Jumaat, Julai 10, 2009

Forum..Ceramah..dan Forum lagi!!!

Mula-mula forum di Sepang, bersama Dato' Hashim Yahya, Riduan Tee dan moderator Dato Hasan Ali. Meriah. Ramai.


Kalau forum macam ni memang ramai orang. Orang-orang sepang malam tu datang beramai-ramai. Hebat sungguh.


Malam esoknya ada ceramah pulak kat Masjid Gincing kalau tak salah. Kalau salah tolong betulkan...hehehe. Masjid ni kat kawasan sepang jugak ni. Kecik je masid ni, tapi ramai orang yang datang. Datang mendengar ilmu dari tuan guru.
Ustaz tengah menyampaikan kuliah maghrib. Hebatt masjid ni, jawatan kuasanya bersemangat tinggi. Berjaya menganjurkan majlis dengan baik. Tahniah!!!

Ha...yang ni forum anjuran Masjid Kampung Melayu Ampang. Yang ni hebat! Aku masih ingat lagi masa proses penamaan calon untuk pilihanraya hari tu. Calon DUN masa tu Tuan Hj. Kassim, calon Parlimen pulak Puan Zuraidah. Masa tu kita mintak kat AJK Masjid ni untuk buat solat hajat sebelum berarak ke Dewan. Dia orang tak bagi buat solat hajat masa tu. Teruk betul AJK Masjid tu. Kita solat kat koridor masjid je. Semangat betul aku masa tu. Alhamdulillah, kedua-dua calon tu menang. Sekarang masjid dah ada AJK baru, yang lebih baik dan sedang berusaha memakmurkan masjid ni.

Yang hebatnya forum hari tu ada Dato' Haron Din, Ustaz Roslan dari UIA dan moderator , macam biasa Dato Hasan Ali. Kedua-dua YB tu jugak hadir termasuk YB Azmin Ali. Macam ni la baru betul. Bukan macam zaman UMNO dulu. Tahniah AJK yang baru. Teruskan usaha yang baik macam ni, mudah-mudahan diberkati Allah.

Aktiviti Bersama Ustaz!!

Ustaz menyampaikan kelas pengajian di rumah seorang sahabat di Alam Damai, KL. Ni kuliah berpandukan Kitab Tanbihul Ghafilin. Setiap bulan ni.

Ni kat Bangunan Axiata. Ni masa nak balik dah ni. Lepas ni nak pergi rumah sahabat yang di Alam Damai tadi tu la.

Ni pulak di rumah sahabat juga ni. Kebetulan Ustaz Ahmad awang pun ada pada malam tu.

Ha! Yang ni kat Puchong .... nama taman tu tak ingat pulak. Yang hebatnya tuan rumah tu ada bela kuda.

Ni masa kenduri kahwin anak kepada seorang sahabat di Keramat.

Kuliah Perubatan Islam di UIA


Kuliah perubatan Islam di anjurkan oleh Biro Kebajikan & Kesihatan, Persatuan Pendidik Ummah 09, UIA. Aku difahamkan dia orang ni semua bakal guru, ustaz dan ustazah yang kebanyakannya akan mengajar di Sabah & Sarawak. Dia orang mintak ustaz beri sikit panduan bagaimana nak menangani masalah di sekolah yang bakal dia orang ajar nanti. Contoh bila berlaku Histeria apa nak buat. Macam tu la lebih kurang.

Ustaz tengah mendengar kata-kata aluan dari penganjur program.

Ni sesi soal jawab. Kalau nak dengar kuliah ni bolehlah tekan donlod kat bawah ni..



 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você