Ahad, Ogos 29, 2010

Permulaan puasa di Surau Mustaqqim, AU5

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni kita ke Surau Mustaqqim, AU5. Canggih surau ni. Lebih canggih lagi, Ustaz Zuhir menjadi imam kat surau ni. Yang tak canggihnya, parking punyalah payah. Paling payah. Ni beberapa hari sebelum berpuasa. Jadi ustaz membawa ceramah perihal puasa.

Rakaman ada dibuat pada hari tu. Kepada yang berminat nak donlod. Buat macam biasa je la. Tekan butang donlod. Kat bawah ni.

Bagi yang selesa dengar melalui blog saya ni, tekan butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat mendengar dan Selamat Berpuasa.


Rabu, Ogos 25, 2010

Mengenali Jin & Pengaruh Sihir dalam kekeluargaan




Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni ustaz ceramah bab Jin. Bab jin ni ramai peminatnya. Yang ni kat Kuala Kubu. Untuk kakitangan kerajaan. Tajuknya 'Mengenali Jin dan Pengaruh Sihir Dalam Kekeluargaan'.

Saya sedang mengusahakan supaya ustaz dalam mengulang kuliah Jin bersiri. Kuliah seperti ini pernah dibuat lebih kurang 12 tahun yang lalu. Kali ni dalam bentuk VCD, yang dulu tu dalam bentuk kaset. Akan tetapi ceramah kali ada dibuat rakaman. Kalau nak donlod, buat macam biasa. Tekan butang kat bawah ni.

Sapa yang nak dengar terus dari sini, tekan butang segitiga putih kat bawah ni.

Ceramah Puasa di Surau An Naim, Wangsa Maju


Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Mintak maaf banyak , lam tak uplod ceramah. Sebelum ustaz pergi umrah, dia sempat bagi ceramah di Surau An Naim, Wangsa Maju. Selalunya kat sini kuliah Kitab Hidayatus Salikin. Kali ni ustaz bagi ceramah mengenai puasa.

Saya ada buat rakaman hari tu. Bolehlah donlod, jugak macam biasa.

Bagi yang nak dengar terus dari blog saya ni, buat macam biasa la ya. Tekan butang segi tiga kat bawah ni. Macam biasa lah ya.



Sabtu, Ogos 14, 2010

Mari berforum



Seminggu sebelum puasa hari tu, ustaz di jemput untuk berforum di Sungai Buloh bersama Ustaz Roslan Mohamad dan moderatornya pulak Ustaz Halim Din dari Pusat Zakat. Malam tu hampir-hampir ustaz cancel forum ni. Esoknya dia nak kena pergi Singapura pulak. Forum malam tu bukan main lama pulak tu.

AJK masjid silap mengatur masa. Segala hadiah yang nak diberi, sepatutnya di beri masa ustaz2 makan. Nanti senang, terus forum je. Ni buang masa banyak dengan ucapan lagi, bagi hadiah lagi. Lain kali AJK kena selesaikan semua tu dulu. Esok pagi-pagi ustaz nak pergi Singapura pulak. Malam tu balik sampai ruma pukul 1 jugak. Huhuhu.

Kali ni saya ada merakam forum. Sya jarang nak rakam forum ni, kena letak alat perakam kat speaker. Tapi malam tu speaker, betul2 kat belakang tempat saya jual VCD. Jadi saya rakam la.
Macam biasalah ya. Tekan je butang donlod untuk dengar.

Kepada mereka-mereka yang nak dengar terus dari blog saya ni, tekan butang segitiga kat bawah ni.

Ahad, Ogos 01, 2010

Beberapa hari sebelum ustaz pergi umrah

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Ini saya sediakan jadual sementara untuk beberapa hari ini. Jadual ni sehingga 7 Ogos je, kerana selepa itu ustaz akan ke Mekah. Bulan Ramadan nanti, awalnya ustaz di Mekah dan minggu akhir, ustaz di Singapura. Jadi sapa yang nak mengikuti kuliah dan ceramah dan forum dalam seminggu ni, sila ambil perhatian!!

LHDN, Pandan Indah


Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni kita pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pandan Indah. Kat sini ustaz buat ceramah Israq Mikraj. Hampir semua staff LHDN hadir dan mendapat manfaat dari ceramah ustaz.

Layan yang diberikan jugak, amat baik. Nampaknya program yang dianjurkan oleh pihak jabatan amat berjaya. Tahniah!

Sapa yang nak donlod ceramah pada hari tu, macam biasa. Tekan butang hijau kat atas ni. Yang nak dengar terus, jugak macam biasa. Tekan butang segitiga putih kat bawah ni.

Wadi Hadramawt




Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Malam ni tak ada aktiviti. Biasanya kalau tak ada aktiviti, memang kat sinilah aktivitinya. Sembang-sembang je.

KUIS



Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, malam ni ustaz ke KUIS, jangan tanya saya apa maksud KUIS ni. Sayapun tak tau. Huhuhu... Rasanya Kolej Universiti Islam Selangor, kalau tak salah la. Kalau salah, kira sorry dah la. Hehe..


Malam ni ustaz bawa ceramah Israq Mikraj. Ramai juga pelajar-pelajar muda yang datang. Nampaknya masih ramai golongan muda yang minat dengan ceramah ustaz ni. Tahniah pelajar2 KUIS. Layanan yang kami terima kat sini, kira tip top la. Terima Kasih banyak.

Jangan bimbang, saya ada buat rakaman pada malam tu. Macam biasa, tuan2 boleh donlod dengan tekan butang hijau kat atas ni. Yang nak dengar terus, tekan butang segitiga putih kat bawah ni.




Bagi memenuhkan permintaan Tuan Haji Muazan, kita singgah minum kat kedai mamak pulak lepas tu.

Ke rumah En Halim

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Minggu lepas kami telah pergi ke rumah En Halim di Alam Damai, Cheras. Kat sini ustaz baca kitab Tanbihul Ghafilin. Kali ustaz meneruskan tentang hal Bab Kematian.


Lepas kuliah ustaz buat tahlil di atas permintaan tuan rumah. Rakaman kuliah dan tahlil ada saya buat pada petang itu. Sepatutnya malam itu ustaz ada ceramah di Masjid Alam Damai, tapi atas alasan2 tertentu, ceramah itu dibatalakan. Sekiranya tuan-tuan mahu ustaz berceramah di masjid-masjid Kuala Lumpur, tumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Harap itu dapat menjelaskan, mengapa ustaz tidak boleh berceramah di Kuala Lumpur.

Sesapa yang nak donlod ceramah bolehlah tekan butang hijau kat atas ni. Bagi yang biasa dengar terus dari blog saya, boleh tekan butang segitiga putih kat bawah ni pulak.


Malam tu ustaz ada banyak masa, jadi ustaz sempat mendoakan kanak-kanak yang datang. Ustaz memang pandai menyesuaikan keadaan. Kanak-kanak juga selesa dengan ustaz. Kalau tuan-tuan tengok gambar kat bawah ni, mesti tuan-tuan akan ingat 1 rancangan tv untuk kanak-kanak. Iaitu Pondok-pondok. Tahniah kepada En. Halim kerana menyediakan hidangan yang lazat malam tu. Terima Kasih banyak.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você