Sabtu, Oktober 31, 2009

Kursus Haji Perdana


Kursus haji perdana anjuran Zahafiz Travel ni dijalankan di Masjid negeri Shah Alam. Ceramah ni ada 2 sessi. Sessi pertama disampaikan oleh ustaz, yang kedua disampaikan oleh Ustaz Sobri Arshad. Dalam ceramah ni ustaz bagi taklimat ringkas kepada bakal jemaah-jemaah haji yang mengikuti pakej yang disediakan oleh Zahafiz Travel. Walaupun nampak macam taklimat ringkas, tapi adalah sejam jugak taklimt ustaz ni. Yang hebat lagi, sejam jugala ustaz berdiri bagi taklimat.

Yang hebatnya ustaz rakam sendiri. Aku bagi dia perakam dan dia rakam sendiri. Kita patut berterima kasih kepada ustaz untuk rakaman yang baik ni. Kalau tidak, tentu bunyinya tak memuaskan. Tapi bila ustaz letak alat perakam ni kat rostrum tempat dia bagi taklimat, bunyinya jadi sangat jelas. Terima kasih banyak kepada ustaz untuk ilmu yang diberikan. Kepada bakal-bakal haji, eloklah dengar rakaman ini. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Macam biasa, sapa nak dengar, boleh tekan donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!

Sapa-sapa yang nak tau lebih lanjut lagi tentang Zahafiz Travel ni, klik kat link ini http://www.zahafiz.com/




Jumaat, Oktober 30, 2009

Prof. Hamka

Kali ini aku nak kongsi ceramah Prof. Hamka. Ceramah ni aku donlod kat internet. Ceramah-ceramah hebat ini aku rasa patut aku kongsikan bersama dengan peminat-peminat ceramah yang lain. Walaupun boleh donlod kat tempat lain aku tak kisah. Melihat ramai yang ada ceramah Prof Hamka, aku pun nak ada juga. Akhirnya aku dapat 10 ceramah ni. Sapa yang ada tajuk lain, boleh kongsi na!! Dalam ceramah Pegangan Hidup kita boleh dengar kata-kata hikmah dia yang berbunyi " Mati Belanda kerana pangkat, mati Cina kerana kaya, mati Keling kerana makanan, mati Melayu kerana angan-angan". Sapa-sapa yang nak donlod ceramah ni, klik kat gambar Prof Hamka ataupun tajuk ceramah tu.


Bersyukurlah



Cinta & Cemburu



Dari Gelap Menuju Terang



Haus



Hidup Sesudah Mati



Ibadah Haji



Menjawab Soalan Pendengar



Pegangan Hidup



Puasa



Tafsir Al Baqarah 248

Selasa, Oktober 27, 2009


Kali ni aku uploadkan ceramah minggu lepas. Ni kat Masjid Kampung Padang Balang. Tahun lepas kuliah ustaz dibatalkan kat sini. Malam ni tak batal. Kuliah "ON". Sapa-sapa yang nak dengar boleh tekan donload kat bawah ni. Majulah majlis ilmu untuk umat Islam. Selamat mendengar!!!
Nantikan ceramah Kursus Haji Perdana anjuran Zahafiz Travel. Aku ada buat rakaman tu. Yang tu best!!

Jumaat, Oktober 23, 2009

Di Surau Ikhsaniah

Malam ni ada kuliah kat Surau Ikhsaniah, Ampang Jaya. Kata Haji Muazan, orang panggil surau ni, Surau Otaimer. Rupanya surau ni ramai orang tua-tua. Orang muda tak ramai, tu yang panggil otaimer. Hahaha! Jemaahnya ramai jugak, tapi suka duduk jauh-jauh, suka duduk menyandar kat dinding. Kalau dia orang dapat duduk rapat sikit, itu lebih baik. Baru semangat sikit ustaz bagi kuliah.



Lepas kuliah, ada sahabat dari Singapura ustaz datang. Dia belanja makan di Rawsha, Jalan Damai. Terima kasih banyak kepada En. Azmi Mahmood dan Hj. Ab. Ghapar Abdul Gani (Jeff) yang belanja makan malam tu. Mudah-mudahan murah rezeki. InsyaAllah!


Sapa nak dengar kuliah malam tu, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!

Isnin, Oktober 19, 2009

Ceramah di Surau An Naim, Wangsa Maju


Malam ni ada ceramah kat Surau An Naim. Mula-mula dulu ustad buka kitab Hidayatus Salikin, sekarang ni kalau tak salah Siarus Salihin, tapi malam ni ceramah bebas sebab orang belum abis raya lagi. Aku ada buat rakaman macam biasa. Jadi sapa-sapa yang nak dengar, donlodlah kat bawah ni.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Makan di rumah Azam



Lepas ustaz ceramah di Masjid UM, dia pergi makan di rumah Hj Azam. Aku tunggu kat situ je.

Sabtu, Oktober 03, 2009

Kuliah Subuh di Surau Al Iman, Kemensah

Pagi ni ustaz ada kuliah subuh di Surau Al Iman, Kemensah. Kuliah ini berdasarkan Kitab Jauhar Marhub. Ni kira kuliah bulanan ni. Macam selalu aku ada membuat rakaman. Sesapa yang nak dengar bolehlah tekan donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!


 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você