Malam ni ada kuliah kat Surau Ikhsaniah, Ampang Jaya. Kata Haji Muazan, orang panggil surau ni, Surau Otaimer. Rupanya surau ni ramai orang tua-tua. Orang muda tak ramai, tu yang panggil otaimer. Hahaha! Jemaahnya ramai jugak, tapi suka duduk jauh-jauh, suka duduk menyandar kat dinding. Kalau dia orang dapat duduk rapat sikit, itu lebih baik. Baru semangat sikit ustaz bagi kuliah.
Lepas kuliah, ada sahabat dari Singapura ustaz datang. Dia belanja makan di Rawsha, Jalan Damai. Terima kasih banyak kepada En. Azmi Mahmood dan Hj. Ab. Ghapar Abdul Gani (Jeff) yang belanja makan malam tu. Mudah-mudahan murah rezeki. InsyaAllah!
Sapa nak dengar kuliah malam tu, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!
Jumaat, Oktober 23, 2009
Di Surau Ikhsaniah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan