Selasa, Jun 15, 2010

Sementara menunggu ustaz balik

Assalammualaikum! Sementara menunggu ustaz balik dari mengerjakan umrah, saya uplodkan lagi siri ceramah yang di rakam oleh Tuan Haji Muazan. Tekan saja butang segitiga putih kat bawah ni.



Saya juga sudah memasukkan siri ceramah yang tahun lepas. Tuan-tuan boleh dengar kat sebelah kiri blog ni. November 2009. Butang warna hitam.

Isnin, Jun 14, 2010

Ustaz pergi umrah juga akhirnya

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, hari Sabtu lepas ustaz telah pergi menunaikan umrah. Akhirnya! Saya sendiripun tidak tahu, dapat tahupun pada hari ahad. Khabarnya ustaz telah pergi ke Mekah pada hari Sabtu pukul 3 petang dan balik ke Malaysia pada 19 Jun ini.

Akan tetapi, hari ini saya dapat berita yang mengatakan ustaz akan balik ke Malaysia pada 17 Jun. InsyaAllah. Kita doakan ustaz diberi kesihatan yang baik semasa mengerjkan umrahnya. Sementara menunggu kepulangan ustaz, marilah kita dengar ceramah yang dirakam oleh Tuan Haji Muazan. Biasanya ceramah yang dirakam oleh Tuan Haji Muazan ni, saya tak rakam. Kebanyakannya ceramah atau kuliah yang dibuat semasa waktu pejabat.

Oleh itu bolehlah tuan-tuan dan puan-puan mendengar ceramah ini dengan menekan butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat Mendengar!

Ahad, Jun 13, 2010

Jauhar Mauhub di Kemensah

Assalammualaikum dan Salam 1 Afrika! Pagi ni ustaz di surau Al Iman, Kemensah bagi menyambung Kitab Jauhar Mauhub di situ. Kali ni kita dah masuk tajuk baru. Bismillah.

Akan tetapi saya datang lambat sikit. Bukan sebab World Cup, tapi memang terlebih tidur.Huhuhu. Jadi 2-3 minitpertama terlepas. Walaumacamana sekalipun rakaman ada saya buat.

Macam biasalah ya, bagi yang nak donlod tekan butan donlod kat bawah ni.

Butang yang bawah ni untuk dengar terus dari sini. Link butang yang lama ada masalah. Link dia dah keluar Forbidden pulak. Dulu okay je. Tapi tak pa saya guna butang lain. Jadi untuk dengar terus dari sini tekan butang segitiga putih kat bawah ni. Dia hanya akan Play dan Paused sahaja. Harap dapat didengar macam biasa. Selamat Mendengar!!

Khamis, Jun 10, 2010

Ustaz tidak jadi mengerjakan umrah

Assalamualaikum, sahabat dan kroni sekelian! Akibat dari masalah Visa yang berlarutan, ustaz telah tidak jadi mengerjakan umrah. Jadi, insyaAllah nanti dapat jugak saya update jadual untuk bulan Jun.

Bila ustaz senang-senang nanti saya mintak salin jadual dia. Walaubagaimanapun ceramah ustaz masih banyak dalam simpanan saya. Kali ini saya ingin kongsikan bersama ceramah ustaz yang dirakam oleh Tuan Haji Muazan.

Tuan-tuan bolehlah klik butang hijau macam biasa untuk mendengar terus dari blog saya ini. Selamat mendengar dan selamat beramal!

Selasa, Jun 08, 2010

Ustaz mengerjakan umrah

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni semua. Harap sihatlah hendaknya. Minggu ini ustaz dijangka akan mengerjakan umrah. Jadi bulan ini ceramah agak berkurangan. Bagi mengisi masa lapang ini, saya cuba memainkan ceramah ustaz yang tahun lepas.

Cuma kali ini, ceramah-ceramah ustaz yang akan dimainkan, datang dari perakam MP3 Tuan Haji Muazan. Dengarkanlah dan selamat beramal!! Butang donlod tidak disediakan untuk siri ini. Tuan-tuan dengar terus dari blog ini ya. Tekan je butang hijau kat bawah ni.





Isnin, Jun 07, 2010

Makan bersama ustaz





Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, hari ini ustaz tak berceramah kerana kehilangan suara akibat batuk. Jadi sayapun berehatlah. Penat jugak berehat ni, nasib abik ada kerja nak buat.

Petang tu ustaz telefon ajak makan-makan di Wadi Hadramawt. Jadi gambar kat atas ni, kat restoran tu la. Jadual masih belum dapat diconfirmkan lagi. Ini adalah kerana ustaz hendak pergi menunaikan umrah dan ada juga hendak ke beberapa tempat yang lain. Jadi jadual bulan ini agak sukar hendak diconfirmkan. Harap Maaf!!...

Jumaat, Jun 04, 2010

CD Terbaru sudah keluar!!

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, bulan ini ustaz banyak keluar. Mengerjakan umrah dan bercuti. Saya berharap ustaz diberi Allah kesihatan yang baik, agar dapat mengerjakan umrahnya. Jadual bulan Jun , insyaAllah saya akan uplodkan nanti. Saya belum dapat salin lagi jadual itu. Tapi saya berani mengatakan kuliah agak kurang bulan ini, kerana bulan ini ustaz banyak keluar.

Akan tetapi, CD terbaru ustaz sudah terbit. Bagi memenuhi permintaan yang agak tinggi terhadap CD Audio, maka kami keluarkan 2 tajuk baru untuk CD Audio ini.

1. Al Quran dan Amalan - dalam CD ini ustaz mengulas dari Kitab Tanbihul Ghafillin.
Ustaz juga banyak memberi amalan-amalan yang berpandukan Al_Quran dalam CD ini

2. Masalah Solat - dalam CD ini, ustaz memperkatakan hal yang mengelirukan masyarakat kini. Antaranya, menyapu muka selepas solat. Huraian dan hadisnya. Juga masalah kedudukan imam ketika lepas solat.

Kedua - dua kuliah ini saya tak pernah uplod di blog ini. Jangan lupa, dapatkan CD terbaru ustaz, masa ceramah ustaz nanti. Jumpa di sana!!

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você