Selasa, Mei 31, 2011

Ustaz Berehat


Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. Ini gambar terbaru ustaz. Terima kasih kepada Tuan Haji Muazan untuk gambar ini.

Jumaat, Mei 13, 2011

Membaca Yassin di Pusat Perubatan Darussalam













Isnin, Mei 09, 2011

Buku Terbaru Ustaz!!!

Buku terbaru Ensiklopedia SOLAT!! Buku keluaran Telaga Biru. Ustaz terlibat dalam penghasilan buku ini sebagai Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid, Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Hj. Mohamad Wahid Abd. Hanif. Buku ini bolehlah dikatakan sebagai Info Solat yang lengkap. Ia juga bergambar yang amat menarik. Segla permasalahan boleh terjawab dengan memiliki buku ini. Pastikan anda mendapatkan buku ini. Buku setebal, hampir 500 muka surat ini berharga RM100. Harga yang amat berpatutan berbanding info yang dapat anda miliki. Dapatkan segera di pasaran.


Ustaz sekarang sedang beransur pulih. Dia amat berterima kasih kepada semua sahabat yang mengambil berat tentang kesihatannya.



Isnin, Mei 02, 2011

Membaca Yassin di rumah ustaz



Sabtu 30/4/2011 satu majlis membaca Yassin telah dibuat di rumah ustaz. Majlis ini dirancang sendiri oleh ustaz. Majlis malam itu turut dihadiri oleh perawat-perawat dari Darussalam, keluarga ustaz dan sahabat.


Majlis membaca Yassin di dipimpin oleh Ustaz Zaki dari Darussalam dan doa dibacakan oleh ustaz Manaf Pengerusi Darussalam.


Mudah-mudahan ustaz kembali sihat dan dapat menyampaikan ceramah kembali.







 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você