
Malam ni kat Masjid Bulat yang sangat terkenal di Petaling Jaya tu. Rasanya orang-orang PJ mesti tahu masjid ni kat mana. Ceramah malam ni membincangkan dengan lebih terperinci tajuk 11 Tanda Orang Yang Berbahagia. Lepas tu ada makan-makan sikit bersama AJK masjid. Terima Kasih banyak.
Isnin, November 16, 2009
Masjid Bulat, Petaling Jaya
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ustaz Abdullah Loutfi & Ustaz Ahmad Yahya
Ini adalah kuliah Ustaz Abdullah Loutfi dan Ustaz Ahmad Yahya di Surau Al Iman, Kemensah. Sapa-sapa nak dengar, bolehlah klik donlod kat bawah ni ya.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, November 15, 2009
Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan
Malam tu ustaz ada ceramah kat Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Petang tu hujan punyalah lebat. Aku dok rasa macam tak sempat je. Tapi akhirnya sempat. Sampai masjid, ustaz belum sampai lagi. Aku rasa ustaz singgah rumah dia dulu ni.Tak lama lepas tu ustaz sampai, memang betul dia singgah rumah dia. Dia mandi dulu baru pergi masjid. Malam tu ceramah umum.
Lepas ceramah, kita pergi makan kat kedai tom yam kat Taman Putra Sulaiman. Bertiga dengan Hj Azam. Ustaz makan cendawan goreng, Azam makan sop sayur dan aku makan bihun goreng. Lepas makan malam tu, ustaz kata "Masin sikit cendawan ni". Esoknya ustaz masuk hospital. darah tinggi. Akupun teringat, malam semalam ustaz kata pasal cendawan yang masin tu. Mungkin sebab tu agaknya darah dia naik ni. Tu aku agak je. Mungkin jugak kedai tu masak guna Ajinomoto ni. Entahlah.Apapun malam tu ada aku ada buat rakaman, sapa-sapa nak dengar, kliklah donlod kat bawah ni. Cuma bunyinya agak bising sikit. Ini adalah kerana masjid ni ada banyak kipas besar yang macam kilang tu. Kipas ni memang menghasilkan bunyi bising yang berdengung.

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, November 11, 2009
Kuliah Ustaz Rusdi
Kuliah ini sepatutnya disampaikan oleh ustaz, tapi akibat keletihan, Ustaz tak dapat hadir. Pihak masjid sudah diberitahu petang sebelumnya. Oleh itu pihak masjid menjemput Ustaz Rusdi menggantikan tempat ustaz. Pagi itu Ustaz Rusdi memberi sedikit huraian berkenaan kitab yang bakal digunakan di masjid itu.
Aku ada buat rakaman. Sapa nak dengar, donlod dulu kat bawah ni. Selamat Mendengar!

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
11 Tanda Orang berbahagia

Assalamualaiku dan salam 1 Malaysia..hehehe. Kali ni kita pergi kuliah subuh pulak. Kuliah pagi ni bertempat di Pondok Batu 10, Cheras/Ulu Langat. Pagi ni ustaz bawak tajuk 11 Tanda Orang Berbahagia. Rakaman ada aku buat pagi tu. Sesapa yang ingin dengar kuliah pagi tu, bolehlah klik kat donlod bawah ni. Lepas tu bolehlah dengar kuliah ni. Selamat mendengar!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, November 10, 2009
Kuliah di Sekamat

Hari ni kuliah di Sekamat. Turun saja dari airport, ustaz terus ke Sekamat ni. Kuliah kat situ. Banyak isu baru yang ustaz sampaikan. Ada juga kisah terbaru di Mekah, seperti yang sahabat ceritakan pada hari sebelumnya. Masa kat kursus haji hari tu. Lepas tu kita pergi rumah seorang sahabat ustaz. Ustaz buat tahnik kat rumah sahabat tu.
Aku ada buat rakaman, sapa nak dengar donlod dulu file mp3nya. Klik je donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Sabtu, Oktober 31, 2009
Kursus Haji Perdana
Yang hebatnya ustaz rakam sendiri. Aku bagi dia perakam dan dia rakam sendiri. Kita patut berterima kasih kepada ustaz untuk rakaman yang baik ni. Kalau tidak, tentu bunyinya tak memuaskan. Tapi bila ustaz letak alat perakam ni kat rostrum tempat dia bagi taklimat, bunyinya jadi sangat jelas. Terima kasih banyak kepada ustaz untuk ilmu yang diberikan. Kepada bakal-bakal haji, eloklah dengar rakaman ini. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Macam biasa, sapa nak dengar, boleh tekan donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!
Sapa-sapa yang nak tau lebih lanjut lagi tentang Zahafiz Travel ni, klik kat link ini http://www.zahafiz.com/



Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Jumaat, Oktober 30, 2009
Prof. Hamka
Kali ini aku nak kongsi ceramah Prof. Hamka. Ceramah ni aku donlod kat internet. Ceramah-ceramah hebat ini aku rasa patut aku kongsikan bersama dengan peminat-peminat ceramah yang lain. Walaupun boleh donlod kat tempat lain aku tak kisah. Melihat ramai yang ada ceramah Prof Hamka, aku pun nak ada juga. Akhirnya aku dapat 10 ceramah ni. Sapa yang ada tajuk lain, boleh kongsi na!! Dalam ceramah Pegangan Hidup kita boleh dengar kata-kata hikmah dia yang berbunyi " Mati Belanda kerana pangkat, mati Cina kerana kaya, mati Keling kerana makanan, mati Melayu kerana angan-angan". Sapa-sapa yang nak donlod ceramah ni, klik kat gambar Prof Hamka ataupun tajuk ceramah tu.
Bersyukurlah

Cinta & Cemburu

Dari Gelap Menuju Terang

Haus

Hidup Sesudah Mati

Ibadah Haji

Menjawab Soalan Pendengar

Pegangan Hidup

Puasa

Tafsir Al Baqarah 248
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Oktober 27, 2009

Kali ni aku uploadkan ceramah minggu lepas. Ni kat Masjid Kampung Padang Balang. Tahun lepas kuliah ustaz dibatalkan kat sini. Malam ni tak batal. Kuliah "ON". Sapa-sapa yang nak dengar boleh tekan donload kat bawah ni. Majulah majlis ilmu untuk umat Islam. Selamat mendengar!!!
Nantikan ceramah Kursus Haji Perdana anjuran Zahafiz Travel. Aku ada buat rakaman tu. Yang tu best!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan






