Isnin, Ogos 31, 2009

Laman Ilmu


Salam! Ni saya nak perkenalkan satu lagi blog ilmu yang amat baik dan menarik. Blog Nik Muhamad Nasri Nik Malek. Sesiapa yang berminat dengar ceramah dan majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri ni, bolehlah pergi ke blog dia. Ini linknya http://www.niknasri.com/

Ahad, Ogos 30, 2009

Tazkirah Ramadan oleh ustaz Yusaini Yahaya

Ini adalah tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Yusaini Yahaya di Surau Taman Permata. Kalau nak dengar boleh donlod kat bawah ni. Tekan je donlod tu. Selamat Mendengar!!!

Kuliah Subuh pertama selepas khabar angin tentang kematian ustaz

Ustaz sudah kembali ke tanah air. Alhamdulillah inilah gambar terbaru ustaz. Nyata khabar angin yang mengatakan ustaz sudah meninggal dunia tidak benar sama sekali. Saya yakin orang pertama menyampaikan khabar angin itu tidak kenal siapa ustaz sebenarnya. Pada masa yang sama Prof Ismail Salleh yang meninggal dunia. Pemberi maklumat salah itu memang tak kenal ustaz dan tak tau rupa ustaz yang sebenarnya.

Subuh ini ustaz menyampaikan kuliah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Ni ada beberapa keping gambar ustaz pada pagi itu.



Jemaah sedang mendengar pengalaman ustaz semasa di Mekah dan semasa khabar angin itu berjalan. Kata ustaz satu dunia sibuk tanya hal itu.



Ustaz tengah menulis doa yang diminta oleh En Azmi. Pagi itu saya ada rakam kuliah tersebut. Sapa-sapa yang nak dengar kuliah tu, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Kazim Elias

Berikut adalah penjelasan Ustaz Kazim Mengenai Isu Kartika. Ni masa tazkirah ramadan kat Surau Al Iman, Kemensah. Sapa nak dengar, boleh donlod lah link kat bawah ni... tekanlah donlod tu ya!!



Jumaat, Ogos 28, 2009

Khabar Angin




Hari ini aku dapat sms bertalu-talu. Bermula dari tengahari sampai tengah malam. SMS mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia di Mekah seperti gambar kat atas ni. Ramai jugak yang buat panggilan untuk mendapatkan kepastian. Sebenarnya ini hanyalah khabar angin semata-mata. Aku tengok sendiri SMS yang ustaz hantar kepada seorang sahabat, yang mengatakan dia sihat.

Masa khabar angin ini berjalan, ustaz masih di Mekah sedang menunaikan umrah. Ramai yang menelefon dia kat sana. Sehingga dia terpaksa menutup telefon. Harap khabar angin ini dapat diberhentikan dengan segera. Biarlah ustaz menunaikan umrahnya dengan tenang. Beliau akan kembali ke Malaysia pada 29 Ogos 2009.

Aku rasa ada orang terkeliru, orang yang meninggal dunia pada hari itu adalah Prof. Ismail Md Salleh. Alfatihah untuk beliau.

Isnin, Ogos 24, 2009

Pokok

Ahad, Ogos 16, 2009

Forum Perdana Di Ambang Ramadan




Ahad lepas ada forum kat Masjid Kelana Petra, Kelana Jaya. Forum di ambang ramadan. Dengan moderatornya Dato Hassan Ali dan ustaz dgn ustaz Roslan sebagai ahli panel. Kedatangan ada sikit mengecewakan la. Orang tak begitu ramai, mungkin esok hari Isnin orang nak berehat.



Masa tu isu arak di Selangor tengah panas, Dato Hasan telah menjelaskan kedudukan hal itu. Dia bagi tau waktu pukul 7 hingga 2 pagi, masa orang Melayu beli arak. Usaha Dato Hassan ni patut kita banggakan la. Paling tidak pun ada usaha untuk mengatasi masalah arak ni. Masa zaman UMNO dulu haram tak ada usaha.

Aku ada rakam forum malam tu sapa nak dengar dan download, klik kat donlod bawah ni. Selamat Mendengar!!

Kuliah di Inggress Auto


Ni masa kuliah Ustaz di Ingress Auto. Kuliah Bahrul Mazi sebulan sekali ni.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Ustaz`Ahmad Awang sangkal Mufti Perak

Beberapa bulan lepas masa ikut ustaz pergi ke rumah seorang sahabat di Bukit Jelutong, Ustaz Ahamad Awang kebetulan datang kerumah tersebut. Masa berbual sahabat saya ada bertanyakan tentang krisis politik di Perak. Beliau ada memberitahu tentang kenyataan Mufti Perak dalam majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei 2009. Beliau bercadang untuk menyangkal kenyataan Mufti itu. Itupun sekiranya pihak Editor majalah itu berjanji akan menyiarkan setiap patah perkataan.



Aku tertunggu-tunggu bila Ustaz Ahmad Awang nak jawab ni, minggu lepas aku pergi kedai mamak, tengok ada majalah Milenia Muslim yang terbaru. Ada gambar Ustaz Ahmad Awang kat muka depan. Aku terus beli, ni mesti ustaz Ahmad Awang nak balas balik macam dia cakap hari tu. Aku beli majalah tu. Aku baca artikel tu. Kemudian aku refer kat blog Ustaz Ahmad Awang. Rupa-rupanya ada fakta yang tak disiarkan dalam majalah tersebut. Cit!!! Koman sepana betul majalah tu.

Kalau korang nak tau, bacalah blog Ustaz Ahmad Awang dia ada memberi penjelasan lebih terperinci. Ini link blog Ustaz Ahmad Awang
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/08/krisis-politik-perak-ahmad-awang.html

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você