Beberapa bulan lepas masa ikut ustaz pergi ke rumah seorang sahabat di Bukit Jelutong, Ustaz Ahamad Awang kebetulan datang kerumah tersebut. Masa berbual sahabat saya ada bertanyakan tentang krisis politik di Perak. Beliau ada memberitahu tentang kenyataan Mufti Perak dalam majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei 2009. Beliau bercadang untuk menyangkal kenyataan Mufti itu. Itupun sekiranya pihak Editor majalah itu berjanji akan menyiarkan setiap patah perkataan.
Aku tertunggu-tunggu bila Ustaz Ahmad Awang nak jawab ni, minggu lepas aku pergi kedai mamak, tengok ada majalah Milenia Muslim yang terbaru. Ada gambar Ustaz Ahmad Awang kat muka depan. Aku terus beli, ni mesti ustaz Ahmad Awang nak balas balik macam dia cakap hari tu. Aku beli majalah tu. Aku baca artikel tu. Kemudian aku refer kat blog Ustaz Ahmad Awang. Rupa-rupanya ada fakta yang tak disiarkan dalam majalah tersebut. Cit!!! Koman sepana betul majalah tu.
Kalau korang nak tau, bacalah blog Ustaz Ahmad Awang dia ada memberi penjelasan lebih terperinci. Ini link blog Ustaz Ahmad Awang
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/08/krisis-politik-perak-ahmad-awang.html
Sabtu, Ogos 15, 2009
Ustaz`Ahmad Awang sangkal Mufti Perak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan