Sabtu, Jun 13, 2009

Angkara Ultraman


Baru-baru ni aku ada terima email dari seorang sahabat. Ni pasal stadium yang runtuh tu. Rupa-rupanya Ultraman punya pasal la. O... Pakcik baru tahu!!. Ni aku keluarkan gambar yang sahabat tu hantar. Alat ni amat diperlukan oleh Ultraman. Kalau mata dia cedera dicocok raksasa dia boleh buat baru mata dia. Dengan benda ni la.

Rabu, Jun 10, 2009

Lokasi Pelancongan Terbaru di Terengganu

Minggu lepas aku balik ke kampung isteriku di Kuala Terengganu. Sebaik sampai aku terus pergi stadium yang dibangga-banggakan tu. Sungguh menakjubkan sebuah stadium hebat sudah tidak ada bumbung lagi. Bak kata Pendekar Mustar dala filem "Pendekar Bujang Lapok".."Ish...Ish... Angin tak ada, ribut tak ada, tau-tau runtuh. Korang ingat tak ayat tu. Hehehe. Surat khabar pun tulislah macam-macam, akitek salah la, engineer salah la, kontraktor salah la, JKR salah la. Tapi yang pasti stadium tu dah jadi tarikan pelancong yang baru. Tahniah! Inilah satu-satunya Projek Barisan Nasional yang akan dikenang sepanjang zaman.


Sudah pasti ada orang yang akan dapat projek. Ya la, projek nak bersihkan dan projek baik pulih. Harap-harap dia orang letak papan tanda "Satu Lagi Projek Barisan Nasional". Macam selalu. Yang aku bengang tu satu je. Dah lah aku lama tak balik, tak sempat masuk lagi stadium tu, dah runtuh. Hebat kan!!

Masa aku pergi melawat stadium tu, ada sebuah bas pelancong kat situ. Penumpangnya tengah sibuk ambik gambar. Ya la buat kenang-kenangan mana nak dapat, kan? Ada orang jual air, jual keropok. Pandai betul dia orang carik duit. Laku pulak tu. Kereta jangan cakap lah. Berderet-deret.


Khamis, Jun 04, 2009

Notis

Semalam dalam aku dok baca suratkhabar Metro, ternampaklah iklan ni. Aku baca banyak kali iklan ni. Rasa macam nak faham, tapi macam tak faham. Apa yang aku macam faham orang yang bernama En. Kamarudin Bin Abdul Rahman adalah pentadbir harta pusaka kepada Estet Saodah binti Dato' Muda Jalela. Dia pulak tengah mencari waris kepada Aminah Binti Abdullah yang telah meninggal dunia pada 13 Mei 1994. Alamat terakhir Aminah ni pulak kat Rumah sri Kenangan, Cheras, Kajang. Aminah ni pulak ada meninggalkan bahagian kepada pewarisnya daripada Estet Saodah binti Dato' muda Jalela ni. Mana - mana pewarisnya boleh pergi ke alamat kat notis tu. Itu yang aku macam nak faham.

Ni betul-betul macam cerita Mr Os dulu. Ala yang atuk dia kaya tapi dia pun tak tau tu. Tapi dalam hal ni kenapa waris Aminah tu letak dia kat Rumah Kenangan tu. Rumah nya dia ada harta peninggalan la. Aku dok rasa kalau waris dia tahu yang Aminah ni ada estet, mesti dia tak hantar Aminah ni kat rumah kenangan tu. Memang macam dalam filem la. Filem orang putih pun ada yang buat cerita macam ni.

Mana-mana orang yang menjadi pewaris kepad Aminah ni, pergilah ke alamat tersebut. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Aminah Binti Abdullah. Mudah-mudahan rohnya dirahmati Allah. Amin!

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você