Selasa, September 27, 2011

Tahnik di Taman TAR, Ampang


Isnin, September 19, 2011

Ustaz kembali, istimewa untuk Masjid Amaniah!!!

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni yang diingati. Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas, ustaz telah menjadi salah seorang ahli panel untuk mini forum dan soal jawab bersama Ustaz Haryanto Rizal Rokman dengan Saudara Fauzi sebagai moderator.

Adalah sangat mengarukan apabila kita kembali mendengar ceramah ustaz setelah hampir 7 bulan tidak berbuat demikian akibat sakit yang berpanjangan. Walaupun majlis malam itu lebih kepada soal jawab, namum ustaz kelihatan sudah bersedia untuk kembali berceramah. Hanya penglihatan ustaz yang masih terbatas. Tahniah kepada Masjid Amaniah, Batu Caves kerana berjaya menjadi lokasi pertama ustaz kembali. Rakaman pada malam itu telah dibuat oleh sahabat saya Arrawa. Sila ke link Arrawa untk mendengar ceramah soal jawab pada malam tu.
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/

Rabu, September 07, 2011

Berita Palsu dan lawak melampau

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian, pagi telah tersebar berita palsu mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia pada pagi ini. Berita ini adalah palsu dan gurauan yang melampau dan tidak menghormat tuan guru. Melalui blog http://wasiatpejuang.blogspot.com/ berita ini telah tersebar dengan amat cepat. Kami terpaksa menjawab panggilan yang minta pengesahan tentang berita ini. Amat duka cita berita seperti ini menjadi bahan gurauan penulis blog tersebut. Kepada sahabat dan orang ramai, sentiasalah merujuk laman web rasi Pusat Perubatan Darussalam untuk maklumat mengenai ustaz. http://darussalam.net.my/v1/.


Ataupun boleh ke Facebook Jeng!Jeng!Jeng! http://www.facebook.com/pages/JengJengJeng/134727219875275

Lihat ni maklumat palsu dan kenyataan yang mempersendakan ustaz!

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você