Selasa, Disember 29, 2009

Jauhar Marhub di Surau Addiniah

Malam ni kita ke Selayang. Surau Addiniyah. Kat surau ni ustaz guna kitab Jauhar Marhub, ni kira baru mula jugak la ni. Malam ni dah masuk muka surat3. Jadi sapa-sapa yang nak ikut kuliah Jauhar Marhub ni sempat lagi ni. Datang la ke Surau Addiniyah ni. Macam biasalah, bagi yang tak dapat datang. Orang jauh, orang yang di luar negara, jangan bimbang. Donlod la sendiri, lepas tu boleh dengar. Juga boleh dengar terus dari blog saya ni. Tekan butang play kat bawah na!

Lepas kuliah ada makan-makan pulak. Ada sahabat buat kenduri.

Ahad, Disember 27, 2009

Surau Insaniah - Adab Membaca Al`Quran

Malam ni kuliah kat Surau Insaniah, Ampang. Lepas 2 kali tertunda, kali kuliah berjalan macam biasa. Biasanya kat Surau Insaniah ni malam Rabu ke2 setiap bulan. Bagi sapa-sapa yang nak ikut kuliah tu, ingatlah ya. Hari Rabu kedua setiap bulan. Kalau tak silap, ustaz guna kitab Syiarus Salikin kat sini.
Bagi orang jauh yang tak dapat datang, jangan bersedih. Saya dah buat rakaman. Bolehlah donlod dan dengar balik kuliah ni.
Saya juga ada membuat pembahruan diblog saya ni. Sekarang, tuan2 dan puan2 boleh mendengar terus dengan tak payah mendonlod. Klik saja butang play kat bawah ni. Selamat Mendengar.

Jumaat, Disember 25, 2009

Ada kenduri di Darussalam

Hari ni tak ada aktiviti yang menarik selain daripada Ustaz buat kenduri di Darussalam. Ramai yang datang antaranya tenaga kerja Darussalam dan sahabat-sahabat ustaz. Saya telah merakamkan gambar pada hari itu.












Ustaz di rumah En. Halim

Pagi ni kelas dhuha di rumah En. Halim. Kuliah bulanan ni dianjurkan oleh En Halim. Ramai yang hadir pada pagi tu. Kebanyakannya jiran, sahabat dan saudara mara En Halim. Kat sini ustaz guna Kitab Tanbihul Ghafilin. Kuliah sebelum ni, atas permintaan tuan rumah, ustaz guna tajuk yang sama dengan Pondok batu 9, Cheras.

Kali ni ustaz sambung Kitab Tanbihul Ghafilin ni la. Bab mati pulak tu. Muka surat 20 kitab yang tebal tu. Tengok gambar tu, tebal kan. Kepada peminat2 ustaz yang mengikut ceramah dan kuliah ustaz, bolehlah mendengar dengah cara mendonlod dulu failnya. Kemudian dengarlah. Selamat mendengar dan selamat beramal!! Hehehe...


Kepada sapa-sapa yang nak dengar terus tanpa donlod, boleh tekan butang play kat bawah ni.

Khamis, Disember 24, 2009


Pagi ni ke Bangi pulak. Ada kelas Dhuha untuk muslimat di Surau Annur, Bangi. Memandangkan ini kelas untuk muslimat, jadi kita duduk belakangla. Bagi muslimat duduk depan. Ni jugak ceramah bulanan. Dalam berjalan, tapi saya sempat pergi kali ni ni. Bagi yang tak dapat datang, tak perlu bimbang, sebab saya ada buat rakaman.

Macam selalu lah ya, kena donlod dulu. Butang donlodnya ada kat bawah ni. Dah donlod, baru boleh dengar. Selamat Mendengar!!!

Ceramah Maal Hijrah 2010


Tekan Butang ini untuk Lokasi Surau Darun Najihin

Solat

Ini ada kuliah subuh di Pondok, Cheras, Batu 9. Ceramah bulanan ini adalah ceramah umum, belum menggunakan kitab lagi. Hari tu ustaz menghuraikan faedah solat. Kaitan solat dengan hari kiamat. Ada juga sikit bab zakat

Saya ada membuat rakaman pada pagi itu. sesapa yang nak dengar ceramah pada pagi tu, bolehlah tekan butang donlod macam biasa ya. Selamat Mendengar!!


Rabu, Disember 23, 2009

Pengajian di Darussalam

Malam ni ada kelas pengajian di Darussalam. Ni untuk ahlinya sahaja. Kelas singkat ini saya ada rakam juga. Untuk mendengar tekan donlod macam biasa, na!

Selasa, Disember 22, 2009

Kuliah Subuh - Kampung Pandan



Subuh ni Ustaz ada kuliah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Ramai orang pagi tu. Masjid ni dah makmur. Semakin hari, semakin ramai jemaah. Bagus la macam tu.


Pagi tu juga, saya ada buat rakaman. Kepada sesapa yang tak sempat datang hari tu, bolehlah donlod ceramah pagi tu kat bawah ni.

Isnin, Disember 21, 2009

Kursus Solat di Masjid Bulat, Seksyen 14, PJ


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia, pergh macam berita RTM , kan? kalau Najib baca ni, sure dapat tanah. Hahaha. Kali ada Kursus Solat di Masjid Bulat, Petaling Jaya. Kursus seumpama ini pernah dibuat di Masjid Bangsar sehingga ke Siri ke 2. Tapi terpaksa diberhentikan atas arahan tangan-tangan ghaib. Kali ini Kursus ini dijalankan di sini.


Kursus yang menarik ini menjadi kurang menarik bila sistem audio yang tak berapa baik. Bunyi berdengung. Mungkin bentuk fizikal masjid ini tidak dapat menghasilkan bunyi yang mudah didengar. Saya yang duduk depan sekali, paling dekat dengan usatz pun tak dengar, terpaksa dengar balik rakamannya. Saya berpendapat, Sound Engineer perlu dipanggil bagi menyelesaikan masalah ini. Apapun tahniah kepada pihak masjid yang berjaya menganjurkan program yang berfaedah ini.

Tapi tak pa, saya ada buat rakaman untuk orang yang tak dapat datang. Untuk siri akan datang, saya amat menggalakan orang dapat datang. Kalau tak salah makan minum disediakan. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan. Ceramah berjalan dalam 2 bahagian.

Bahagian Pertama

Bahagian Kedua

Khamis, Disember 17, 2009

Masjid Proton, Shah Alam


Malam ni kita ke Masjid Proton, Shah Alam. Disebabkan saya lambat, maka ustazpun lambat jugak. Saya mintak maaf di atas kelewatan yang tidak disengajakan itu. Ceramah malam tu best betul. Kalau boleh saya nak bagi tajuk ceramah malam tu, PERJUANGAN & PENGORBANAN. Ni ada masuk bab korban masa raya haji lepas. Memang berbaloi oran Masjid Proton tunggu kedatangan ustaz malam tu.

Saya ada buat rakaman malam tu. Ramai yang bertanya, video tak ada ke? Saya mintak maaf banyak, saya tak rakam video. Saya rakam suara je, guna Voice Recorder. Kalau saya rakam video, saya tak dapat nak konsentrate dengar ceramah. Saya datang untuk dengar ceramah. Rakam guna Voice Recording ni senang, letak je atas meja ustaz tu. Kalau video, nanti kena tunggu video tu pulak. Biarlah orang lain yang rakam video. Buat masa ni saya rakam suara je la. Bagi yang nak dengar ceramah malam tu. Tekan je butan donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!

Sabtu, Disember 12, 2009

Jauhar Marhub di Surau Al Iman Kemensah

Pagi ni seperti yang dijadualkan, ustaz ada kuliah di Surau Al iman, Kemensah. Kat sini ustaz guna kitab Jauhar Marhub. Entah kenapa orang tak begitu ramai subuh itu. Mungkin orang tak tau kat mana surau ini. Jadi, kepada sapa-sapa yang tak tau lokasi surau ini, bolehla tengok kat blog saya ni. Ada peta yang saya buat bagi memudahkan orang datang. Kepada sapa-sapa yang tak dapat datang dan orang jauh. Bolehlah donlod kuliah ini kat butang donlod kat bawah ni.


Lepas tu kita pergi Port Dickson pulak. Ada kenduri kawin. Sahabat ustaz mengadakan kenduri kawin anaknya.


Lepas tu pergi ke rumah Tuan Haji Muazan pulak di Petaling Jaya. Ada majlis kesyukuran dan tahlil. Kemudian ke Darussalam. Untuk berehat. Usta sempat mengulangkaji untuk Kursus Kesempurnaan Solat di Masjid Bulat pada 12/12/09 ni. Semua dijemput hadir. Ada bayaran dikenakan oleh pihak masjid sebanyak RM15, kalau tak salah. Ini siri pertama, dia ada 3 siri.


Petang ustaz ada majlis makan-makan bersama sahabat.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você