Ahad, Januari 31, 2010

Tafsir Al Fatihah di Masjid Amaniyah

Hari Ahad lepas Ustaz Ada kuliah di Masjid Amaniyah, Selayang. Malam tu ustaz bawa tajuk Tafsir Al Fatihah. Macam biasalah jemaah suka menyandar kat tiang dan duduk belakang. Sehingga ustaz terpaksa menyuruh jemaah duduk depan untuk mendapat keberkatan. Lain kali terus je duduk depan.


Malam tu ustaz terangkan perihal al fatihah ni. Al fatihah boleh dijadikan penawar segala penyakit. Tuan-tuan yang duduk berdekatan Selayang, 26/2/10 ni ustaz ada forum kat Masjid Amaniyah ni bersama Dato' Dr. Haron Din. Datanglah beramai-ramai. hidup dan makmurkan masjid kita. Hari tu cuti Maulidur Rasul. Orang-orang jauh bolehlah datang. Esoknya cuti.


Walaubagaimanapun, untuk kuliah tafsir Al fatihah ni, saya ada buat rakaman. Bolehlah tuan-tuan donlod dan dengar. Donlodlah ceramah2 ni, simpan dalam CD boleh dengar dalam kereta. Kalau tak pun boleh dengar terus kat sini. Selamat Mendengar!



Sabtu, Januari 30, 2010

Doa Yang Mustajab di Masjid Nurul Hidayah

Kuliah subuh kat Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan ni ustaz bawa tajuk "Doa Yang Mustajab" berdasarkan Kitab Tanbihul Ghafillin. Masjid ni dulu, orang tak ramai. Sekarang solat subuh boleh sampai 4 saf. Bila ada kuliah macam subuh ni, lagi lah ramai.
Kuliah pagi ni kira menarik jugak. Mungkin mood ustaz pagi tu bagus. Tengok jemaah pun ramai datang, tu yang buat ustaz lebih bersemangat. Jadi kalau surau tuan-tuan menjemput ustaz datang ke surau tuan2, kalau boleh lebih ramai, lebih menarik. Satu perkara lagi, ustaz suka kalau orang duduk dekat. Kalau duduk jauh2 ni, dia rasa macam cakap sorang2.

Jadi kalau tuan menjemput ustaz datang, pastikan jemaah rapat kedepan. Walaubagaimanapun, kuliah pagi tu saya ada buat rakaman. Bagi sahabat yang jauh dan yang tak dapat datang, donlodlah macam biasa. Ataupun boleh mendengar terus, jugak macam biasa. Selamat Mendengar.
Lepas kuliah subuh hari Ahad lepas, usta ada kuliah Dhuha di Surau Annur, Bangi untuk muslimah. Saya tak dapat pergi hari tu, namum demikian, tuan2 boleh pergi ke blog sahabat saya iaitu http://laman-annur.blogspot.com/. Dia ada buat rakaman pagi tu.



Ustaz Masuk Hospital

Malam ni ke hospital, melawat ustaz. Ustaz tak sihat. Tekanan darahnya tinggi dan tahap gulanya juga tinggi. Jadi ustaz terpaksa masuk hospital. Masa sampai di wadnya, ustaz tengah tidur. hj. Muazan sedang menunggu ustaz malam tu.
Lepas lebih kurang setengah jam ustaz bangun dari tidur. Malam tu sempat jugak ustaz bagi doa kepada Hj. Azam. Doa ini ditulis oleh Ustaz Zaki. Walaupun dalam keadaan yang tak begitu sihat, ustaz masih boleh bagi doa lagi tu. Terima kasih banyak, ustaz.

Marilah kita berdoa agar ustaz cepat sembuh. Mudah-mudahan ustaz cepat sembuh. Amin. Terima kasih jugak kepada Ustaz Zaki yang menulis doa itu dengan baik dan cantik. Ni doanya, Hj Muazan tolong pegang.

Kuliah di rumah En halim



Petang ni kita ke rumah En. Halim. Kat rumah en Halim ni, ustaz ada kuliah bulanan guna kitab Tanbihul Ghafillin (Peringatan Bagi Yang Lupa).
Inilah kita yang digunakan pada hari tu. Hari tu masuk BAB MATI. Kepada sapa2 yang hendak mendengar kuliah hari tu, buat macam biasalah ya. Donlod saja. Sapa yang nak dengar terus , klik kat bawah ni. Boleh dengar terus. Selamat mendengar!!



Ahad, Januari 24, 2010

Forum Perdana di UNISEL

Kali ni kita ke Bestari Jaya dulu dikenali dengan nama ganasnya, Batang Berjuntai. Kat situ ada UNISEL dan forum malam tu buat kat situ la.
Pagi tu ustaz di Kelantan, turun je kat airport Subang terus ke restoran jejantas Sungai Buloh. Kita letak kereta masing-masing kat situ dan sambung perjalanan ke UNISEL dengan kereta Hj. Muazan. Sampai je kat UNISEL ni solat dulu, lepas tu penganjur ajak makan dulu.
Klai ni kira pecah rekod la. Kita yang paling awal sampai. Petang tu hujan lebat. Alhamdulliah kita sampai awal dari ahli forum yang lain. Jarang berlaku kita sampai awal.. hehehe. Forum malam tu bertajuk "Hebatnya hidup berlandaskan Islam". Ahli panelnya kira dasat-dasat jugak ni. Ustaz Ismail Kamus, Prof. Dato' Haron Din dan Ustaz Muhammad Farid Ravi. Moderatornya pulak Dato' Hassan Ali.
Forum bermula agak lewat, kerana petang tu hujan lebat dan banyak berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang terok. Dato Hassan Ali dan Dato Dr Haron Din juga lewat. Memang terok jem hari tu, kita sampai awal tak terlibat dengan jem tu. Forum mula pukul 10 sambil menantikan kehadiran Dato Dr Haron Din.
Bermula dengan Ustaz Muhamad Farid Ravi lepas tu ustaz Ismail Kamus. Kemudian Dato dr. Haron Din sampai, dan forum makin rancak. Saya berani kata, forum malam tu adalah antara yang terbaik sepanjang saya mengikutinya.
Dewan tempat berlangsungnya forum bukan main hebat, siap dengan 2 skrin besar. Power betul UNISEL ni.
Hujah-hujah malam tu memang bagus lah. Semuanya bermanafaat. Tak mengantuk langsunglah. Memandangkan forum bermula agak lewat, ia berlangsung dengan 2 pusingan. Biasanya forum-forum macam ni 3 pusingan. Dato Hassan Ali sempat mempromosikan buku ustaz malam tu.
Lepas tu ramailah orang beli buku ustaz ni. Jualan buku pada malam tu menggalakan jugaklah. Kepada sapa-sapa yang belum beli buku ustaz ni, eloklah beli. Rasanya setiap rumah perlu adasebuah buku ni untuk dijadikan rujukan. Malam tu ustaz dikerumuni peminat-peminatnya, minta tanda tangan. Dah lama tak tengok orang berebut-rebut minta autograf ustaz.
Yang nak bergambar samapun ramai malam tu. Kemudian ada jamuan ringan sikit.
Bertolak balik dari UNISEL dalam pukul 12.30 malam lebih kurang la. Sampai di restoran jejantas kita berhenti minum dulu. Sembang-sembang sikit, lepas tu baru balik. Tahniah kepada UNISEL di atas kejayaan menganjurkan program yang baik macam ni.
Macam biasa, saya ada buat rakaman pada malam tu. Sapa-sapa yang nak dengar bolehlah donlod macam selalu. InsyaAllah mula bulan depan saya akan letak jadual ustaz kat blog saya ni. Tapi segala pertukaran tarikh dan pertukaran hari kuliah tetap tertakluk kepada keadaan ustaz. Sapa yang beria-ia mintak jadual tu harap dapat datang. Boleh kenal-kenal. hehehe..


Selasa, Januari 19, 2010

Forum Maal Hijrah`di Seremban

Malam ni kita ke Seremban pulak. Ada forum. Bertolak dari KL pukul 7 malam. Singgah solat dan minum-minum di rumah Hj Muazan di Seremban. Lepas tu terus ke Surau Al Mustoffa (Surau Hitam), Ampangan. Lokasi forum bakal di adakan.
Sebelum tu makan dulu. Ahli panel forum ni terdiri dari Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Kamal Asshaari. Manakala moderatornya pulak Ustaz Hj Norazman Bin Hj Mohamad, Imam 1, Masjid Jamek Ampangan.

Ramai sungguh orang yang datang malam tu. Saya anggarkan ada lebihkurang 3000 orang. Ini adalah kerana lokasi surau yang terletak di tepi jalan besar.
Rakaman ada dibuat pada hari itu, tapi malangnya qualiti rakaman tidak memuaskan. Ini adalah kerana lokasi forum yang terbuka dan berhampiran jalanraya. Juga bunyi kipas yang menganggu. Apapun ia masih boleh didengar. Donlod dan dengar terus dari blog saya ni.


Dari Rumah Hj Jalil ke Storm Reader



Hari ni hari Sabtu. Lepas kuliah subuh kat Surau Al Iman, Kemensah, kita ke rumah Tn Hj Jalil untuk kuliah bulanan Kitab Hidayatul Salikin. Kuliah Dhuha bulanan ni memang selalu buat hari Sabtu je. Saya ada membuat rakaman pada hari tu. Sesiapa yang nak ikut kuliah ni boleh dengar kat sini, ataupun tekan donlod macam biasa la ya.




Petang tu kita ke majlis perlancaran Storm Reader. Ni kira macam Multi Level Marketing untuk buku-buku Telaga Biru. Ustaz telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Secara peribadi, saya katakan ini adalah program yang bagus. Bisnes yang bagus, tapi saya terfikir sendiri, kalau Multi Level Marketing yang lain, produk hanya boleh dibeli daripada ahli saja. Tapi dalam hal ini, buku-buku ni boleh didapati di kedai-kedai. Malah ada kedai yang boleh bagi diskaun, sebab dia beli secara pukal. Jadi macamana orang yang jadi ahli nak bersaing dengan kedai. Kecuali buku-buku ini tidak terdapat di kedai. Hanya ahli sahaja yang boleh menjual buku2 ni, barulah ahli ada peluang untuk menjual kepada orang ramai. Sekirannya orang boleh beli dikedai, alamat ahli payah nak jual.
Apapun saya dah menjadi ahli. dan saya rasa, saya akan menjadi ahli yang tidur, kerana tak akan dapat bersaing dengan kedai. Mungkin ada cara untuk menjayakan program ini. Tahniah kepada Telaga Biru untuk projek yang baik ini. Cuma saya amat keliru dengan hak jualan yang disebut tadi.

Khamis, Januari 14, 2010

Jauhar Marhub di Kemensah


Assalammualaikum! dan Salam 1 Malaysia. Menyampah je dengar Salam 1 malaysia, kan? Kali ni kita ke Surau Al Iman, Kemensah Height. Ni surau paling dekat dengan rumah saya ni. Kalau tak pergi, kategori melampau lah.


Kat sini ustaz baca kitab Jauhar Marhub. Kuliah subuh ni berlangsung pada Sabtu pertama setiap bulan. memandangkan Sabtu pertama pada bulan ni, ustaz pergi ke Padang, Indonesia, jadi kelas di tolak ke Sabtu lepas.

Selain dari surau ni, Jauhar Marhub ni di baca juga di Surau Addiniah, Selayang. Bagi kawan-kawan yang mengikuti ceramah ustaz bolehlah datang lain kali. Yang jauh dan tak dapat datang, buat je macam biasa. Donlod dan dengar, kalau rajin kumpul, burn dalam CD. Boleh dengar dalam kereta.



 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você