Sabtu, Disember 12, 2009

Jauhar Marhub di Surau Al Iman Kemensah

Pagi ni seperti yang dijadualkan, ustaz ada kuliah di Surau Al iman, Kemensah. Kat sini ustaz guna kitab Jauhar Marhub. Entah kenapa orang tak begitu ramai subuh itu. Mungkin orang tak tau kat mana surau ini. Jadi, kepada sapa-sapa yang tak tau lokasi surau ini, bolehla tengok kat blog saya ni. Ada peta yang saya buat bagi memudahkan orang datang. Kepada sapa-sapa yang tak dapat datang dan orang jauh. Bolehlah donlod kuliah ini kat butang donlod kat bawah ni.


Lepas tu kita pergi Port Dickson pulak. Ada kenduri kawin. Sahabat ustaz mengadakan kenduri kawin anaknya.


Lepas tu pergi ke rumah Tuan Haji Muazan pulak di Petaling Jaya. Ada majlis kesyukuran dan tahlil. Kemudian ke Darussalam. Untuk berehat. Usta sempat mengulangkaji untuk Kursus Kesempurnaan Solat di Masjid Bulat pada 12/12/09 ni. Semua dijemput hadir. Ada bayaran dikenakan oleh pihak masjid sebanyak RM15, kalau tak salah. Ini siri pertama, dia ada 3 siri.


Petang ustaz ada majlis makan-makan bersama sahabat.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você