda miliki. Dapatkan segera di pasaran.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Mei 02, 2011
Membaca Yassin di rumah ustaz
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Ahad, April 17, 2011
Ustaz dan buku terbarunya!!
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni saya uplodkan gambar terbaru ustaz dan juga buku terbaru ustaz. Jelas sekali ustaz belum sihat sepenuhnya. Sebelah matanya masih belum boleh nampak sepenuhnya. Akan tetapi, keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya. Melihat keadaan ustaz sekarang ni, saya merasakan tidak ada ceramah untuk masa yang panjang. Kita doakan ustaz mendapat kembali kesihatan yang baik.
Dalam pada itu saya sempat minta ustaz bergambar dengan buku terbarunya. Buku keluaran Telaga Biru bertajuk "Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh". Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Tuan-tuan boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Isnin, Mac 28, 2011
Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Ridhuan
Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni, malam Sabtu lepas saya berkesempatan ke Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Ridhuan. Penceramah yang paling popular sekarang ni. Pukul 6.30 saya dah sampai masjid untuk dapatkan saf depan. Saya ada buat rakaman pada malam tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Mac 21, 2011
Ke rumah Abu Irfan



Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Khamis, Mac 17, 2011
Gambar terbaru
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Jumaat, Mac 04, 2011
Khabar Ustaz
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.
Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Selasa, Februari 22, 2011
Maulidur Rasul 2011
Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Kali saya bawakan kepada tuan-tuan, satu-satunya ceramah Maulidur Rasul yang ustaz sampaikan untuk tahun ni. Ceramah ni dibuat pada 25/1/2011 di Surau Al Fathonah, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Februari 13, 2011
Keadaan Ustaz
Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian! Hari ni keadaan ustaz sudah semakin pulih. Alhamdulillah!! Kata ustaz, dia mungkin boleh balik dalam 2-3 hari lagi. Tekanan darahnya juga sudah semakin baik.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Sabtu, Februari 12, 2011
Ustaz Sakit!!
Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni semua. Selepas 2 hari di ICU, hari ni ustaz sudah dipindahkan ke wad biasa. Kini masih dalam rawatan. Hari ni nampaknya ustaz dah segar sikit. Kalau dibandingkan dengan semalam. Semalam kami hanya menahan sebak saja.
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan ustaz diberi kesihatan seperti sediakala. Semua program DIBATALKAN. Harap maklum!!!.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Sabtu, Februari 05, 2011
Jadual Bulan Februari 2011
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Atas sebab-sebab kesihatan. Semua ceramah, kuliah dan forum ustaz untuk bulan Februari 2011, DIBATALKAN. Harap Maaf. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Sekian. Terima Kasih!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Januari 23, 2011
Sambungan Tafsir Al Fatihah di Masjid Amaniyah
Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni ustaz menyambung kuliah tafsir Al-Fatihah di Masjid Amaniyah, Batu Caves, Selayang. Malam tu masuk ayat Malikiyau Middin. Bab Mati.
Malam tu ustaz menerangkan perihal mati. Himpitan kubur. Entah kenapa, saya perasan ustaz agak sebak pada malam tu. Inilah ceramah ustaz paling sayu yang pernah saya ikuti. Memandangkan saya duduk depan sekali, saya boleh nampak ada air mata bergenang dalam kelopak mata ustaz.
Tuan-tuan boleh dengar sendiri ceramah pada malam itu. Saya ada rakam ceramah malam tu. Walaupun bunyi agak kurang memuaskan, tapi saya dah cuba ejas bagi okay.
Khabarnya bulan depan ustaz ada forum kat masjid Amaniyah ni bersama Ustaz Zaki. Harap-harap jadilah. Masjid Amaniyah juga akan menganjurkan program besar-besaran pada bulan 5, kalau tak salah saya. Majlis bersama ulamak sempena ulangtahun ke 25 masjid Amaniyah. Tahniah kepada AJK masjid yang bekerjakeras selama ini. Ruang solat jugak dah fully air-cond. Hebatnya masjid ni. Kalau orang tak datang ke masjid jugak tak tau lah. Masjid dah bagus, apa lagi nak.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Masjid Proton, Shah Alam
Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni, apa habaq? Kali ni kami ke Masjid Proton, Shah Alam. Pagi tu kelas di Surau Annur telah dibatalkan kerana tekanan darah ustaz agak tinggi. Petang tu ustaz telefon ajak pergi Masjid Proton. Dah sihat sikit.
Jadi, kami pun ke Masjid Proton malam tu. Ini kali kedua saya ke sini. Kelebihan masjid ni adalah kesukaran mencari masjid ni sendiri. Signboard tak da. Saya ulangi , Signboard tak ada. Ada pun kecik je. Saya datang awal, cerah lagi, bolehlah jumpa. ustaz datang naik kereta lain, lewat sikit dari saya. Dia sesat. Oleh hal yang demikian, eloklah pihak masjid buat sigboard yang memudahkan orang yang tak mahir kawasan tu.Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan




























