Khamis, Februari 11, 2010

Jauhar Marhub di Kemensah

Subuh 6/2/10 hari tu, ustaz menyambung kuliah di Surau Al Iman, Kemensah. Kat sini ustaz guna kitab Jauhr Marhub. Tuan-tuan masih boleh datang mengikuti kuliah ini kerana ia bersiri. Kiranya masih sempat lagi la.
Pagi tu telah masuk Bab Fadilat Zikir La illah ha illallah. Banyak point-point menarik ustaz bagi pada pagi tu. Tuan-tuan yang tak sempat datang ke surau ini, jangan bimbang. Saya ada buat rakamannya. Donlod saja, ataupun boleh dengar terus kat sini. Selamat Mendengar!!

Tekan sini untuk mendengar







Selasa, Februari 09, 2010

Jadual Ustaz untuk bulan Februari




Rumah Ustaz Roslan Muhamad



Malam ni sepatutnya saya pergi Annual dinner opis, tapi entah macamana saya rasa perlu ikut ustaz malam tu. Kali pergi tempat yang belum pernah kita pergi. Kampung Melayu Subang. Perjalanan ke sana kita terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang agak teruk.
Ustaz dengan Hj Muazan jalan dulu, takut kalau dia tunggu saya dengan hj Azam lewat pulak nanti. Akhirnya kita sampai ke destinasi. Rupa-rupanya pergi rumah Ustaz Roslan Muhammad. Ustaz kat TV3 tu, kalau tak salah rancangan Al Kuliah.

Ustaz Roslan ni, selalu jugak berforum dengan ustaz. Kali ni dia mintak ustaz bagi ceramah untuk jemaah sekitar rumah dia.
Lepas solat isyak, ustaz pun mulakan ceramahnya. Kali ni ustaz ulas fasal Al Fatihah. Ramai jugak orang malam tu. Ustaz Roslan ada menyediakan skrin besar untuk orang kat bawah. Canggih. Malam tu Ustaz Roslan ada melancarkan kutipan untuk PUTIS. Apa itu PUTIS, boleh refer kat pamplet. Sapa yang nak derma pun boleh. baca pamplet tu.

Macam biasa, rakaman ada dibuat pada malam tu. selamat mendengar!!!!


Ahad, Februari 07, 2010

Masjid Al Khairiah, AU3 Keramat



Malam ni kita ke Masjid Al Khairiah, Au3, Keramat. Penat jugak cari masjid ni. Menara dah nampak tapi 2 kali saya masuk jalan mati. Rupa-rupanya masjid ni terletak tengah-tengah kawasan rumah teres. Parking punyalah susah. Hehehe!

Malam tu jugak ada rakaman. Orang yang jauh bolehlah dengar kat blog saya ni. jangan lepaskan peluang ni. Sapa2 yang ingin ikut dengar dan lihat ceramah ustaz secara live, refer jadual.





Selasa, Februari 02, 2010

Jauhar Marhub di Surau Addiniah & makan di rumah Ustaz Zaki

Malam ni kita pergi Surau Addiniah di Bandar Baru Selayang. Lokasi surau ni, kena lalu jalan yang nak ke Ulu Yam tu. Sampai jumpa Petronas sebelah kiri, saya ulang sampai jumpa Petronas sebelah kiri. Kiri ya...kiri. Jalan depan sikit je ada blok kedai. Hujung sekali blok kedai tu ada kedai mamak. Kalau tak salah nama kedai ti Barakath. Tu kalau tak salah la. Kalau salah, kira sori je la.
Masuk kiri tu, kena lalu palang yang ada jaga, lalu je. Jaga tu tak tanya pun. Entah apa fungsi jaga tu pun saya tak tau. Jalan terus sampai jumpa simpang 3, masuk kanan. Nanti akan jumpa bangunan 1 tingkat ada banyak lampu berwarna-warni. Tu la Surau Addiniah.
Kat sini ustaz bukak kitab Jauhar Marhub. Ni kira masih peringkat awal lagi ni. Sempat lagi kalau ada sapa-sapa nak ikut kelas ni. Meh la ramai-ramai. Meriahkan majlis ilmu.

Bagi sapa-sapa yang tak dapat datang tu nak buat macamana, kan. Tapi, jangan bimbang kerja2 rakaman saya ada buat. Bagi memberi peluang kepada sahabat2 yang jauh dan yang tak dapat datang. Macam biasa donlodlah dengan gembira. Selamat Mendengar!!




Lepas kuliah tu, kita pergi makan rumah Ustaz Zaki. Gambar yang ustaz masuk hospital tu adalah keesokan harinya.



 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você